Jumlah Paparan Halaman

29.11.11

MAT SAMAN MENYAMBUT LAWAK.....

Wajah serius TS Isa menggambarkan betapa sukarnya beban yang dipikul oleh Pengerusi Felda ini untuk meyakinkan peneroka khususnya dan seluruh warga Felda amnya bahawa pengapungan saham Felda di BSKL nanti akan menguntungkan mereka.
 Akibat terlalu serius, TS Isa akhirnya berkata seperti di atas dan di bawah ini.....
Berdasarkan pengalaman aku, TS Isa cuba melawak semasa bercakap bahasa di atas. Malangnya, lawak beliau tidak disambut dengan ketawa oleh hadirin. Apa yang terjadi ialah, angkara lawak yang tidak menjadi itu, beliau bakal disaman oleh KETUA PENEROKA FELDA MALAYSIA.....
Hadirin hanya tergelak apabila TS Isa menyebut nama Pak Lurah.

Pak Lurah adalah nama popular En. Ohtman bin Haji Parman, Peneroka FELDA Palong 9, Jempol, Negeri Sembilan. Beliau adalah Ketua Peneroka Felda Negeri Sembilan dan juga Ahli JKPP.
Mungkin terlalu serius dan keliru, TS Isa hanya mampu menyebut JKK sebagai merujuk kepada JKPP. Selaku Pengerusi FELDA, sepatutnya TS Isa mampu menyebut JKKR [Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan] atau JKPP [Jawatankuasa Perundingan Peneroka] dengan fasih.

Mungkin jiwa TS Isa masih terkongkong di Bagan Pinang, Port Dickson yang menyebabkan beliau hanya mampu menyebut JKK atau JKKK [Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung].

Aku setuju saranan TS Isa ini. Dah tua - tua dan bergelar Ketua janganlah membohong dan membuat kerja ala - ala membohong. Semoga ikhtibar percakapan itu, sampai semula kepada beliau. Kenyataan TS Isa di bawah ini, aku juga setuju seratus peratus. Cuma, kepercayaan aku bab melaksanakan atau mengotakan kata atau walk the talk itu,aku cuma percaya 0.1 persen je. Biasalah, cakap orang politik, mana boleh percaya sangat.
Videonya anda carilah di sini...

CUIT SIKIT:
Mungkin inilah tanda - tandanya, ada seseorang atau ramai orang akan bergelar ORANG PENCEN selepas ini.
Selama lebih 20 tahun,sebagai MB Negeri Sembilan dan gemar melawak semasa berucap dan juga semasa sidang akhbar, akhirnya lawak TS Isa, sudah menimbulkan cerita MAT SAMAN pulak.
Cuma aku tak tahu sejauh mana kisah MAT SAMAN ini akan berlarutan. Aku bimbang MAT SAMAN ini akan mengalah kepada tekanan kerana takut kehilangan jawatan. Doa aku, semoga MAT SAMAN ini diberikan kekuatan untuk menegakkan prinsip dan kebenaran yang dibawanya.
Sama - samalah kita nantikan.....

28.11.11

LAWAK YANG SERIUS CARA JKPP FELDA.....

Isa Samad Bakal Di Saman Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Ekoran Kenyataan Biadapnya !


KUALA LUMPUR, 28 Nov - Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda memberi tempoh 14 hari kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina peneroka. Kata-kata penghinaan itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Melang Inn Kuala Pilah baru-baru ini.

"Kita telah melantik peguam untuk menuntut Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 14 hari dan menyiarkannya sekurang-kurangnya di lima buah akhbar. "Jika enggan memohon maaf, kita akan meneruskan tindakan saman terhadap beliau," kata Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Naib Pengerusi JKPP Wilayah Johor Bahru, Shamsuddin Othman. Beliau berkata demikian pada satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.

Kira-kira 15 anggota mereka turut serta pada sidang media itu termasuk pimpinan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda yang diketuai Azizah Bahari. Dalam rakaman ucapan yang turut ditayangkan kepada media, Isa dilihat mengeluarkan kenyataan seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu (ketuk) dia". Dia juga secara jelas menujukan kenyataan-kenyataan itu kepada Shamsuddin yang disebutnya dalam ucapan itu dengan nama "Pak Sam".

SETERUSNYA DI;


 Najib Tidak Akan Tergamak Pecat Mohd Isa

HARI ini beberapa orang Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) yang diikhtiraf sebagai badan rasmi oleh Felda telah memberi kata dua kepada Ha Najib Razak dan menggesa memecat Pengerusi Felda Mohd Isa Samad. Mereka memberi kata dua kalau Mat Isa tidak dipecat Umno akan kehilangan undi dalam pilihan raya umum akan datang.

Badan itu mendakwa mereka mewakili 1.6 juta peneroka dari 120,000 keluarga di 11 wiayah Felda di seluruh negara.

Desakan juga dilakukan supaya memecat Pengarah Seranta Felda Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Sabri Ahmad.

Desakan ke atas pengerusi dan pengarah itu ada kena mengena dengan langkah untuk menyenaraikan Felda Global Ventures di Sekureti Malaysia tidak lama lagi. Cadangan untuk menyenaraikan Felda itu diumumkan Ha Najib sewaktu membentangkan Bajet Oktober lalu. Katanya penyenaraian itu dibuat tergesa-gesa dan peneroka sendiri belum mengetahui tentangnya.

Felda tidak menjelaskan kepada peneroka menyebabkan ada menganggap penyenaraian itu dilakukan dalam gelap dan untuk kepentingan segelintir pihak berkepentingan ke atas Felda.

Sidang media itu dikendalikan oleh Pengerusi JKPP Shamsuddin Othman yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah Felda. Turut hadir pada sidang media hari ini ialah sembilan naib pengerusi JKPP Wilayah. Desakan oleh badan rasmi ini pertama kali dan memperlihatkan Felda berada dalam kemelut.

SETERUSNYA DI;


CUIT SIKIT:

Inilah berita LAWAK YANG SERIUS sempena Maal Hijrah dan juga Perhimpunan Agung UMNO yang bermula 29 November ini.

LAWAK kerana berita ini seperti ada yang tidak kena dengan usaha berhabis – habisan Pengerusi Felda dan mereka yang sama waktu dengannya untuk menyenaraikan Felda di Bursa Saham.

SERIUS sebab yang membantah secara terbuka itu adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Peneroka [JKPP] yang juga Ketua Peneroka FELDA Malaysia.

SERIUS juga kerana Pengerusi JKPP itu adalah Pengarah Besar FELDA sendiri. Maknanya, suara Peneroka dan suara Pengurusan sudah terserlah menerusi sidang media ini.

SERIUSNYA LAWAK INI kerana inilah kali pertama sejak penubuhan Felda 55 tahun lalu, ada usaha peneroka menyaman Pengerusi FELDA. Yang jelas, tindakan ini bukanlah didalangi oleh PEMBANGKANG. Pak Sam itu orang Johor yang pasti terserlah MERAH dan BIRUnya.
Macam tak masuk akal pulak apabila peneroka yang tegar biru dan merahnya itu bertindak menentang arus.

LAWAK ini juga sangat SERIUS jika kenyataan ini anda fahami.....

“penghinaan oleh Isa terhadapnya itu dipercayai ada kaitan dengan tindakannya yang mempersoal perolehan Felda yang hanya akan mendapat RM500 juta setahun selepas memajak 360,000 tanah kepada Felda Global Ventures untuk disenaraikan. Sedangkan pendapatan Felda daripada tanah-tanah itu sekarang ini sekitar RM2 billion setahun,” kata Shamsuddin Othman, Ketua Peneroka FELDA Malaysia.
MEMANG la LAWAK jika sebelum penyenaraian kita dapat banyak tetapi selepas penyenaraian kita dapat sikit je.
BENARLAH posting aku yang bertajuk, Bunga Ku Puja DiPetik Orang....

 
.

27.11.11

TUTUP KEDAI.....


Bagi pihak BABA ONG, aku nak mengumumkan bahawa perniagaan menjual dan membeli anak - anak rimau, diTUTUP SEMENTARA.

Ini kali, meniaga betul - betul TALA ONG. Lu tengok la hasil meniaga tahap Asia ni.
Tapi takpe. Meniaga tahap Asia Tenggara [SUKAN SEA] kita sudah untung RM 30 ribu satu orang. Takpa kan?


CUIT SIKIT:

Harapan Kecewa – Allahyarham Datuk Ahmad Jais

Bila kukenang kurenung

Remuk redam rasa tak tertanggung

Harapan bahagia nan menggunung

Terhampar hanyut terapung

Harapan untuk bersama

Mendirikan istana asmara

Berpadu kasih erat dan setia

Kiranya tak terlaksana

***

Harapanku kecewa

Dalam manis madu kata-kata

Dengan pujukan yang hanya dusta

Aku terpedaya

Alam sekeliling membisu

Tak sepatah kata nan merayu

Hanya aku menanggung duka pilu

Tak seorang pun yang tahu

ANU.....


Senarai Pendek calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan.adalah;

PENJAGA GOL TERBAIK:
Mohd Sharbinee Allawee Ramli (TERENGGANU)
Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
Mohd Farizal Marlias (NEGERI SEMBILAN)

PERTAHANAN TERBAIK:
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (NEGERI SEMBILAN)
Mohd Mazuki Yusof (TERENGGANU)
Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN)

MIDFIELD TERBAIK:
Mohd Badhri Mohd Radzi (KELANTAN)
Safiq Rahim (SELANGOR)
Joseph Kallang Tie (TERENGGANU)

PENYERANG TERBAIK:
Hairuddin Omar (NEGERI SEMBILAN)
Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
Abdul Hadi Yahya (TERENEGGANU)

JURULATIH TERBAIK:
Irfan Bakti Abu Salim (TERENGGANU)
Norizan Bakar (PERAK)
Dato’ M. Karathu (KELANTAN)

PEMAIN MUDA TERBAIK:
Mohamad Fadhli Mohd Shas (HARIMAU MUDA A)
Mohd Irfan Fazail (HARIMAU MUDA A)
Wan Zack Haikal Wan Noor (HARIMAU MUDA A)

ANUGERAH SUPERMOKH-PEMAIN PALING BERNILAI:
Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
Safiq Rahim (SELANGOR)
Majlis Kemuncak akan berlangsung di Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam jam 8.00 malam 30 November 2011. Khabarnya akan disiarkan secara langsung menerusi stesen tv penaja.

CUIT SIKIT:
Ini satu lagi majlis glamour untuk pemain bola sepak Malaysia. Ianya hanyalah satu acara tahunan untuk menghargai titisan peluh pemain selama semusim di tahun 2011.
Bagi aku, senarai pendek ini mempamerkan satu senario jangka pendek yang benar – benar pendek, sekiranya pemain di senarai pendek ini dijadikan sebagai pasukan kebangsaan.
Jangka hayat pasukan kebangsaan pastinya tidak akan bertahan lama sekiranya pemain di senarai pendek ini mengganggotai pasukan kebangsaan. Manakan tidak, ada empat pemain yang berusia hampir dan telah melepasi usia 30 tahun.
Lebih malang, pemain kebangsaan yang hebat, seperti Amar Rohidan, K. Gunanlan dan juga Ahmad Fakri Shaarani, tiada di senarai pendek ini.
Nyatalah anu..... ini, samalah seperti anu..... – anu..... yang lain, yang hanya merupakan acara makan – makan, berhibur dan bertepuk tangan setiap tahun. Bukan untuk mencari pemain yang benar- benar berkualiti.
Kepada pihak penganjur Anugerah Bola Sepak Kebangsaan ini, sekiranya anda benar - benar ikhlas untuk mencari YANG TERBAIK, aku syorkan mulai tahun hadapan, lebarkanlah kategori anugerah dengan memasukkan setiap posisi bola sepak seperti ini;
Bek Kanan Terbaik, Bek Kiri Terbaik, Bek Tengah Terbaik, Midfielder Bertahan Terbaik, Midfielder Menyerang Terbaik, Sayap Kanan dan Kiri Terbaik serta Penyerang Terbaik.
untuk dinilai dan berikan anugerah TERBAIK.
Jangan lupa, adakan juga anu..... untuk pemain simpanan negeri, tetapi menjadi pemain kebangsaan TERBAIK.....

PASTI BUDAK TU BOLEH MENANG......

26.11.11

APA HASIL LATIHAN DI BULGARIA?.....

Ranking Keseluruhan Negara Peserta
Acara Yang Menyumbang Pingat Untuk Malaysia
Penyumbang Pingat Olahraga
CUIT SIKIT:

Sekurang - kurangnya 3 daripada 59 pingat Emas Malaysia di Sukan SEA 2011 baru - baru ini, adalah sumbangan KUDA TUA & KUDA BUANGAN Kesatuan Olahraga Malaysia [KOM].

Yang paling jelas, atlet - atlet yang dibawa berlatih di Bulgaria secara kontrovesi itu tidak menyumbang apa - apa pingat.

Yang jelas juga, acara pecut 100 meter baik untuk lelaki mahu pun wanita, sudah lama tidak menjadi milik Malaysia.

Yang nyata juga, tiada atlet baru, hasil daripada SUKMA yang menyinar di Sukan SEA 2011.

Patut pun Datuk Zolkeples, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara tidak pernah menyenangi tindak tanduk KOM selama ini.

Akhirulkalam, apa pula sumbangan kuartet 4 x 100 meter wanita kesayangan KOM itu?

22.11.11

ANAK RIMAU KENA DERA.....


CUIT SIKIT:

Usai tuntutan mempertahankan IBU SEGALA PINGAT di Sukan Sea 2011, Harimau Muda kembali ke tanahair sekitar jam 7.00 pagi tadi.

Bukan sengaja pulang awal dan tak sempat shopping tetapi tuntutan tugas seterusnya memaksa mereka kembali tanpa rehat yang cukup.

Perhatikan dua jadual padat di peringkat ASIA sudah menunggu. Nasib baiklah kedua - dua tugasan itu tidak berlangsung di luar negara. Jika tidak, anak rimau ni pasti semakin tidak cukup rehat.

Tugasan mempertahankan Pingat Emas Sukan Sea telah dijayakan dengan cemerlang. Tugasan kedua ini juga perlu dijayakan dengan cemerlang kerana itulah tujuan sebenar mereka di skuad Harimau.

BABA Ong pastinya pening kepala kerana ketiadaan penyerang yang benar - benar boleh diharap untuk memusnahkan lawan. Bagi aku, penyerang yang ada sekarang ini, sekadar boleh diharap jika pihak lawan sudah jatuh tergolek di depan gol sendiri.

Jika berhadapan lawan yang cergas dan lasak, penyerang yang ada ini hanya layak sebagai pemain jaga beg dan handset di tepi padang aje.

Yang semakin pening tentunya, APEK SiPenjaga Gol itu. Dengan jadual padat dalam tempoh terdekat ini, tak dapatlah beliau nak melepak - lepak di Bukit Bintang lagi. Kesianlah dia tak dapat berlibur dengan artis comel tu......

Siapalah punya kerja mendera anak rimau ni?????


21.11.11

BUDAK DUNIA LAIN.....

Ahmad Fakri Saarani (lahir pada 8 Julai 1989 di Kota Bharu), merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk pasukan Negeri Sembilan dalam Liga Super Malaysia. Beliau berkebolehan menjadi penyerang dan sayap kanan.
Fakri lahir di Kota Bahru tetapi membesar di Batu Gajah, beliau membuat penampilan pertama untuk Perak dalam perlawanan Liga Super Malaysia menentang Negeri Sembilan pada 24 Mac 2007. Di dalam perlawanan ini, beliau menjaringkan hattrick dan satu assist dengan berkesudahan pasukan beliau menang dengan 5-1.
CUIT SIKIT:

Budak ini adalah ikon kepada kegagalan untuk meningkatkan prestasi setelah muncul di pentas nasional dan internasional.

Jika final tadi berakhir dengan kemenangan Indonesia, aku percaya budak ini wajib dipersalahkan. WAJIB DIPERSALAHKAN kerana sekurang - kurangnya empat peluang untuk membawa kemenangan buat Malaysia, gagal disempurnakannya.

Sepakan penalti penentuan itu pun gagal disempurnakannya. MEMANG budak ini nak kena rotan agaknya.

Aku tak faham mengapa di saat semua pemain Harimau Muda yang baru sahaja menang pingat emas bola sepak Sukan Sea 2011- IBU SEGALA PINGAT, tampil dengan semangat juang dan kemantapan mental yang hebat, budak ini nampak seperti langsung tiada skil, tiada semangat dan tiada ketahanan mental.

Di saat rakan - rakan yang lain menyepak kencang dan tepat ke kubu lawan semasa penentuan penalti, budak ini tampil dengan sepakan lemah dan jelas budak ini langsung tidak yakin dengan apa yang hendak dia lakukan.

MEMANG SAH BUDAK INI SEPERTI BERADA DI DUNIA LAIN.....

TAHNIAH buat semua pejuang MALAYSIA di SUKAN SEA yang memenangi IBU SEGALA PINGAT tetapi tidak untuk budak ini.

GARUDA, BARRACUDA & GELORA.....

Waktu sepak mula 19:30 di Jakarta [20:30 waktu Malaysia]
CUIT SIKIT:

Garuda Muda, Barracuda, GELORA [Gelanggang Olahraga] Bung Karno. Tiga perkara itulah yang akan menentang HARIMAU MUDA malam ini.

Garuda Muda adalah lawan yang adil buat Malaysia. Baik buat penganjur kerana tiket pastinya "sold out". Jika Malaysia lawan Vietnam, pastilah sunyi sopi takdo orang.

Barracuda adalah kenderaan rasmi Harimau Muda samada untuk masuk mahu pun keluar dari stadium nanti.

GBK adalah arena terbaik buat kedua - dua pasukan. Bukan kerana padang tetapi kerana kapasiti penonton yang boleh mencecah 100,000 orang. Seperti Stadium Nasional di Bukit Jalil, padang GBK tetap mempunyai masalah rumput. Kualiti padang GBK dan SNBJ adalah sama - sama teruk. YA! TERUK. Kita kan serumpun.

Satu perkara yang berbeza kali ini berbanding ketika Piala AFF 2010, di GBK tiada lagi pancaran laser dihalakan ke muka pemain lawan terutamanya penjaga gol. Yang ini nampak seperti penyokong Indonesia sudah berubah.

Bab berubah ini, bagi aku, penyokong Malaysia sudah ketinggalan kepada penyokong Indonesia. Sebabnya, di saat rakan serumpun di seberang Selat Melaka itu sudah tidak lagi bermain laser, kita masih lagi bermain mercun dan bunga api di dalam stadium. APO NAK DIKATO.....

20.11.11

TUAN KENDURI MENANG CABUTAN BERTUAH.....

Cuti sekolah yang panjang dan memanjang sudah bermula. Musim kenduri kahwin juga bermula dengan meriah dan tanpa hentinya.

Anda bayangkanlah, jika anda berpeluang menghadiri majlis kenduri di dewan seperti di atas, sementara menanti ketibaan RAJA SEHARI dan Tetamu khas, pihak tuan kenduri, bermurah hati mengadakan cabutan bertuah buat hadirin. Disediakan pula hadiah yang agak menarik dan memuaskan hati jika memenanginya.

Pengacara majlis dengan bangga mengumumkan cabutan bertuah buat tetamu akan dimulakan. Sebagai tetamu yang berpeluang untuk menang cabutan bertuah, anda pastinya turut teruja untuk menguji samada kehadiran anda adalah bersama tuah atau pun tidak.

Cabutan pertama bermula, tuah anda hanya berselisih satu nombor dengan tetamu lain yang lebih bertuah. Mungkin tuah anda ada di hadiah utama yang besar dan lumayan itu.

Usai hadiah - hadiah sampingan dimenangi, kini tiba pula cabutan untuk hadiah utama yang mungkin istimewa hadiahnya. Goncang punya goncang. Kacau punya kacau. Raba punya raba, akhirnya, pihak yang melakukan cabutan, mengambil satu kad dan menyerahkan kepada pengacara untuk diumumkan.

Muzik suspen mengiringi pengumuman.......pengacara lantang dan bersemangat mengumumkan PEMENANG HADIAH UTAMA CABUTAN BERTUAH SEMPENA MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN EN. K BIN EN. L adalah....................................................

EN. L BIN EN. M

Apakah perasaan anda jika begitu jadinya?

CUIT SIKIT:-

Jika anda rasa tidak selesa atau merasa tertipu dengan keputusan cabutan bertuah di atas, mungkin itulah yang turut dirasai oleh Raja Azmi Raja Sulaiman, produser dan pengarah filem yang lantang dan berani bersuara dan turut mempunyai ANU di DALAM BOTOL itu.

Anugerah Cipta Festival Filem Malaysia [FFM24] baru - baru ini tercemar kerana Raja Azmi meluahkan terus perasaannya di khalayak yang turut dihadiri oleh YAB TPM.

Bagi aku, malam itu juga turut tercemar dan dicemari oleh keputusan juri memberikan Anugerah Pengarah Harapan menerusi filem Libas kepada Jurey Latiff Rosli.

Malam itu dan malam - malam FFM24 seterusnya, Jurey Latiff Rosli adalah TUAN KENDURI, kerana beliau adalah PENGERUSI Jawatankuasa Induk dan beliau juga adalah PRESIDEN Persatuan Karyawan Filem Malaysia[GAFIM] yang merupakan badan penganjur festival filem berkenaan.

Jurey menafikan kemenangannya adalah kerana berlaku campurtangan dalam keputusan juri. Kata beliau, juri adalah profesional. Belia mengakui tidak tahu menahu keputusan anugerah sehinggalah ia diumumkan di malam itu.

Bagi aku, samada juri profesional atau Jurey juga profesional tidak timbul. Adalah lebih profesional sekiranya Jurey selaku TUAN KENDURI tidak campurtangan bukan sahaja di dalam membuat keputusan bahkan turut tidak menyertai sebarang pertandingan sempena festival berkenaan.

Lagi pun, dengan tidak menyertai sebarang pertandingan di festival berkenaan, Jurey akan lebih dihormati dan bakal kekal dengan status Presiden itu.

Akhirulkalam, mengambil tahu kisah anak wayang samalah dengan mengambil tahu kisah orang politik. Sama sahaja. Kedua - dua kelompok masyarakat ini GILA PUBLISITI dan CAKAP serta TIDAK TANDUK mereka TIDAK BOLEH DIPERCAYAI.

Benarlah kata bijakpandai, DUNIA INI HANYALAH PENTAS SANDIWARA.....

17.11.11

AWASI TIMOR LESTE.....


Di atas adalah carta kedudukan pasukan mengikut kumpulan bagi acara bola sepak SUKAN SEA 2001. Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke separuh akhir.

Bola sepak sememangnya acara yang paling mendapat perhatian daripada kesemua 11 negara yang menyertai sukan berkenaan. Aku fikir, mungkin ada negara yang memikirkan biarlah tidak menang apa - apa pingat di acara lain, asalkan menang pingat emas acara bola sepak, kerana.... 
PINGAT EMAS acara BOLA SEPAK adalah IBU SEGALA PINGAT.

CUIT SIKIT:

Tuan rumah, Indonesia tumpas satu gol kosong kepada Malaysia di perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Namun, kedua - duanya layak ke separuh akhir.

Di kumpulan B, Timor Leste, anggota paling bongsu Sukan SEA menunjukkan peningkatan paling mendadak di acara bola sepak ini. Biar pun tidak layak ke separuh akhir, Timor Leste akhirnya pulang bermaruah sebagai penghuni tangga ketiga kumpulan B. Laos, Brunei dan Filipina yang mempunyai sejarah bola sepak yang lebih lama, berada di bawah Timor Leste.

Mungkin sekitar satu atau dua siri Sukan Sea lagi, kita bakal dapat menyaksikan Timor Leste dikalungkan pingat menerusi acara bola sepak.

Sehingga tibanya detik itu, saksikanlah peringkat separuh akhir dan seterusnya seperti jadual di bawah.....



16.11.11

IBU SEGALA PERTARUNGAN.....

17 NOVEMBER 2011, samada di Jakarta atau Kuala Lumpur, di Medan atau di Medan Selera, semuanya akan bertumpu ke GELORA BUNG KARNO di Jakarta.

Di Ampang atau di Ampangan malah di Ampang Tinggi Kuala Pilah sekali pun, pastinya para pencandu sukan bola sepak tidak akan menghirau kuartet 4 x 400 lelaki Malaysia yang menang emas tetapi pulang awal tanpa sempat menerima pingat berkenaan.

Tiada siapa juga yang akan pedulikan kisah Noraseela Khalid memberikan kredit kemenangannya di acara 400m lari berpagar kepada Majlis Sukan Negara [MSN], bukannya kepada Kesatuan Olahraga Malaysia [KOM].

Yang paling pasti, tiada siapa yang akan pedulikan KOM yang banyak mencetus kisah bodoh daripada kejayaan itu. Biarkanlah KESAT TUAN OLAHRAGA itu terus dengan cerita pegawai selesa atlet derita itu.

ESOK, IBU SEGALA PERTARUNGAN akan muncul sekitar jam 8.00 malam waktu Malaysia. YA! sekitar jam 7.00 malam waktu Indonesia bahagian barat, INDONESIA akan bertemu MALAYSIA untuk membuat perhitungan di acara bola sepak.

JANGAN SALAH SANGKA. Ianya bukanlah perlawanan akhir. Ia hanyalah perlawanan terakhir kumpulan A acara bola sepak lelaki SUKAN SEA 2011. Tiada pingat, waima pingat PJK sekali pun ditawarkan untuk pemenang perlawanan ini.

Namun, bagi aku, esok adalah IBU SEGALA PERTARUNGAN dalam semua acara Sukan Sea 2011 kerana warga Indonesia masih terluka angkara TIMNAS mereka kalah kepada HARIMAU MALAYA di Piala AFF 2010. Mana mungkin mereka boleh melupakan begitu sahaja kekalahan itu.

Justeru, dijangka 80 ribu penyokong mereka akan berada di dalam stadium dan ratusan ribu lagi akan berada di luar stadium untuk menggentarkan HARIMAU MUDA.

CUIT SIKIT:

Carta di atas menunjukkan bahawa Indonesia sudah pun layak ke separuh akhir. Kedudukan Malaysia pula sedikit terancam sekiranya Singapura menewaskan Thailand.

Pertemuan Singapura dan Thailand yang telah tersingkir itu juga berlangung esok pada jam 5 waktu Malaysia.

Dalam perjalanan untuk mempertahankan IBU SEGALA PINGAT SUKAN SEA [ Pingat Emas Bola Sepak], pasukan Malaysia sudah tentu perlukan cabaran, dugaan dan halangan yang bukan kepalang.

Jika berjaya memenangi sekali lagi pingat emas bola sepak setelah berjaya mengatasi segala macam karenah dan dugaan itu, barulah HARIMAU MUDA ini layak bergelar JUARA SEBENAR dan boleh dipertanggungjawabkan untuk memikul cabaran yang lebih tinggi di masa akan datang. Jika tewas lebih awal di luar padang, eloklah difikirkan semula hasrat untuk layak ke Piala Asia dan Piala Dunia tu.

Untuk itu, sehingga tibanya detik dan ketikanya Malaysia akan bergelar Juara Piala Asia dan Piala Dunia, buat pemain Malaysia, naikilah kenderaan di bawah ini.....

COW GRASS.....

Stadium Mini Kuala Pilah merupakan antara stadium mini yang mempunyai catatan sejarah yang menarik sekurang-kurangnya untuk peringkat Negeri Sembilan.

Sekitar tahun 1970'an, stadium ini sering digunakan untuk perlawanan bola sepak Piala Malaysia oleh pasukan NS ketika itu.

Sering digunakan kerana padangnya agak berkualiti dan jaraknya cuma sekitar 50 km dari Seremban.

Itu dahulu. Lain pulak wajahnya sekarang. Lihatlah keadaan padang stadium berkenaan di era moden dan canggih ini.....


CUIT SIKIT:

Kuala Pilah adalah daerah yang aktif menganjurkan pelbagai kejohanan bola sepak. Semuanya mungkin berkaitan dengan kedudukan ORANG BESARnya yang turut memegang jawatan nombor dua di Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan.

Bermain bola sepak di padang seperti di atas pastinya tidak akan menonjolkan kualiti. KASIHAN PEMAIN BOLA SEPAK TEGAR KUALA PILAH yang terpaksa dan dipaksa bermain bola di atas padang seperti di atas.

Jika kita mempunyai duit dan peruntukan untuk menternak lembu dan membeli kondo mewah, takkanlah tiada peruntukan untuk menanam rumput jenis "cow grass" di padang itu.

Lagi pun penggunaan padang itu bukanlah percuma. Eloklah YB Dato' Ismail Lasim tinjau - tinjau keadaan padang itu yang bagi aku sudah hampir serupa dengan keadaan padang bola di FELDA PALONG SATU, Jempol.

Apa - apa pun, Jelajah Juara Piala Malaysia 2011 tetap diteruskan.....

TAHNIAH buat mereka yang JUARA dalam apa jua bidang yang disertai.

14.11.11

BUNGA KU PUJA DIPETIK ORANG.....

Seandainya boleh disamakan, aku berhajat untuk menyamakan tanah - tanah di rancangan Felda sebagai bunga yang sedang kembang. Samada ianya milik FELDA sendiri ataupun milik peneroka secara individu, ianya adalah aset yang ada nilainya.

Mungkin nilainya tidaklah setinggi nilai tanah di Kampung Baru Kuala Lumpur. Namun, nilai tetap nilai. Dalam ertikata yang lain, boleh menjadi duit.

Jika tanah ingin dijadikan duit, ianya boleh dijual, dicagar, dipajak atau diusahakan semaksimumnya.

Cara moden dan nampak global dalam usaha membuat duit menerusi tanah ialah dengan cara berkongsi nilainya secara saham.

Untuk menjayakan hasrat ini, ianya perlu diapungkan di bursa saham. Inilah timbulnya cadangan penyenaraian saham FELDA di Bursa Saham Kuala Lumpur [BSKL] tahun hadapan.

Dalam ertikata yang lain, dengan pengapungan saham itu di BSKL, nilai tanah itu akan meningkat tanpa perlu meluakkannya walau seinci pun. Ia tetap seluas yang ada. Jika ada bukit di tanah itu, bukit itu tetap tidak ditarah. Nampak cantik dan menarik pelan pengapungan saham itu.

Menjual nilai tanah secara saham di BSKL adalah berkongsi kepentingan dengan pihak lain. Maknanya, secara tidak disedari, kita telah berkongsi tanah itu dengan pihak lain.

Jika selama ini, tanah itu nilai dan sahamnya adalah milik individu, apabila ianya telah diniagakan diBSKL, nilai dan sahamnya bukan lagi milik kita seratus peratus.

Barang diingat, sekiranya saham itu merudum dan nilai pinjaman syarikat induk meningkat, secara tidak langsung, tanah - tanah yang tidak berapa tinggi nilainya itu akan terheret sama dalam pelan penyelesaian hutang syarikat.

Ketika itu, mungkin benarlah lirik lagu WARISAN Biro Tata Negara ini,
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang
Fikirkanlah apa yang akan anda tinggalkan buat generasi anda.
Aset kekal yang meningkat nilainya saban tahun tetapi sukar untuk dicairkan atau aset cair yang merosot nilainya saban tahun tetapi boleh digunakan bila -bila masa.
Jangan sampai lirik lagu tahun 1960'an benar - benar terjadi kepada kita semua.

Ingin memetik bunga yang kembang
Untuk hiasan dalam jambangan
Apakah daya nasibku malang
Bungaku puja dipetik orang
Namunku takkan putus asa
Banyak mekar di dalam taman
Walau seribu tahun tak apa
Asalkan kembang jadi idaman
Sungguh kasihan
Bunga bermadu
Ditinggalkan kumbang
Sesudah layu
Apakah ini suratan
Dirimu sayang
Setelah layu
Tiada yang mahu
Dari itu ingatlah bunga
Jaga diri jagalah nama
Agar kamu tidak dipersia
Oleh sang kumbang yang durjana

CUIT SIKIT:
Pandangan lain ada di sini.....





12.11.11

SENTUHAN DIRAJA......




berita lanjut di http://n9kini.com/?p=60299

CUIT SIKIT:

Hobin jang hobin...3x
Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang Luak sokong kito
Jangan buek malu muko
Hobin jang hobin...3x

Ingatlah, disebalik sokongan semua pihak samada daripada Istana sehinggalah ke rancangan - rancangan Felda, mempertahankan kejuaraan tidak pernah semudah memenanginya.

10.11.11

NOMBOR MANA?.....

Esok Hari Jumaat. Jumaat adalah PENGHULU segala HARI. Kerana hanya di hari Jumaat sahajalah umat Islam satu kariah akan dapat berjumpa muka dan bertemu mata sebelum dan selepas menunaikan solat Jumaat.

Istimewanya hari Jumaat, kerana di hari itulah sahaja umat Islam akan berkumpul di masjid dan juga surau diri jumaat untuk mendengar khutbah dan menunaikan solat Jumaat. Seminggu sekali, umat Islam diberikan motivasi untuk mengukuhkan keimanan diri dan sebagainya. Kepada yang mendapat manfaat daripada khutbah berkenaan, untunglah beliau.

Yang datang berbual sesama sendiri semasa khatib berkhutbah, turut beruntung. YA! beruntung kerana tidak dibisukan oleh ALLAH swt dengan serta merta angkara berbual dan bercakap semasa khutbah sedang berkumandang.

Esok juga adalah hari yang boleh disifatkan sebagai "DAY OF THE YEAR" kerana tarikhnya 11-11-11. Khabarnya, ramai yang menempah majlis perkahwinan sempena tarikh berkenaan kerana nombor cantik itu.

Bagi aku, 11-11-11 tidaklah seistimewa 20-11-2011. 20-11-2011 adalah lebih istimewa kerana nombornya lengkap berbanding 11-11-11 [2011] itu.

CUIT SIKIT:

Anda percaya pada nombor? Sukakan nombor tidak mengapa tetapi janganlah sampai tahap gaban sehingga sanggup berhabis duit untuk membeli nombor. Lebih teruk sehingga ke tahap khurafat kerana percayakan nombor.

Tiada apa hebatnya nombor yang kita sukai. Seandai kita beriltizam untuk melakukan sesuatu sempena tarikh atau nombor berkenaan, lakukan kerana kita ingin melakukannya sempena berkat hari Jumaat. Bukan sempena angka 1 yang banyak pada hari berkenaan.

Seperkara lagi, jika tidak disertakan impian dan kesungguhan untuk mencapai impian berkenaan, anda tidak akan ke mana - mana.

Selamat maju jaya buat semua yang berniat dan berusaha untuk berjaya sempena HARI JUMAAT!

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH