Jumlah Paparan Halaman

28.7.12

DARI SEREMBAN KE HAMPDEN.....


Apabila USA, Pemenang Pingat Emas Bola Sepak Wanita di Olimpik Beijing 2008, turun ke gelanggang untuk bertemu France di Olimpik London 2012, tiada apa yang istimewa buat rakyat Malaysia.

Saat ini, tumpuan semua rakyat Malaysia pastinya tertoleh kepada barisan atlit yang berpotensi untuk meraih PINGAT EMAS PERTAMA Malaysia di Sukan Olimpik.

Namun, dalam diam serta tanpa sebarang publisiti media, seorang Wanita Rakyat Malaysia telah meraih penghormatan untuk berada lebih awal di gelanggang Olimpik 2012.

Lihat di bawah,


CUIT SIKIT:

Aku ucapkan TAHNIAH dan SYABAS buat Widiya Habibah Shamsuri, anak Seromban yang telah lama mencipta nama di pentas bola sepak wanita dunia.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama beliau bertugas di Olimpik. Beliau pernah bertugas di Olimpik Beijing dan juga di Piala Dunia Wanita 2011, di Jerman.


Biar pun ketika bergelar pemain bola sepak wanita, beliau tidak ke mana - mana, rupa - rupanya setelah bergelar PENGADIL, beliau sebenarnya sudah mencapai taraf dunia.

Buat kenkawan, aku fikir inilah contoh terbaik buat pedoman untuk meneruskan kehidupan sekiranya karier sekarang hanya bertaraf seadanya.

Berhijrahlah ke bidang baru. Mungkin sinar kejayaan ada di sana. FIKIRKAN BOLEH!

26.7.12

PIALA MALAYSIA PART 3.....

Setelah terlepas dua gelaran utama, Liga Super dan Piala FA, NS pastinya akan berhabis - habisan untuk mempertahankan PIALA MALAYSIA.


Biarpun PIALA MALAYSIA tidak akan membawa pemenangnya ke peringkat ASIA sepertimana Juara Liga Super dan Johan Piala FA, aura PIALA MALAYSIA ini tetap menjadi pujaan setiap pasukan.


Selaku JUARA BERTAHAN PIALA MALAYSIA, NS sudah memulakan langkah pertama ke arah memperkasakan pasukan apabila membawa [ meminjam ] masuk, Khairul Izuan Abdullah, pemain PDRM yang menang KASUT EMAS Liga Premier 2012.

Aku tak boleh membayangkan bagaimana nanti pihak lawan terpaksa bekerja keras untuk menangkis ledakan Effa - Pemenang Kasut Emas Liga Super dan ketajaman Khairul Izuan - Pemenang Kasut Emas Liga Premier dengan bantuan penjaring terbanyak tempatan di Liga Super, Shakir Ali. Oh! Pasti Meledak Gandingan ini.

Jika ditakdirkan sekumpulan dengan Kelantan, aku fikir mahu roboh jaring gol kawalan Apex tu. Memang hebat gandingan KASUT EMAS bersama NS tu. Sama - sama kita nantikan.

Pun begitu, catatan kali ini lebih menumpukan kepada sesuatu yang aku fikir bukan kebetulan sebaliknya lebih kepada usaha dan iltizam PBNS selama ini yang ingin melihat NS maju di bidang bola sepak.

Bukan sesuatu yang mudah untuk terus berada di Liga Super tanpa sentuhan kewangan daripada pimpinan PBNS. Ianya bukan sekadar sepuluh atau dua puluh. Ianya bernilai JUTAAN RINGGIT.

DAN, lihatlah secara keseluruhan pencapaian NS sejak berada di Liga Super Musim 2006.
Di bawah ini adalah carta Liga Super Pertama yang melibatkan NS. Lihatlah sendiri di mana NS.
 Satu lagi pencapaian cemerlang NS.
 Episod kekerapan NS di Final Piala Malaysia bermula di,
dan berterusan selama tiga tahun berturut - turut, NS berada di pentas akhir Piala Malaysia. Sehebat - hebat Kelantan pun, tak mampu lawan NS bab masuk final Piala Malaysia ini.
  


 kawe - kawe Klatey jange maroh deh. Ini bukan auta atau propa. Ini FAKTA.

Justru, sering terpapar di STAR Paroi, banner macam ni,

 CUIT SIKIT:

Aku tidak mahu mengaitkan apa - apa nota politik di sini. Tetapi, dengan PRU KE 13 semakin hampir, ada desas bin desus yang kuat mengatakan TOK MAT bakal ke Putrajaya selepas ini.

Makno eh, sekigho eh bonar desas-desus tu, selepas PRU KE 13 nanti, akan ada Presiden PBNS yang baru. Sebabnya, mana - mana individu yang dilantik sebagai MENTERI BESAR NS, secara langsungnya beliau juga adalah Presiden PBNS. Ini berkaitan dengan perlembagaan PBNS yang telah menetapkan Presidennya mestilah MB NS.

Inilah catatan aku bab pencapaian PBNS dan TOK MAT sejak 2004 lalu,

Semua pingat kejuaraan pertandingan utama bola sepak Malaysia, sampai ke Seremban di era TOK MAT sebagai Presiden PBNS.

Inilah kaitan catatan aku di atas tadi berkenaan sentuhan kewangan dan kemajuan pasukan.

Jika benar TOK MAT ke Putrajaya, maka penggantinya nanti perlulah sama atau dua kali lebih baik daripada beliau.

Andai berlaku sebaliknya, aku pasti NS akan kembali ke tahap dulu - dulu. Cam zaman main bola kat Padang Stesen, maghin tuh.

24.7.12

PIALA MALAYSIA PART 2.....

JIKA beginilah hasil undian pada 2 Ogos nanti,

aku fikir ianya akan menjadi kumpulan paling digemari oleh para peminat.

Manakan tidak, Hai-O akan berhadapan dengan dua bekas pasukannya. Dua pasukan yang telah memberikan peluang buat BUDAK AJAIB PIALA MALAYSIA itu mencipta sejarah tersendiri. Menang 3 Piala Malaysia berturut - turut dengan dua pasukan berbeza dan berjaya menjaringkan gol di ketiga-tiga final.

Jika begitulah tuah undian, pastinya PSNS dan ramai lagi akan menunggu dengan penuh mesra kunjungan ATM yang disertai oleh separuh mantan pemain NS.

Rekod TIDAK MESRA Felda United dan penyokong NS pasti juga akan berterusan sekiranya tiada usaha lebih positif diambil oleh kedua - dua pihak.

Memang menarik jika ramalan aku menjadi kenyataan. Johan 2009 & 2011, Johan 2010, Sang Sawit - tewas di suku-akhir 2011 kepada NS dalam perlawanan hangat dan dramatik serta Abang Sojar yang diketuai KAPTEN Hai-O berada di satu kumpulan.

Pasti hangat dan meriah serta penuh warna - warni kerana hanya dua daripada empat akan ke peringkat kalah-mati.

CUIT SIKIT:

Jangan ingat aku sengaja propa. Aku membuat sedikit kajian berkenaan proses pengundian Piala Malaysia 2011.

Hasilnya, jika tuah undian 2011 dan 2012 tidak berubah, itulah natijahnya. Seterusnya, lihat di bawah dan kajilah sendiri apa sahaja kemungkinan.

23.7.12

PIALA MALAYSIA PART 1.....



 CUIT SIKIT:

Kelibat BUDAK AJAIB PIALA MALAYSIA di bawah ini, pastinya menjadi tumpuan bermula Ogos ini.
Kebolehannya menang 3 juara di tiga Final berturut - turut menerusi 2 pasukan yang berbeza adalah sesuatu yang sukar untuk dicapai oleh mana - mana pemain.
BUDAK AJAIB ini masih berpeluang untuk meneruskan catatan sejarah apabila pasukannya sekarang, ATM adalah antara calon awal yang mampu ke final Piala Malaysia 2012.

Sama - sama kita nantikan.

20.7.12

TAHNIAH PAHANG.....

TAHNIAH PAHANG!
Kerana kembali semula ke Liga Super 2013.
TAHNIAH KEDAH!
Kerana cabaranmu bukan kepalang di Final Play-off Liga Super / Liga Premier 2012.
TAHNIAH MELAKA!
Kerana menjadi tuan rumah yang baik buat semua perlawanan play-off dan juga telah menyediakan dua stadium yang mempunyai lampu limpah yang menepati standard FAM, biarpun MELAKA masih kekal di Liga FAM pada musim 2013.

Keputusan dicapai setelah 12 pemain mengambil sepakan penalti penentuan.
Empat tindakan menyelamat Wan Azraei memisahkan Kedah dan Pahang.
Kedudukan keseluruhan 8 pasukan yang menyertai Play-off di Melaka adalah seperti berikut;
Akhirnya, menjelang Ramadhan Sabtu ini, Liga Malaysia 2012 menutup tirai dengan penuh warna - warni.
Di atas adalah pasukan yang bakal bermain di LIGA KELAS TIGA Malaysia 2013.
Itu pun jika tiada yang menarik diri.
Empat pasukan NEGERI menyertai Johor bakal bersaing di Liga Premier 2013.
 
Akhirnya, 2 pasukan dari Liga Premier 2012 naik pangkat ke Liga Super 2013.
Cabaran ATM di musim hadapan pastinya menjadi perhatian ramai pihak.


CUIT SIKIT:

Aku fikir, sekurang - kurangnya ada dua daripada empat kelab di Liga Super itu bakal berubah wajah sepenuhnya musim hadapan.

Sekarang ini, satu kelab sebenarnya sedang menghadapi kemelut di peringkat top management. Jika berlaku perubahan drastik di peringkat atasan kelab berkenaan, ada kemungkinan, mereka akan lebih merosot berbanding sekarang dan, mungkin bakal tersingkir ke Liga Premier 2014.

Menarik juga untuk menanti di manakah Bad dan Meen bakal mencurah keringat musim 2013. Di AS atau di Seremban?

Lebih menarik, Pasukan mana yang akan diasuh oleh Mat Zan, Cikgu Jan dan mungkin juga oleh Wan Jamak.

Paling menarik sebelum bermula Ramadhan ini ialah, mengapa pemain sehebat Piya ini tidak mampu membuka mata King Gobal atau Baba Ong untuk menyertai sesi latihan pasukan Piala AFF dan Piala JAVA selepas Aidilfitri nanti.


19.7.12

NS & SUKMA.....

Belum terlambat untuk aku mengucapkan tahniah kepada para atlit NS yang telah menyertai SUKMA PAHANG 2012 yang berakhir Isnin lalu.

Tidak terlewat juga untuk aku kalungkan bunga terima kasih buat PSNS yang hadir di Kuantan khususnya ketika acara bola sepak semata - mata memberikan sokongan buat Jang Mudo. Tentunya mengharapakan Jang Mudo mampu meraih IBU SEGALO PINGAT.

Apa - apa pun, semuanya sudah berakhir. Kini adalah masa untuk para atlit yang menang pingat untuk menanti DUIT RAYA yang biasanya diberikan oleh Kerajaan Negeri Sembilan kepada mereka.

Dalamasa yang sama, aku fikir pihak Majlis Sukan Negeri [ MSN NS ] khususnya di Unit Sukan Prestasi Tinggi, perlu merenung kembali pencapaian NS secara keseluruhannya bukan sahaja di SUKMA XV ini, tetapi bermula sejak 1986 lagi. Berjayakah NS secara keseluruhannya di SUKMA - Sukan Malaysia ini?

Mari kita lihat seterusnya,
TUNGGANG TERBALIK-Jumlah Pungutan Pingat di SUKMA 2012

10-Kedudukan NS secara keseluruhan

Pungutan Pingat Harian

14/24-Acara yang menyumbangkan pingat. Menurut carian aku di laman web rasmi SUKMA PAHANG 2012, NS tidak menyertai Bola Tampar dan Ekuestrian. Betul ke?

ADIL-Pungutan Pingat Emas Seimbang Antara Atlit Lelaki dan Wanita.
KEBETULAN-Pingat Emas Pertama dan Terakhir adalah sumbangan Wanita


TIGA PINGAT - di atas adalah 3 ATLIT CEMERLANG NS kerana sumbangan 3 Pingat.
SATU REKOD BARU SUKMA.

10- Nombor kedudukan keseluruhan kegemaran NS.
Tujuh daripada lima belas penyertaan, NS dapat nombor berkenaan.
CUIT SIKIT:

Pungutan 30 EMAS di Melaka pada 2010 adalah TERBAIK setakat ini. Aku fikir, sedikit sebanyak kerana sumbangan SUKNES 2009.

Ada yang masih ingat dengan SUKNES atau Sukan Negeri Sembilan itu? Masih adakah ia atau sudah berkubur? Jika berkubur, ada batu nisan atau tiada?

Buat kenkawan di Majlis Sukan Negeri Sembilan khususnya, aku fikir, lihatlah kembali kewajaran pencapaian NS di SUKMA selama ini. Sukakah anda sekiranya N9 asyik dapat nombor 10 yo?

WA tanya, LU jawab.


18.7.12

PLAY-OFF & LIGA KELAS 3.....

Tamat empat perlawanan play-off bagi tiga liga utama Malaysia 2013 menyaksikan dua pasukan kekal di liga sekarang dan empat pasukan turun ke liga yang lebih bawah. Dua pasukan masih menghitung nasib pada Khamis nanti.


Sebenarnya, daripada 8 pasukan yang berentap di Melaka mulai 17 Julai, hanya 3 yang akan ketawa besar. Dan, tatkala mereka ketawa besar itu, ada lima pasukan yang sedang murung. Itulah lumrah kehidupan.


Catatan setelah tamat empat perlawanan play-off adalah seperti berikut;


Sedang Alex dan Meen memikirkan peluang pada Khamis ini, aku pasti, Rozaimi Abd. Rahman [ Rozaimi Bongawan ] yang baru sahaja bergembira kerana menang IBU SEGALA PINGAT di Kuantan, pasti sedang memikirkan masa hadapan kariernya kerana Sabah bakal bermain di Liga Premier 2013.

Dengan bakat besar yang dimilikinya, Liga Premier bukanlah medan terbaik untuk karier beliau terus berkembang dan menjadi bintang negara sepertimana yang pernah dikecapi oleh James Wong, Hassan Sani dan Peter Rajah dahulu.

Bagi aku, jika tidak di luar negara, Rozaimi Bongawan perlu bermain di Liga Super pada musim 2013 supaya beliau terus meningkat maju. Amat sayang sekiranya bakat beliau terkulai begitu sahaja di masa hadapan. Untuk itu, beliau perlu berhijrah ke pasukan lain pada musim hadapan. Sangat baik jika memilih Negeri Sembilan.

Tamat empat perlawanan play - off itu, maknanya Liga Premier 2013 akan disertai oleh,
Setakat ini, empat muka baru telah mengesahkan penyertaan iaitu Kuala Lumpur, Kelab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam [ SPA FC ], Sarawak dan Sabah. SATU lagi akan mengisi ruang bertelinga gajah itu sekitar jam 10.30 malam, 19 Julai nanti.

Di peringkat Liga Super pula, 11 pasukan telah mengesahkan tempat mereka.
Ruang bertelinga gajah itu bakal diisi, juga sekitar jam 10.30 malam, 19 Julai nanti. Samada muka baru [ PAHANG ] atau muka lama [ KEDAH ], sama - sama kita nantikan.

CUIT SIKIT:

Sila perhatikan pula pasukan - pasukan yang bakal bermain di liga kelas tiga pada 2013 nanti.

Sekadar makluman, liga kelas tiga ini boleh ditonton secara percuma dan belum ada sejarah ianya disiarkan secara langsung di tv. Lebih teruk, langsung tiada sebarang laporan di dada akhbar.


Ruang bertelinga gajah itu khabarnya bakal diisi oleh Brunei. Bukan DPMM FC, tetapi pasukan Negara Brunei sendiri. Namun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi.

Jika anda prihatin, anda pasti nampak jelas 3 PASUKAN NEGERI dengan tidak malunya bermain di LIGA KELAS TIGA itu. MELAKA berada di situ sejak 2011. PULAU PINANG pula berada di situ mulai 2012. Dan PERLIS, yang merosot sejak Presidennya tidak lagi bergelar MB, akan berada di situ mulai 2013.


Sepatutnya, tiada pasukan Negeri yang bermain di situ. Malangnya, angka yang sepatutnya sifar itu telah bertambah kepada tiga.


Teramat malang sebenar bagi mana - mana pasukan negeri jika terpaksa bermain di LIGA FAM ini. Sebabnya, itu bukanlah tempat untuk para state players menunjukkan bakat. Liga kelas tiga ini sebenarnya tempat untuk kelab dan persatuan sukan agensi kerajaan beradu kekuatan dan mencuba nasib untuk ke liga yang lebih baik.


Lebih malang ialah MELAKA. Selepas berjaya menjadi tuan rumah kepada pertandingan Kumpulan C Kelayakan Piala ASIA U22 dan Play-off Liga Malaysia 2013, pasukan negerinya terus bermain di LIGA KELAS TIGA pada 2013. Memang hawau!


16.7.12

BERANIKAH PBNS?.....


CARTA AKHIR LIGA SUPER 2012

CATATAN LENGKAP ARENA SENDIRI VS ARENA LAWAN.
DENGAN PENCAPAIAN TIDAK SAMPAI 50%, MANA MUNGKIN NS BOLEH BERADA DI TANGGA YANG LEBIH BAIK.

H2H - HOME & AWAY. DUA TOP of THE TABLE TIDAK MAMPU DITEWASKAN OLEH NS.


PERTANDINGAN RASMI SAHAJA.
CATATAN LENGKAP PENCAPAIAN NS BERSAMA AZRAAI KHOR.

PENCAPAIAN KESELURUHAN NS SEJAK BERADA DI LIGA SUPER DAN JUGA DI BAWAH KEPIMPINAN TOK MAT.

CUIT SIKIT:
BIAR PUN TERUMBANG - AMBING DI LIGA, AZRAAI KHOR TELAH MENGHADIAHKAN DUA PIALA BUAT NS.

TETAPI, CUKUPKAH? SEDANGKAN KEDUA - DUA PIALA ITU TIDAK MEMBAWA NS KE MANA - MANA.

SUDAH SAMPAI MASA DAN KETIKANYA, NS POSITIF BERTINDAK UNTUK MELANGKAU KE ASIA MENERUSI PERTANDINGAN PIALA AFC 2014.

PIALA AFC 2013 SUDAH JADI MILIK KELANTAN DAN SELANGOR. RUANG KE PIALA AFC 2014 MASIH TERBUKA BUAT NS MENERUSI,

BERANIKAH PBNS MEMULAKAN LANGKAH ITU?
TANPA SEBARANG LONJAKAN PARADIGMA, BOLA NS TIDAK AKAN KE MANA - MANA.

AKU CADANGKAN BUAT TOK MAT, PBNS DAN AZRAAI; PERTAHANKAN PIALA MALAYSIA DAN MULAKAN MISI MENAWAN ASIA 2014 SEKARANG.
AKU TABIK KAT BOJAN HODAK KERANA BERANI MENYATAKAN HASRAT UNTUK MEMBAWA KELANTAN MENAWAN PIALA AFC 2012.

15.7.12

PLAY-OFF.....

Berakhir sudah musim bola sepak Malaysia 2012 dengan lancar dan tenteram. Keputusan semua pertandingan anjuran FAM adalah seperti berikut;
Piala Malaysia 2012 akan bermula selepas Aidilfitri.

Usai segala liga, pasti ada yang tersingkir dan juga naik gred. Kita lihat siapa yang kena,

Bermula Selasa ini, ada pula peringkat penyingkiran dan kenaikan secara beradu kekuatan semula. Itu yang dinamakan Play-off.

Peraturan FAM untuk menentusahkan pasukan ke Play-off adalah.
Berikut adalah senarai yang akan berentap di Melaka,

Selesai Play-off itu, struktur Liga Malaysia untuk 2013 adalah seperti berikut,


Jadual Play-off di Melaka nanti adalah seperti di bawah.
CUIT SIKIT:

Begitulah susun ceritanya Liga Malaysia 2012 dengan penamatnya menunjukkan sesuatu yang tak masuk akal.

TAK MASUK AKAL bukan kerana keputusannya. Bukan juga kerana ada kes siBaju Hitam kene cekup di Kota Singa. Bukan juga kerana NS tidak menjadi juara. Semuanya bukan. TAK MASUK AKAL sebab ada pihak yang terpaksa menulis surat rasmi kepada FAM supaya penyerahan trofi diadakan di stadium bukan di Wisma FAM.

Lebih TAK MASUK AKAL itu ialah apabila Aji Midin dan Jawatankuasanya mengadakan mesyuarat khas di Kuantan untuk mendapatkan persetujuan supaya Trofi Liga Perdana dan Liga Super diserahkan kepada SANG JUARA di Stadium.

Paling TAK MASUK AKAL ialah Aji Midin sebelum ini hendak menyerahkan Trofi - Trofi berkenaan di Wisma FAM pada 20 Julai. Memang TAK MASUK AKAL sebab langkah Aji Midin itu amat SONGSANG dan LUAR TABII.

Memang SONGSANG dan LUAR TABII apabila penghormatan buat SANG JUARA diadakan di suasana tanpa khalayak. Lebih SONGSANG dan LUAR TABII, orang bola macam Aji Midin ni tidak boleh berfikir seperti orang bola. BOLA ini meriah kerana pemain dan peminat saling berinteraksi.

Paling meriah, apabila kejayaan bola itu dirai bersama pemain dan peminat di stadium. Tak kisahlah samada di stadium sendiri atau di stadium lawan. Tentunya lebih meriah dan lebih manis jika berlaku di stadium sendiri.

Pasukan manakah yang mahu menyambut sebarang kejuaraan tanpa mahu berkongsi dengan peminat di akhir sesuatu pertandingan. Itu pun Aji Midin tak boleh fikir.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH