Jumlah Paparan Halaman

2.6.12

CATATAN KOSONG.....

Aku minta maaf banyak - banyak buat Najwa dan Ika Latif serta kalian yang membaca posting ini.

Mungkin foto di atas kelihatan seperti kosong walau pun cam ado isi eh. Kosong ko berisi ni?

Kosong pun buleh, berisi pun buleh.

Sama seperti di bawah ini,
Aku tidak mempersoalkan keputusan kosong - kosong tu. Cuma aku nak berkongsi kekosongan persembahan seluruh pemain didikan King Gobal.

Apakah Filipina yang meningkat atau Malaysia yang merosot? Atau, Filipina sedikit meningkat dan Malaysia sudah statik?

ATAU, Dua - dua tidak pernah meningkat?

Mungkin juga, tanpa sebarang piala yang dipertaruhkan, itulah aksi yang sesuai buat tontonan secara berbayar tu?

AKU tidak pernah mengharapkan kejayaan membelasah Filipina dengan belasan gol seperti dulu - dulu. Memang dewasa ini Filipina bukan lagi budak belasahan.

Yang aku harapkan adalah persembahan menarik kesemua pemain Malaysia terutamanya pemain yang bergelar jutawan tu.

Ke mana hilangnya hantaran - hantaran pantas dan rendah oleh Shafiq Rahim, disusuli dengan aksi menggelicik di atas garisan gol oleh Mat Yo serta hantaran ke hadapan gol yang disudahi oleh Safee.

Paling teruk hari ini ialah tiada satu pun percubaan tepat ke arah pintu gol lawan oleh JUTAWAN BOLA SEPAK TU. Juga teruk, kombinasi Shafiq dan Guru langsung hancur di jentera tengah. Apa yang diharapkan oleh King Raja kepada Guru berbanding Amar Rohidan dan Shafiq?

Jika midfield hilang fungsi dan penguasaan, pasti seluruh pasukan akan hilang dicengkam lawan.

Aku fikir, mungkin King Gobal perlu memanggil dua Otai yang masih berbisa, Shukor Adan dan Hai-O untuk menambah baik persembahan pasukan.

Adunkahlah pemain - pemain terbaik dari Harimau Muda dan pemain sekarang dengan suntikan pengalaman dua Otai berkenaan.

Tapi, siapa aku untuk didengari oleh King Gobal?

Aku adalah......

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong


Aku kata begitu kerana usai perlawanan, King Gobal kata puas hati dengan persembahan pemain sebagai persiapan menentang Singapura.

CUIT SIKIT:

OK, kita tunggu persembahan di Singapura nanti.
Cuma pesan aku kepada Pengulas - Pengulas Jemputan di Astro Arena, berkata benarlah dari hati. Jangan selalu menyebelahi pemain dari Selangor biar pun persembahan mereka koyak dan barai.
Aku tahulah semua jemputan tu bekas pemain Selangor tetapi bukanlah semua pemain Selangor itu baguih dan terbaik. Janganlah mengulas untuk Malaysia pun nak menangkan Selangor.
Kita lihat 8 Jun nanti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH