TAHNIAH PAHANG dan ATM.
Itu sahaja yang dapat aku katakan usai perlawanan Liga Premier bertaraf Liga Super diantara dua pasukan teratas Liga Premier itu.
Dua gol ada kelas Euro, satu untuk Pahang dan satu untuk ATM. Ada satu gol kelas Brazil dan 3 gol lagi bertaraf defend koyak ala Malaysia.
Pengajarannya;
Mendahului 2 gol tidak pernah menjanjikan syurga buat mana - mana pasukan.
Singapura bangun melawan di Singapura biarpun ketinggalan 2 gol kepada Malaysia.
Denmark pula bangkit dengan 2 gol setelah ditinggalkan 2 gol oleh Portugal di Euro 2012.
Pahang perlu menyalahkan backfour dan defensive midfieldernya kerana gagal mengekang kebangkitan ATM di separuh masa kedua.
Otai Hai - O, adalah Kapten yang perlu dicontohi kerana semasa permainan terhenti agak lama bagi tujuan rawatan kepada penjaga gol Pahang, beliau memanggil semua pemain ATM berkumpul untuk dan memberikan motivasi. Sesuatu yang tidak pernah aku lihat berlaku di arena bola sepak Malaysia.
Kelebohan ATM malam ini ialah, PENGALAMAN.
Kekurangan Pahang juga PENGALAMAN. Pengalaman mengawal permainan setelah mendahului 2 gol nyata tiada buat pertahanan Pahang.
Apa - apa pun, tidak salah aku memberikan tag Battle of The Year kepada perlawanan tadi. Memang the Real Battle apabila status quo pendahulu kekal begitu.
Keputusan penuh Liga Premier 15 Jun,
Kedudukannya,
Calon - calon JUARA LIGA PREMIER 2012 secara matematiknya,
CUIT SIKIT:
Itu secara teorinya. ATM dan Pahang tidak perlu lagi berhadapan Sime Darby - Naib Johan Piala FA 2012 itu. Tetapi kedua - duanya masih perlu berhadapan dengan USM, Johor dan Pos.
Jika tiada malapetaka berlaku, aku fikir, JUARA LIGA PREMIER 2012 hanya dapat kita ketahui pada hari terakhir saingan liga.
DAN, jika bukan ATM atau PAHANG yang muncul JUARA, ia adalah IBU SEGALA MALAPETAKA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan