Posting aku sebelum ini, bertajuk MASUK SUKU dengan jelas menyatakan seperti ini,
bagi peringkat separuh akhir Euro 2012. Setakat hari ini, dua keputusannya menepati ramalan aku.
Faktor CR ternyata menjadi pemisah Portugal dan Czech. Dan, permainan kreatif Jerman ternyata gagal dikekang oleh Greece.
Hari ini dan esok, aku ramalkan keputusan bakal ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.
Sama - sama kita nantikan.
CUIT SIKIT:
Biar apa pun keputusannya, kesemua 16 pasukan yang menyertai pusingan akhir Euro 2012 menerima imbuhan seperti berikut;
Sehingga kini, biar pun berakar umbi daripada Liga Semi Pro mulai 1989, Liga Malaysia belum mampu menawarkan hadiah JUARA bernilai separuh daripada angka paling bawah tu.
Lebih menyedihkan,
yang sepatutnya uptodate, langsung tidak menggambarkan ia sebagai lidah rasmi Liga Malaysia apabila maklumat berkaitan Piala Presiden dan Liga FAM langsung tidak muncul.
No records found adalah jawapan kepada pencarian Senarai Penjaring Gol Liga Malaysia 2012.
Jika laman di atas tidak aktif, kenapa ianya diwujudkan? Sapa nak jawab ni?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan