Jumlah Paparan Halaman

14.6.12

BATTLE of ALEX.....

Ketika ATM menewaskan Pahang 3-2 di Kelana Jaya pada 3 Februari lalu, barangkali tidak ramai yang melihat itu adalah perlawanan yang bakal menentukan Juara Liga Premier musim ini.

Maklum sahaja, ketika itu pertandingan masih awal dan ianya adalah perlawanan ke 5 buat kedua - dua pasukan.

Jumaat ini, PAHANG bakal menjadi tuan rumah kepada ATM sebagai mematuhi jadual pusingan kedua Liga Premier Malaysia 2012.

Dan, ianya menarik dua stesen penyiar di Malaysia,
kecuali pertandingan akhir, boleh dikatakan tidak pernah berlaku TV1 dan Astro Arena secara serentak menyiarkan satu perlawanan.

Kerana perlawanan itu dianggap sebagai penentu juara musim ini, aku fikir kedua - dua stesen berkenaan sepakat untuk menyiarkannya secara langsung demi peminat yang tidak dapat ke Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Jumaat ini.

Sebagai rekod, inilah kali kedua siaran langsung dibawa dari Temerloh selepas siaran langsung perlawanan Pahang dan Johor pada 7 Februari lalu.

Amat menarik, sehingga kini Pahang dan ATM hanya dipisahkan oleh perbezaan jaringan,
Siapa sangka barisan muda tanpa bintang asuhan Dollah Salleh itu mampu menjadi pencabar serius kepada ATM yang memiliki separuh daripada bekas bintang Negeri Sembilan yang dibeli mereka musim ini.

Selepas 16 perlawanan, inilah pencapaian kedua - dua pasukan,
Dan, lihatlah sendiri secara HEAD to HEAD pencapaian Pahang di Temerloh, berbanding pencapaian ATM, di arena lawan,.....
Menarik bukan? Para penyokong Pahang pastinya menyedari kehebatan ATM yang sebenarnya lebih banyak menjaringkan gol di tempat lawan berbanding di Kelana Jaya. Dan, Pahang juga bukanlah terlalu kebal di Temerloh apabila tewas 2-3 kepada PDRM, 30 Mac lalu.

Lima perlawanan terakhir Liga Premier juga menunjukan ATM bukan juga terlalu hebat. 
Di saat Pahang menang semua 5 perlawanan terakhirnya, ATM pula hanay mampu menang emapat perlawanan setelah " digari " PDRM dengan keputusan seri 2-2.

Barisan kemungkinan,
Apa lagi yang menarik tentang pertemuan Jumaat ini? Teruskan.....
Dalam diam -diam, ada satu lagi pertempuran akan berlaku di Temerloh nanti. Dua Alex bakal berentap untuk anugerah peribadi, KASUT EMAS selaku penjaring terbanyak Liga Premier 2012.
Kerana persamaan kehebatan dan kekurangan itulah, aku namakan game ini sebagai Battle of The Year [ Pertempuran Tahun Ini ].

Boleh jadi juga ianya bergelar Battle of Alex. Sementelahan pula Alex Akil budak Lepih tu begitu meningkat persembahannya ketika mewakili Malaysia baru - baru ini.

Biar pun asalnya hanyalah dipanggil sebagai pengganti sahaja, sekarang ini nampaknya Alex Akil a.k.a Alex Lepih ini sudah menjadi seorang bintang baru buat Harimau Malaya.
Pemenangnya hanyalah menang satu pertempuran. Belum lagi menang peperangan.
Pemenangnya belum tentu muncul Juara Liga Premier. Ada lagi 5 perlawanan selepas ini.
Namun, debarannya pasti menggamit kehadiran ramai penyokong, khususnya penyokong Pahang untuk hadir ke stadium kecil itu. Yang tidak boleh hadir, tonton sahaja menerusi tv.

CUIT SIKIT:

Juara Liga Premier 2012 tidak akan muncul Jumaat ini kerana masih ada lima perlawanan yang bakal ditempuhi oleh kedua - dua pasukan.
Juara hanya muncul pada 13 Julai nanti kerana kedua - duanya akan menjadi pelawat kepada pasukan yang telah menewaskan mereka pada pusingan pertama lalu [ rujuk 30 Mac ].

Sekiranya keputusan itu berulang kembali, ada kemungkinan Juara Liga Premier 2012 bakal menjadi milik Sime Darby FC atau USM FC. Jangan ketepikan cabaran Johor juga PDRM dan Pos Malaysia.

Selamat Menonton dengan selamatnya, di mana jua anda berada.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH