Jumlah Paparan Halaman

29.6.12

KISAH ABANG DO DI EURO.....

UEFA EURO 2012 di Poland dan Ukraine sudah hampir menuju penamatnya.

Pelbagai peristiwa dan kejutan berlaku terutamanya apabila Belanda selaku Naib Juara Piala Dunia 2010 telah kembali lebih awal sebaik tamatnya saingan peringkat kumpulan.

Belanda kembali tanpa sebarang mata dan berada di tangga tercorot kumpulan B di belakang JERMAN, PORTUGAL dan DENMARK.

Tiada kejutan berlaku di suku-akhir apabila PORTUGAL, JERMAN, SEPANYOL dan ITALI layak ke Separuh-Akhir.

Portugal yang diketuai oleh ABANG DO turun di Separuh-Akhir 1 untuk berhadapan dengan Sepanyol.
ABANG DO: Terkaya dan Tersohor. Reputasi Tinggi.
Amat menarik, Abang Do akan berhadapan dengan hampir kesemua rakan dan musuhnya di Liga Sepanyol. Maklum sahaja, Abang Do bermain dengan REAL MADRID, Juara Liga Sepanyol 2012.

Berhadapan dengan rakan dan musuh di liga pada peringkat Separuh-Akhir EURO, mungkin membuatkan ego Abang Do sedikit naik. Maklum sahajalah, kejayaan REAL MADRID banyak berkisar kerana kehebatan sentuhan Abang Do.

Akhirnya, keputusan perlawanan Separuh-Akhir 1 itu, adalah seperti berikut;
Aku amat tertarik kepada prestasi keseluruhan Abang Do dan Portugal yang jelas lebih berkualiti berbanding Sepanyol semasa perlawanan tersebut.

Cuma, kedua - dua pasukan bermain agak tertutup dan kedekut untuk menyerang secara terbuka. Maklum sahaja, ini peringkat yang amat mendebarkan. Tak boleh kalah. Ya! TAK MENANG TAK APA, ASALKAN JANGAN KALAH.

Kerana itu, akhirnya perlawanan berlanjutan ke penentuan sepakan penalti. Itu adalah perkara biasa apabila bola sepak dimainkan di peringkat tinggi seperti ini.

Cuma aku agak hairan kenapa Abang Do tidak berada di senarai tiga penyepak pertama penalti berkenaan. Abang Do berada disenarai ke 5 pengambil sepakan penalti Portugal.

Dua rakan Abang Do, Mautinho selaku penyepak pertama dan Alves sebagai penyepak ke 4 gagal. Semuanya berakhir apabila Fabregas dengan cemerlangnya menyudahkan tugasnya sebagai penyepak ke 5 buat Sepanyol.

Dengan kedudukan 4-2 buat Sepanyol, Abang Do selaku penendang terakhir Portugal, sudah tidak diperlukan lagi khidmatnya. KASIHAN ABANG DO!

CUIT SIKIT:

Aku fikir, inilah yang difikirkan oleh Abang Do sebaik sahaja peluangnya untuk mengambil sepakan penalti musnah.
Sekiranya berkesempatan, Abang Do mungkin akan melakukan sepakan penalti yang lebih unik berbanding sungkitan Pirlo yang menjadi perbincangan peringkat dunia sekarang ini.

Malang betul Abang Do. Sepatutnya dia yang mendapat perhatian di EURO ini. Namun, Pirlo yang tua itu pula yang tiba - tiba sahaja menajdi popular gara - gara PENALTI SUNGKITnya itu.

Mungkin sekarang ini, Abang Do sedang berehat di mana - mana pantai sambil membaca posting ini.


28.6.12

MENCONGAK JUARA EPISOD 2.....

Jika di episod 1, kita meninjau peluang PAHANG dan Sime Darby untuk menidakkan peluang ATM bergelar Juara Liga Premier 2012, episod ini pula aku nak mengajak anda semua meninjau dan meneliti peluang 5 pasukan teratas untuk bergelar JUARA LIGA SUPER 2012.

TOP 5 Liga Super adalah Lions XII, KELANTAN, PERAK, SELANGOR dan NEGERI SEMBILAN. Peluang pasukan mana yang lebih cerah?

Sebenarnya, hanya ada EMPAT PASUKAN SAHAJA yang masih berpeluang muncul JUARA LIGA SUPER 2012.

Seterusnya, baca sendiri, kaji sendiri mengapa NS terkeluar daripada senarai bakal Juara itu.


Kenapa NS hilang daripada senarai?

Jawapannya di bawah ini,
Jelasnya, biarpun empat pasukan teratas itu tewas semua baki permainan dan NS menang semua, mata maksima yang boleh dipungut NS adalah 48. Kurang 2 berbanding Lions XII ketika ini.

Jika keadaan demikian berlaku, NS belum tentu berada di tangga ke 2 [ Naib Juara ] kerana sama mata dengan Kelantan. Mungkin juga perbezaan jaringan [ +- ] masih memihak kepada Kelantan.

Jadi, tempat tertinggi yang boleh dicapai oleh NS di akhir musim adalah TEMPAT KE 3.

Begitu pun, kita kaji seterusnya apa yang akan dilalui oleh kesemua 5 pasukan berkenaan. Kita mulakan dengan Lions XII.
 Seterusnya Kelantan,
 Perak,
 Selangor
 dan, NS.
Di mana silapnya NS. Jawapannya di bawah ini,
Apo nan tingga untuk NS?

Yang tingga untuk dikoja oleh NS adolah KASUT. Ekelehhhhh...KASUT. Apo kono ngan kasut lak?
Sesuatu yang belum pernah dimenangi oleh mana - mana pemain NS. Anugerah KASUT EMAS Liga Super Malaysia.

Imbas kembali musim lalu, pemenangnya adalah ABD. HADI YAHYA-Terengganu.
Abd. Hadi mengumpul 20 termasuk empat gol ketika bertemu FELDA UNITED di perlawanan terakhir pada 6 Julai 2011, mengatasi Mat Yo dengan kelebihan 1 gol.

Sebelum turun di perlawanan terakhir itu, Mat Yo mendahului senarai penjaring dengan 17 gol. Manakala Abd. Hadi mengumpul 16 gol.

Kita tak mahulah kisah itu berulang kembali tahun ini. Jika pasukan NS tak monang liga pun, bialah Effa monang KASUT OMEH.

27.6.12

MENCONGAK JUARA EPISOD 1.....

Liga Malaysia 2012 menghampiri kemuncak seperti yang dikehendaki oleh semua.

Semua pihak bermula dengan Penganjur, Penaja, Peminat Tegar, Pemberita sehinggalah Penjudi, pasti mahukan pertandingan bola sepak terhangat di Malaysia ini mengandungi unsur - unsur penamat yang dramatik.

Lebih molek jika Juaranya bakal diketahui menerusi perlawanan terakhir. Ianya akan lebih mendebarkan dan lebih dramanya.

Setakat ini, dua pemenang untuk dua pertandingan berbeza sudah diketahui. PERAK muncul Juara Liga Piala Presiden. Pertandingan untuk para pemain di bawah usia 20 tahun. Di Ipoh, PERAK selaku tuan rumah pentas final itu, menang 1-0 ke atas NS Betaria pada 21 Jun lalu.
Foto Ihsan Sinar Harian Edisi Perak
Sementara itu, Kelab Bola Sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia [SPA FC] pula telah mengesahkan kejuaraan Liga FAM 2012 adalah milik mereka. Biar pun masih berbaki satu perlawanan, mereka mendahului dua pencabar terdekat, Shahzan Muda dan UiTM FC dengan 7 mata.
Foto Ihsan Facebook SPA FC https://www.facebook.com/groups/279774325249/
Kepada kedua - dua Juara itu, aku ucapkan tahniah terutamanya kepada SPA FC yang bakal bermain di Liga Premier 2013, bersedialah untuk mengharungi musim yang lebih mencabar di tahun hadapan.

Melihat pula kepada dua liga utama  iaitu Liga Premier dan Liga Super, perjalanannya masih jauh tetapi bakal juara sebenarnya sudah berada di depan pintu.

Kita lihat situasinya,
Carta Terkini Liga Premier
Persaingan penentuan Liga Premier hanya berkisar kepada 3 pasukan sahaja,
Dengan 45 mata sekarang ini, ATM adalah calon utama untuk menjuarai Liga Premier musim ini. Hanya memerlukan 4 mata daripada 3 perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan.

NS Betaria pula memerlukan 5 mata lagi untuk kekal di Liga Premier musim hadapan.

Lihat baki perlawanan ATM, Pahang dan Sime Darby,

1 Mata di Pulau Pinang dan 3 Mata di Muar sudah cukup buat ATM untuk muncul Juara Liga Premier 2012 tanpa perlu menunggu perlawanan terakhir pada 13 Julai.

Kegagalan PAHANG memungut 9 mata bermula 15 Jun adalah titik keciciran pasukan ini untuk menyaingi ATM.

Bermula seri 3-3 ketika bertemu ATM di Temerloh, Pahang kemudiannya tewas 0-2 kepada Johor dan hanya mampu seri 1-1 ketika melayan USM pada 22 Jun lalu. 

Peluang muncul Juara masih ada tetapi sekadar 60 peratus sahaja. Lebih 80 peratus peluang Pahang adalah untuk beraksi di playoff dengan pasukan di tangga ke 11, 12 dan 13 Liga Super musim ini untuk mencari 1 tempat ke Liga Super musim 2013.
Mencari 9 mata penuh menerusi 3 perlawanan, aku fikir bukanlah sesuatu yang sukar buat Naib Johan Piala FA 2012 ini. Untuk menjuarai LIGA PREMIER 2012, Sime Darby perlu memenangi kesemua baki perlawanannya tetapi dengan syarat,

PERTAMA,
mampu menjaringkan 20 gol sekurang - kurangnya menerusi 3 perlawanan.

KEDUA,
mengharapkan, aku ulang mengharapkan ATM dan PAHANG tewas kesemua 3 perlawanan terakhir mereka.

Peluang? Sekadar 30 peratus sahaja. Tetapi masih ada 60 peratus untuk ke playoff.

CUIT SIKIT:

Ketika ATM hanya menghitung hari untuk menjulang piala dan melangkah automatik ke Liga Super musim hadapan, aku fikir Pahang masih merawat luka kerana gagal mengekalkan pendahuluan 2 gol ketika bertemu ATM tempohari.

Kesannya, mereka gagal di dua perlawanan selepas itu.

Bagi Sime Darby pula, kegagalan mereka bermula sejak 11 Mei apabila mereka tewas 2-3 kepada Pahang dan pada 14 Mei pula mereka tewas 1-2 kepada ATM.

Dua perlawanan itulah yang menjadi punca dan ibu kepada segala kegagalan Sime Darby untuk berada di tahap yang lebih selesa berbanding sekarang.

Inilah carta Liga Premier 2011 buat renungan bersama,
Esok kita congak pula bakal juara Liga Super.

23.6.12

DUA SUDAH BETUL, TINGGAL LAGI DUA.....

Posting aku sebelum ini, bertajuk MASUK SUKU dengan jelas menyatakan seperti ini,

bagi peringkat separuh akhir Euro 2012. Setakat hari ini, dua keputusannya menepati ramalan aku.

Faktor CR ternyata menjadi pemisah Portugal dan Czech. Dan, permainan kreatif Jerman ternyata gagal dikekang oleh Greece.

Hari ini dan esok, aku ramalkan keputusan bakal ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Sama - sama kita nantikan.

CUIT SIKIT:

Biar apa pun keputusannya, kesemua 16 pasukan yang menyertai pusingan akhir Euro 2012 menerima imbuhan seperti berikut;

Sehingga kini, biar pun berakar umbi daripada Liga Semi Pro mulai 1989, Liga Malaysia belum mampu menawarkan hadiah JUARA bernilai separuh daripada angka paling bawah tu.

Lebih menyedihkan,
yang sepatutnya uptodate, langsung tidak menggambarkan ia sebagai lidah rasmi Liga Malaysia apabila maklumat berkaitan Piala Presiden dan Liga FAM langsung tidak muncul.

No records found adalah jawapan kepada pencarian Senarai Penjaring Gol Liga Malaysia 2012.

Jika laman di atas tidak aktif, kenapa ianya diwujudkan? Sapa nak jawab ni?

20.6.12

MASUK SUKU.....

8.45 malam 21 Jun 2012, Warsaw, Poland atau jam 2.45 pagi 22 Jun 2012 waktu Rombau dan kawasan sekitar yang samo waktu dongan eh. Sepak Mula Suku-Akhir Pertama UEFA EURO 2012. Baru suku, belum akhir lagi.

YA! Baru SUKU. Tetapi suku ni bukan sebarang suku. Suku yang ini bakal menghantar pulang empat lagi pasukan yang bernasib malang.


Sebelum mencongak suku, lihat dahulu kedudukan akhir peringkat kumpulan.
Kejutan peringkat kumpulan ini bercampur-baur. Holland merupakan pasukan yang paling terkejut. Naib Juara Piala Dunia 2010 itu bukan sahaja tidak layak ke suku-akhir malah turut gagal memungut waima setengah mata pun. Satu episod duka di musim panas Eropah. Senasib dengan Ireland.

Russia lebih terkejut kerana tersingkir angkara peraturan pertandingan yang menyatakan, mana - mana dua atau lebih pasukan yang terikat sama mata di peringkat kumpulan akan dipisahkan dengan perbandingan HEAD TO HEAD pasukan berkenaan. Bukan seperti kelaziman dengan mengambilkira perbezaan gol diikuti jaringan dan bolos.

Peraturan HEAD TO HEAD ini telah lama digunapakai di Liga Sepanyol tetapi tidak di negara - negara lain. Angkara peraturan HEAD TO HEAD ini, Russia gagal masuk suku kerana tewas kepada Greece, biarpun perbezaan gol memihak kepada mereka. Syiannnnnnnnn Andrei Arshavin, tak dapek masuk suku.

Selain itu, Poland dan Ukraine selaku tuan rumah bersama juga gagal masuk suku. Bukan mereka tidak bagus. Tetapi, pasukan lain lebih bagus daripada mereka.

Lihat pula catatan aku berkenaan pasukan yang masuk suku ni,

Selain Jerman, tidak kelihatan ada pasukan yang benar - benar dominan di peringkat kumpulan.

Sepanyol yang menjadi pilihan utama untuk bergelar juara nampaknya tercungap - cungap dan hongeh nak masuk suku ni. Di mata aku, Czech dan England juga tidak menampakkan sebarang tanda mereka boleh pergi lebih jauh daripada suku ni.

Jadual SUKU-AKHIR adalah seperti berikut;
Aku pilih PORTUGAL untuk menang pertarungan suku ni. Sebabnya, Christiano Ronaldo ada bersama mereka. Jika CR bermain untuk Czech, alamatnya, bekas penjajah Melaka itu akan pulang ke negara mereka pada 22 Jun.

Di bawah pula, JERMAN menjadi pilihan aku kerana nampaknya inilah satu - satunya pasukan yang mempunyai playmaker yang menjadi jeneral padang.

Biarpun tidak mencapai tahap Micheal Platini dan Maradona, Bastian Schweinsteiger agak menonjol selaku jenaral padang kali ini.

Sorry Greece, anda bukan pilihan aku. Jerman bakal menang dalam tempoh 90 minit.
Sepanyol atau Peranchis. Spain or France. Aku pilih S untuk melepasi peringkat suku ni. Mungkin kedua - keduanya bakal dipisahkan dengan penentuan sepakan penalti.

Suku yang terakhir akan melibatkan,
Apabila dua pasukan yang bermain bola secara straightforward ini bertemu, aku fikir, permainannya akan berkisar kepada pertembungan kepala, bahu dan siku. Tidak ketinggalan juga, pertarungan tulang kering bakal berlaku. Pilihan aku, Italy bakal menang menerusi penentuan sepakan penalti.

Peringkat SEPARUH-AKHIR aku ramalkan seperti ini,
Kecuali Portugal, tiga lagi pasukan di atas adalah pasukan pilihan UEFA untuk berada di tahap itu. Satu lagi pasukan yang dianggap top four adalah Holland. Malangnya, mereka dah lama balik ke Amsterdam.

CUIT SIKIT:

Jika bukan ini yang ke FINAL,

aku fikir EURO 2012 sangat malang. Malang kerana dua pasukan pilihan utama gagal beraksi di final.

Pesan aku kepada Sepanyol dan Jerman, jangan balik dulu selagi anda tidak ke final.

I FADE UP U.....

MENARIK! Itu yang dapat aku rumuskan usai perlawanan Johor FC menentang Kedah di Pasir Gudang semalam [ 19 Jun ].

Yang menarik bukan keputusan 2-1 yang berpihak kepada Johor FC. Tetapi, yang menarik perhatian aku adalah komen Wan Jamak selepas perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh TV1 [RTM].

Wan Jamak secara terus dan terangnya menyalahkan para pemain Kedah kerana sering kali bermain mengikut kehendak sendiri bukan menurut game plan pasukan. Dalam ertikata lainnya, pemain Kedah bermain mengikut kepala sendiri dan ikut sedap tekak depa.

Menariknya, semasa menjawab pertanyaan Izwan Mohd. Nor, Wan Jamak mengatakan permainan Kedah di separuh masa pertama adalah seumpama permainan BUDAK SEKOLAH. Paling menarik, apabila Wan Jamak berkata dia dah fade up dengan pemain Kedah.

Cuba kita lihat KEDAH dan Pencapaiannya di arena bola sepak tanahair.
Sejarah lampau Kedah yang sangat cemerlang terutamanya ketika dibimbing Azraai khor, mungkin memeningkan kepala ramai pemain dan jurulatih Kedah sekarang ini.

Pastinya sangat sukar untuk mengulangi semula sejarah hebat itu. Pun begitu, ia bukanlah juga sesuatu yang tidak boleh diulangi. Tambahan pula, Kedah masih memiliki sebahagian besar skuad musim lalu yang berada di tangga ke 4 Liga Super.

Dengan segala macam kemudahan dan kebajikan yang terbela, para pemain Kedah sepatutnya tidak mendapat keputusan seperti ini,
Berbaki 7 perlawanan, Kedah sangat nazak di dasar liga. Mengapa?

Inilah secara terperinci pencapaian mereka setakat ini,
Sejak Mei, Kedah mengharungi 7 perlawanan tanpa sebarang kemenangan, biar pun bangkit melawan ketika ketinggalan di Singapura itu. Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh Wan Jamak, pemain bermain mengikut suka hati mereka. Jika nak menang, mereka bermain seperti Sang Juara. Jika sebaliknya, mereka akan bermain seperti Budak Sekolah.

Secara bulannya, pencapaian Kedah adalah seperti berikut,
Secara ikhlasnya aku katakan, musim ini adalah musim paling koyak buat Kedah. Begitu pun, Kedah agak cemerlang di Piala FA musim ini,
Kedah tersingkir di peringkat Separuh-Akhir Piala FA berdasarkan gol tempat lawan. Selesa mendahului 2 gol, Kedah akhirnya melepaskan pula 2 gol kepada Kelantan di Alor Setar.

CUIT SIKIT:

Dengan baki perlawanan seperti berikut,
aku fikir, Kedah perlukan nyawa kedua untuk keluar daripada zon nazak itu. Walau pun bakal bermain empat perlawanan di laman sendiri, ianya bukanlah mudah buat Kedah apatah lagi jika BUDAK - BUDAK SEKOLAH itu terus bermain.

Mungkin sudah tiba masanya, Wan Jamak menggunakan lebih ramai pemain simpanan dan pemain dari Piala Presiden berbanding menggunakan pemain senior yang tak mahu menang itu.

Siapa tahu, hasilnya mungkin lebih muai.

nota kaki,

Kata Hafizal Hamad sebelum mengakhiri siaran langsung itu, Pengurusan Bola Sepak Kedah perlu juga berubah.

15.6.12

REAL BATTLE.....

TAHNIAH PAHANG dan ATM.

Itu sahaja yang dapat aku katakan usai perlawanan Liga Premier bertaraf Liga Super diantara dua pasukan teratas Liga Premier itu.

Dua gol ada kelas Euro, satu untuk Pahang dan satu untuk ATM. Ada satu gol kelas Brazil dan 3 gol lagi bertaraf defend koyak ala Malaysia.

Pengajarannya;

Mendahului 2 gol tidak pernah menjanjikan syurga buat mana - mana pasukan.

Singapura bangun melawan di Singapura biarpun ketinggalan 2 gol kepada Malaysia.
Denmark pula bangkit dengan 2 gol setelah ditinggalkan 2 gol oleh Portugal di Euro 2012.

Pahang perlu menyalahkan backfour dan defensive midfieldernya kerana gagal mengekang kebangkitan ATM di separuh masa kedua.

Otai Hai - O, adalah Kapten yang perlu dicontohi kerana semasa permainan terhenti agak lama bagi tujuan rawatan kepada penjaga gol Pahang, beliau memanggil semua pemain ATM  berkumpul untuk dan memberikan motivasi. Sesuatu yang tidak pernah aku lihat berlaku di arena bola sepak Malaysia.

Kelebohan ATM malam ini ialah, PENGALAMAN.
Kekurangan Pahang juga PENGALAMAN. Pengalaman mengawal permainan setelah mendahului 2 gol nyata tiada buat pertahanan Pahang.

Apa - apa pun, tidak salah aku memberikan tag Battle of The Year kepada perlawanan tadi. Memang the Real Battle apabila status quo pendahulu kekal begitu.

Keputusan penuh Liga Premier 15 Jun,


Kedudukannya,
 Calon - calon JUARA LIGA PREMIER 2012 secara matematiknya,
CUIT SIKIT:

Itu secara teorinya. ATM dan Pahang tidak perlu lagi berhadapan Sime Darby - Naib Johan Piala FA 2012 itu. Tetapi kedua - duanya masih perlu berhadapan dengan USM, Johor dan Pos.
Jika tiada malapetaka berlaku, aku fikir, JUARA LIGA PREMIER 2012 hanya dapat kita ketahui pada hari terakhir saingan liga.

DAN, jika bukan ATM atau PAHANG yang muncul JUARA, ia adalah IBU SEGALA MALAPETAKA.



14.6.12

BATTLE of ALEX.....

Ketika ATM menewaskan Pahang 3-2 di Kelana Jaya pada 3 Februari lalu, barangkali tidak ramai yang melihat itu adalah perlawanan yang bakal menentukan Juara Liga Premier musim ini.

Maklum sahaja, ketika itu pertandingan masih awal dan ianya adalah perlawanan ke 5 buat kedua - dua pasukan.

Jumaat ini, PAHANG bakal menjadi tuan rumah kepada ATM sebagai mematuhi jadual pusingan kedua Liga Premier Malaysia 2012.

Dan, ianya menarik dua stesen penyiar di Malaysia,
kecuali pertandingan akhir, boleh dikatakan tidak pernah berlaku TV1 dan Astro Arena secara serentak menyiarkan satu perlawanan.

Kerana perlawanan itu dianggap sebagai penentu juara musim ini, aku fikir kedua - dua stesen berkenaan sepakat untuk menyiarkannya secara langsung demi peminat yang tidak dapat ke Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Jumaat ini.

Sebagai rekod, inilah kali kedua siaran langsung dibawa dari Temerloh selepas siaran langsung perlawanan Pahang dan Johor pada 7 Februari lalu.

Amat menarik, sehingga kini Pahang dan ATM hanya dipisahkan oleh perbezaan jaringan,
Siapa sangka barisan muda tanpa bintang asuhan Dollah Salleh itu mampu menjadi pencabar serius kepada ATM yang memiliki separuh daripada bekas bintang Negeri Sembilan yang dibeli mereka musim ini.

Selepas 16 perlawanan, inilah pencapaian kedua - dua pasukan,
Dan, lihatlah sendiri secara HEAD to HEAD pencapaian Pahang di Temerloh, berbanding pencapaian ATM, di arena lawan,.....
Menarik bukan? Para penyokong Pahang pastinya menyedari kehebatan ATM yang sebenarnya lebih banyak menjaringkan gol di tempat lawan berbanding di Kelana Jaya. Dan, Pahang juga bukanlah terlalu kebal di Temerloh apabila tewas 2-3 kepada PDRM, 30 Mac lalu.

Lima perlawanan terakhir Liga Premier juga menunjukan ATM bukan juga terlalu hebat. 
Di saat Pahang menang semua 5 perlawanan terakhirnya, ATM pula hanay mampu menang emapat perlawanan setelah " digari " PDRM dengan keputusan seri 2-2.

Barisan kemungkinan,
Apa lagi yang menarik tentang pertemuan Jumaat ini? Teruskan.....
Dalam diam -diam, ada satu lagi pertempuran akan berlaku di Temerloh nanti. Dua Alex bakal berentap untuk anugerah peribadi, KASUT EMAS selaku penjaring terbanyak Liga Premier 2012.
Kerana persamaan kehebatan dan kekurangan itulah, aku namakan game ini sebagai Battle of The Year [ Pertempuran Tahun Ini ].

Boleh jadi juga ianya bergelar Battle of Alex. Sementelahan pula Alex Akil budak Lepih tu begitu meningkat persembahannya ketika mewakili Malaysia baru - baru ini.

Biar pun asalnya hanyalah dipanggil sebagai pengganti sahaja, sekarang ini nampaknya Alex Akil a.k.a Alex Lepih ini sudah menjadi seorang bintang baru buat Harimau Malaya.
Pemenangnya hanyalah menang satu pertempuran. Belum lagi menang peperangan.
Pemenangnya belum tentu muncul Juara Liga Premier. Ada lagi 5 perlawanan selepas ini.
Namun, debarannya pasti menggamit kehadiran ramai penyokong, khususnya penyokong Pahang untuk hadir ke stadium kecil itu. Yang tidak boleh hadir, tonton sahaja menerusi tv.

CUIT SIKIT:

Juara Liga Premier 2012 tidak akan muncul Jumaat ini kerana masih ada lima perlawanan yang bakal ditempuhi oleh kedua - dua pasukan.
Juara hanya muncul pada 13 Julai nanti kerana kedua - duanya akan menjadi pelawat kepada pasukan yang telah menewaskan mereka pada pusingan pertama lalu [ rujuk 30 Mac ].

Sekiranya keputusan itu berulang kembali, ada kemungkinan Juara Liga Premier 2012 bakal menjadi milik Sime Darby FC atau USM FC. Jangan ketepikan cabaran Johor juga PDRM dan Pos Malaysia.

Selamat Menonton dengan selamatnya, di mana jua anda berada.


MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH