MENARIK! Itu yang dapat aku rumuskan usai perlawanan Johor FC menentang Kedah di Pasir Gudang semalam [ 19 Jun ].
Yang menarik bukan keputusan 2-1 yang berpihak kepada Johor FC. Tetapi, yang menarik perhatian aku adalah komen Wan Jamak selepas perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh TV1 [RTM].
Wan Jamak secara terus dan terangnya menyalahkan para pemain Kedah kerana sering kali bermain mengikut kehendak sendiri bukan menurut game plan pasukan. Dalam ertikata lainnya, pemain Kedah bermain mengikut kepala sendiri dan ikut sedap tekak depa.
Menariknya, semasa menjawab pertanyaan Izwan Mohd. Nor, Wan Jamak mengatakan permainan Kedah di separuh masa pertama adalah seumpama permainan BUDAK SEKOLAH. Paling menarik, apabila Wan Jamak berkata dia dah fade up dengan pemain Kedah.
Cuba kita lihat KEDAH dan Pencapaiannya di arena bola sepak tanahair.
Sejarah lampau Kedah yang sangat cemerlang terutamanya ketika dibimbing Azraai khor, mungkin memeningkan kepala ramai pemain dan jurulatih Kedah sekarang ini.
Pastinya sangat sukar untuk mengulangi semula sejarah hebat itu. Pun begitu, ia bukanlah juga sesuatu yang tidak boleh diulangi. Tambahan pula, Kedah masih memiliki sebahagian besar skuad musim lalu yang berada di tangga ke 4 Liga Super.
Dengan segala macam kemudahan dan kebajikan yang terbela, para pemain Kedah sepatutnya tidak mendapat keputusan seperti ini,
Berbaki 7 perlawanan, Kedah sangat nazak di dasar liga. Mengapa?
Inilah secara terperinci pencapaian mereka setakat ini,
Sejak Mei, Kedah mengharungi 7 perlawanan tanpa sebarang kemenangan, biar pun bangkit melawan ketika ketinggalan di Singapura itu. Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh Wan Jamak, pemain bermain mengikut suka hati mereka. Jika nak menang, mereka bermain seperti Sang Juara. Jika sebaliknya, mereka akan bermain seperti Budak Sekolah.
Secara bulannya, pencapaian Kedah adalah seperti berikut,
Secara ikhlasnya aku katakan, musim ini adalah musim paling koyak buat Kedah. Begitu pun, Kedah agak cemerlang di Piala FA musim ini,
Kedah tersingkir di peringkat Separuh-Akhir Piala FA berdasarkan gol tempat lawan. Selesa mendahului 2 gol, Kedah akhirnya melepaskan pula 2 gol kepada Kelantan di Alor Setar.
CUIT SIKIT:
Dengan baki perlawanan seperti berikut,
aku fikir, Kedah perlukan nyawa kedua untuk keluar daripada zon nazak itu. Walau pun bakal bermain empat perlawanan di laman sendiri, ianya bukanlah mudah buat Kedah apatah lagi jika BUDAK - BUDAK SEKOLAH itu terus bermain.
Mungkin sudah tiba masanya, Wan Jamak menggunakan lebih ramai pemain simpanan dan pemain dari Piala Presiden berbanding menggunakan pemain senior yang tak mahu menang itu.
Siapa tahu, hasilnya mungkin lebih muai.
nota kaki,
Kata Hafizal Hamad sebelum mengakhiri siaran langsung itu, Pengurusan Bola Sepak Kedah perlu juga berubah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan