Jumlah Paparan Halaman

4.6.12

CAUSEWAY CHALLENGE.....

8 Jun 2012, Singapura dan Malaysia akan bertemu dalam perlawanan ujian menjelang Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN [ AFF ] 2012 November nanti.

Kedua - dua pasukan akan bertemu sekali lagi di Shah Alam pada 12 Jun.

Menariknya, pihak FA Singapura telah memandang berat pertemuan ini khususnya menjelang pertemuan pertama pada 8 Jun itu. Rujuk di www.fas.org.sg/


Pihak berkuasa bola sepak Singapura nampaknya cukup bersemangat menanti ketibaan pasukan Malaysia menerusi.....
penjualan tiket lebih awal dan memberikan diskaun kepada warga negara dan pemastautin tetap negara mereka. Sila rujuk perkara 1 foto di atas.

Inilah yang dikatakan Rakyat Didahulukan. Tanpa sebarang slogan dan promosi, Singapura nampaknya mendahulukan rakyat mereka dalam aspek penjualan dan harga tiket Cabaran Tambak atau Causeway Challenge itu.

Apa pula respon pihak berkuasa bola sepak Malaysia terhadap pertemuan itu?
Di bawah adalah respon mereka berdasarkan carian aku.....
senang cakap, FAM tidak menganggap ada keperluan untuk mendahulukan rakyat menerusi tiket bola ni. Samada anda warga negara, pemastautin tetap mahu pun warga Singapura, harganya adalah sama jika anda beratur untuk membeli tiket di kaunter stadium.

Jika menggunakan kemudahan on-line, lihatlah foto di atas dan carilah harga sebenar tiket berkenaan. Ingat! Anda terpaksa membayar yuran kesenangan tetapi masih perlu ke kaunter tiket untuk menebus tempahan on-line anda.

Apa jua tanggapan anda terhadap FAM, aku tak mahu masuk campur. Itu hak anda sebagai peminat dan penyokong Harimau Malaya yang sedang dikritik kiri dan kanan sekarang ini angkara gagal menewaskan Filipina tempohari.

Cerita sebenar pertemuan rasmi Singapura dan Malaysia adalah.....
kedua - dua pasukan adalah seimbang dan tak boleh mendabik dada mengatakan mereka hebat.

Masalahnya, sejak 2002, Malaysia gagal menewaskan Singapura di perlawanan rasmi, termasuklah kegagalan ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 setelah tumbang kepada Singapura di pusingan kedua [ WC2014 QR2].

CUIT SIKIT:

Jika tak ke mana - mana, boleh layan game ini di.....
Aku nak tunggu komen King Gobal je usai game ni.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH