Jika di episod 1, kita meninjau peluang PAHANG dan Sime Darby untuk menidakkan peluang ATM bergelar Juara Liga Premier 2012, episod ini pula aku nak mengajak anda semua meninjau dan meneliti peluang 5 pasukan teratas untuk bergelar JUARA LIGA SUPER 2012.
TOP 5 Liga Super adalah Lions XII, KELANTAN, PERAK, SELANGOR dan NEGERI SEMBILAN. Peluang pasukan mana yang lebih cerah?
Sebenarnya, hanya ada EMPAT PASUKAN SAHAJA yang masih berpeluang muncul JUARA LIGA SUPER 2012.
Seterusnya, baca sendiri, kaji sendiri mengapa NS terkeluar daripada senarai bakal Juara itu.
Kenapa NS hilang daripada senarai?
Jawapannya di bawah ini,
Jelasnya, biarpun empat pasukan teratas itu tewas semua baki permainan dan NS menang semua, mata maksima yang boleh dipungut NS adalah 48. Kurang 2 berbanding Lions XII ketika ini.
Jika keadaan demikian berlaku, NS belum tentu berada di tangga ke 2 [ Naib Juara ] kerana sama mata dengan Kelantan. Mungkin juga perbezaan jaringan [ +- ] masih memihak kepada Kelantan.
Jadi, tempat tertinggi yang boleh dicapai oleh NS di akhir musim adalah TEMPAT KE 3.
Begitu pun, kita kaji seterusnya apa yang akan dilalui oleh kesemua 5 pasukan berkenaan. Kita mulakan dengan Lions XII.
Seterusnya Kelantan,Perak,
Selangor
dan, NS.
Di mana silapnya NS. Jawapannya di bawah ini,
Apo nan tingga untuk NS?
Yang tingga untuk dikoja oleh NS adolah KASUT. Ekelehhhhh...KASUT. Apo kono ngan kasut lak?
Sesuatu yang belum pernah dimenangi oleh mana - mana pemain NS. Anugerah KASUT EMAS Liga Super Malaysia.
Imbas kembali musim lalu, pemenangnya adalah ABD. HADI YAHYA-Terengganu.
Abd. Hadi mengumpul 20 termasuk empat gol ketika bertemu FELDA UNITED di perlawanan terakhir pada 6 Julai 2011, mengatasi Mat Yo dengan kelebihan 1 gol.
Sebelum turun di perlawanan terakhir itu, Mat Yo mendahului senarai penjaring dengan 17 gol. Manakala Abd. Hadi mengumpul 16 gol.
Kita tak mahulah kisah itu berulang kembali tahun ini. Jika pasukan NS tak monang liga pun, bialah Effa monang KASUT OMEH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan