Jumlah Paparan Halaman

30.4.12

LIVE OF THE WEEK.....

JIKA TIADA PINDAAN, BERMULA 1 Mei hingga 4 Mei, setiap hari atau lebih tepatnya, setiap waktu perdana malam anda, akan dihiasi dengan siaran langsung bola sepak tempatan.

Seingat - ingat aku, inilah kali pertama di tahun ini, para peminat bola sepak akan disajikan secara marathon, empat hari berturut - turut, siaran langsung perlawanan bola sepak melibatkan pasukan - pasukan tempatan.

CUIT SIKIT:

Tontonlah sampai puas. Bagi para peminat bola sepak yang pasukannya tiada dalam senarai di atas, maaflah yo! TAK DAPET NEN NAK NOLONG.....

29.4.12

TERIMA KASIH KL.....

MALAYSIA 6 SRI LANKA 0.

Keputusan biasa dan sepatutnya begitu. Cukup buat catatan tetapi tidak untuk menjadi ikutan.

Komen aku mudah, ketika Duda Jutawan Bola seringkali gagal menahan bola dengan kemas, tiga pemain yang sering tiada dalam senarai bintang popular mencuri "lime light" perlawanan tersebut.

Wan Zack, Alex dan Hazwan Bakri tiba - tiba berada di senarai penjaring gol. Dua dari Pahang, satu dari Labuan. Secara matematiknya, 3 gol dari Pahang dan 3 gol dari Labuan. Secara sejarahnya, 5 gol sumbangan Harimau Muda, 1 gol sumbangan MyTEAM.

Tetapi, penghargaan bukan buat Harimau Muda atau MyTeam, tetapi buat PBKL atau KLFA kerana kejayaan mencungkil bakat di Labuan. Bakat itu diasah di Kuala Lumpur, dan ditajamkan di Kelana Jaya dan Bukit Jalil.

Itulah yang dikatakan rajin dan usaha, tangga kejayaan. Jika rajin dan usaha, tidak mustahil ada anak muda dari Kongkoi dan kawasan sekitar yang sama dengannya, boleh diketengahkan.

Yang penting, pihak persatuan bola sepak daerah dan negeri wajib mempunyai tenaga pencari bakat dan kerap merayau ke segenap pelusuk.

CUIT SIKIT:

AHMAD HAZWAN BAKRI adalah contoh kejayaan pencari bakat yang rajin dan usaha. Malangnya, selepas era KEMBAR RAZAK, sudah lama NS tidak mempunyai anak - anak watan di arena bola sepak yang bertaraf bintang.

Kena sedar, yang bermain untuk Malaysia sebagai pemain NS sekarang ini, tiada seorang pun yang nombor MyKADnya seperti ini, xxxxxx 05 xxxx.
AHMAD HAZWAN BAKRI, hat-trick bersama Harimau Malaya ketika berusia 20 tahun adalah satu kejayaan tetapi belum meletakkan anda sebagai Seleberiti Bola Sepak yang baru.

Banyak lagi yang perlu anda pelajari.

26.4.12

TERBAIK DARI LADANG.....

SABTU 28 April 2012. MALAYSIA VS SRI LANKA. 8.45 MALAM DI STADIUM SHAH ALAM.


Semasa diumumkan pertemuan tersebut, aku percaya ramai kaki bola Malaysia tergelak berair mata kerana hairan macamana Malaysia memilih untuk bertemu Sri Lanka sebagai ujian kepada persediaan untuk mempertahankan kejuaraan AFF hujung tahun ini.

SRI LANKA? YA! Sri Lanka. Sebuah negara yang terkenal dengan kriket bukan bola sepak.
Jangan tak cayo jika pemain Malaysia menyepak bola manakala pemain Sri Lanka memukul bola.

Ranking kedua - dua negara di mata FIFA adalah sama. Dua - dua ada no. 1 di depan dua digit seterusnya. Maknanya, masih NOMBOR SATU. Bukan nombor dua.

Menerusi bantuan pakcik Google, aku dapati Ketua Jurulatih Sri Lanka belum mendapat apa - apa gelaran di pangkal namanya. Belum dapat DATUK. Opppppppssss, I'm Sorry. Di Sri Lanka mana ada gelaran datuk. Kesian Sri Lanka.


APA ISTIMEWANYA pertemuan Sabtu nanti.

Sebenarnya, pertemuan tersebut amat - amat istimewa kerana bakal menemukan dua pasukan dari satu benua tetapi berada di dua wilayah yang berbeza.

MALAYSIA di ASIA TENGGARA manakala SRI LANKA di ASIA SELATAN.

Dua - dua sama hebat kerana pernah menjuarai pertandingan di peringkat wilayah masing - masing.

Lihat di bawah.....
Memang pertemuan nanti bakal menajdi pertemuan TERBAIK DARI LADANG.

Dan seperti biasa, jika permainan itu tidak menjanjikan syurga buat Malaysia, King Gobal akan berkata, " kita masih mengkaji dan menguji pemain ". " Tanpa pemain dari Kelantan dan Terengganu, kita dapati kita masih ada pemain lain yang boleh diharapkan," tambahnya lagi.  Beliau juga menambah," saya percaya, para pemain saya akan memuncak di masa yang tepat".


CUIT SIKIT:

Jangan marah heh!


Di kala banyak kelab - kelab di Liga Inggeris sudi datang dan menjadikan  Malaysia sebagai medan latihan, rupa - rupanya tidak banyak pasukan negara mahu menjadikan Malaysia sebagai sparring. Akhirnya, SRI LANKA pun SRI LANKAlah. Janji buleh buat game kat Shah Alam. Dapat juga cover duit rumput baru.

Jika tiada agenda lain pada waktu berkenaan, kita layan je.....



24.4.12

ADA BETOI KA?.....

Catatan seorang facebooker
Pertugas2 Felda yg dirahmati Allah, Berita dari Wisma menyebut Faizol Amad banyak kali melobi untuk mengubah struktur Felda atau meminda carta Felda... Faizol meroyan dan tak sabar2 nak menempatkan bala tentera dan jeneral2 nya dibawah carta baru. Faizol melobi dan merengek dgn Isa supaya carta baru disediakan dgn secepat mungkin. Semua org tahu Faizol tak sabar2 menunggu bulan Jun.
Akhirnya Omar Salim JPM jadi macai merangka carta baru Felda... Pelik, Pelik dan Pelik... Bukankah pengurusan Felda mempunyi hak eksklusif menyediakan carta baru dan org lain tidak berhak campur tangan menyediakan carta baru Felda. ??? Tidak cukup dgn Omar, Lembaga Felda yg dipengurusi Isa, bersetuju melantik Ethos Consultants sebagai perunding menyediakan carta baru Felda itu. Ethos adalah perunding '6 star' ... Wow bukan murah! kenapa membazir Faozol & Isa, duit Felda tu!!! Tak pasal2 Felda kena bayar duit membabibuta mcm itu.
Sudah pasti ada yg 'mati syahid' kena cincang cadangan Ethos... Kemana pulak manager2 kita nak ditempatkan ???? Faizol kata klu nak transfomasi, manager dan kakitangan rancangan mesti bersedia bertukar KL dan yg diKL pula mesti sanggup ke luar !!!! Ada lagi pelik, pelik dan pelik - semua urusan kenaikan pangkat pertugas, Felda akan guna consultants luar !!! Apa dah jadi ne dgn pengurusan Felda kebelakangan ini tanpa DG... Consultants bukan tahu siapa yg layak melainkan di beri list nama oleh Isa dan Faizol. Faizol tu siapa, Felda bukan Sdn Bhd yg boleh sewenang2 Isa dan Faizol buat sesuka hati...???? yg Ahli Lembaga Pengarah pun satu .... buat diam aje kepincangan berlaku di Felda ??? Mcm kerbau cucuk hidung ???? Wallahualam.

CUIT SIKIT:
Ada Betoi Ka?
Hangpa jangan nak buat lawak.
Mana buleh sebuah badan berkanun yang mempunyai hak autonomi untuk mentadbir dah jadi lagu ni.
Hangpa jangan nak buat tak senonoh aih!
Takkan orang baik - baik seperti nama yang banyak kali ditulis tu, nak buat lagu tu.
Harap - harap tak betoi la ceghita ni. Kalau betoi, malu kita kat oghang kampung nun jauhhhhhhhh di balik bukit tu.
Depa tu takdak Menteri, takdak Pengerusi dan takdak Timbalan Pengarah Besar Komuniti pun.
Tapi, aman damai je idup depa. Aghi - aghi buleh panjat petai.
Hangpa jangan buat kaluit aihhhh, malu kat depa di balik bukit tuuuuu.....

23.4.12

KALAH TAK BERTEMPAT.....

Sekadar mengkaji. Aku yang pada mulanya tidak kisah dan tidak berminat untuk memahami akan sikap penyokong Terengganu, akhirnya mengambil masa sehari suntuk sempena cuti Ahad ini untuk menyediakan catatan berikut.

MENGAPA PENYU MERUSUH jika prestasi pasukan Negeri Terengganu adalah seperti di bawah.....
JANUARI

FEBRUARI

MAC
GRAF PENCAPAIAN
Setelah seharian mengkaji, akhirnya aku berpendapat, secara keseluruhannya prestasi Terengganu masih baik dan berada di landasan yang betul untuk menguasai pertandingan di peringkat Liga Super sekurang - kurangnya.

Soal kalah menang tidak dinafikan adalah ADAT PERTANDINGAN. Tetapi, dengan tiket untuk masuk ke stadium berharga RM 15.00 [terbuka], pastinya para penyokong mengharapkan setiap pemain mempamerkan prestasi terbaik mereka di setiap perlawanan.

Di sinilah aku melihat Terengganu telah melakukan satu kesilapan. KALAH TIDAK KENA PADA MASANYA.

TIGA KEKALAHAN hampir berturut - turut sepanjang April itulah yang menyebabkan para penyokong Terengganu naik angin.

Segala - galanya telah tercetus di sini.....
Para penyokong Terengganu mula bersuara sebaik sahaja pasukan kesayangan mereka ini dibelasah 1-6 oleh Selangor dan tewas pula di tempat sendiri kepada Tampines Rovers di Piala AFC.

Kemenangan menerusi gol sendiri S.Kunanlan ke atas Negeri Sembilan sebenarnya tidak mampu untuk mengubati luka di hati penyokong.

AKHIRNYA, tercetus satu perkara yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa. YA! Siapakah diantara kita yang boleh terfikir, satu hari nanti ada penyokong yang menyerbu Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri sehingga ke rumah.

PELIK dan AJAIB. Ianya berlaku di Kuala Terengganu pada tanggal 21 April 2012. Baca di sini

AKHIRNYA penyokong telah bersuara. CMJ atau MZMA yang bakal menjadi kambing korban? Sama - sama kita tunggu.

Meneliti kembali dua perlawanan terakhir Terengganu, lawan Negeri Sembilan di Paroi dan lawan Sime Darby di Kuala Terengganu, aku dapati, masalah Terengganu bukanlah masalah Presiden PBSNT mahu pun masalah Ketua Jurulatih.

Masalah mereka adalah kerana dua pemain muda yang bernama Muslim Ahmad dan Faizal Muhamad seringkali hilang fokus di penghujung perlawanan. Kekurangan itu turut dibantu oleh tiadanya pemain tengah bertahan yang benar - benar hebat seperti yang telah dipamerkan oleh Reeshafiq Alwi sepanjang musim lalu.

Setakat ini, ketiadaan Reeshafiq tidak mampu ditampung oleh Terengganu walapun mempunyai Baiano dan Forkey Doe yang amat berkebolehan itu. Buktinya, dalam dua perlawanan terakhir itu, bahagian midfield Terengganu hilang di sepanjang permainan.

Tidak dinafikan Terengganu mempunyai jentera serangan yang hebat. Namun, satu kekurangan Terengganu di mata aku ialah, mereka lambat mematahkan serangan lawan. Kegagalan mematahkan serangan lebih awal, akan menyebabkan lawan menyerang dengan pantas.

Di kala itu, hanya pemaian pertahanan sahajalah yang diharapkan untuk menyekat. Namun, walau sehebat mana pun pemain pertahanan, kalau kerap diasak lawan, akan bolos jua akhirnya. Itulah yang berlaku apabila serang balas pantas Sime Darby, membolehkan mereka mendapat gol kemenangan di minit ke 90 + 2 semalam.

CUIT SIKIT:

Mengapa penyokong yang selama ini hanya menaikan sepanduk membuat bantahan, sanggup menyerang rumah Presiden?

Jawapannya, kerana mereka tidak dapat menerima kekalahan kepada Sime Darby, pasukan kelab yang cuma bermain di Liga Premier. Mana mungkin ada peminat dan penyokong yang boleh menerima kekalahan kepada pasukan yang jauh lebih rendah rankingnya berbanding JUARA PIALA FA 2011, Naib Juara Piala Malaysia dan Liga Super 2011.

Siapa kata ranking tak penting?
Mampukah Terengganu bangkit daripada kekalahan semalam jika pemain ini....

masih tidak boleh bermain?

Inilah punca sebenar Terengganu mula merosot prestasinya sekarang ini. Ketiadaan JENDERAL PADANG dan ABANG BESAR yang menjadi pemimpin dan penjana motivasi pemain di padang.

21.4.12

RANKING?Ahhhhh, Pegi Dah.....

Ranking. Satu perkataan yang tetiba menjadi sebutan ramai. Semuanya bermula dengan satu sosok bernama Annuar Musa.

Ranking adalah satu ukuran yang disediakan bagi menilai mutu dan pencapaian individu atau kumpulan. Kerana ranking itu adalah ciptaan manusia, sudah tentulah ianya tidak sempurna. Namun, oleh kerana itu sahajalah mekanisma yang digunapakai sekarang ini, kita terima sahajalah tanpa apa - apa bantahan.

RANKING MENURUT TENGKU DAN RAJA

Semalam, Timbalan Presiden 1 FAM dilaporkan bertitah ranking itu perlu demi kemajuan bola sepak negara. Dengan ranking pasukan negara yang baik juga, para pemain boleh mencuba nasib di liga yang lebih tinggi kualitinya berbanding liga tempatan.

Hari ini dilaporkan pula, Rajagobal tidak mempedulikan soal ranking. Beliau tetap tidak menerima ranking semasa FIFA, sebagai ukuran kepada prestasi terkini pasukan di bawah jagaannya yang semakin merudum itu.

Sepintas lalu, tatkala Tengku Timbalan Presiden mengakui ranking perlu diambil berat demi kemajuan pemain dan pasukan, Raja pula seolah - olah bercakap, "Ranking? Pegi dah....".

Di sini, siapakah yang lebih melihat kemajuan dan masa hadapan untuk pemain bola sepak. Tengku atau Raja.

RANKING BUKAN UKURAN DI PIALA FA

Mungkin benar, ranking bukan ukuran. Tetapi kejayaan Kelab Sime Darby menewaskan Negeri Terengganu di separuh akhir pertama Piala FA telah mencetuskan satu lagi bantahan terhadap PBSNT usai perlawanan berkenaan.

Kenapa terjadi peristiwa itu? Jawapannya mudah. Kerana para penyokong setia Terengganu sependapat dengan Tengku sedangkan Presiden dan Pengurusan PBSNT sependapat pula dengan Raja.

Pendapat siapa yang benar?

Bagi aku, jika hidup ini tiada sebarang ukuran dan perbandingan, tiada sebarang KPI atau SKT untuk dicapai, eloklah pihak yang tidak mempedulikan ranking ini, bermain bola tanpa pakaian. Elok juga sekiranya puak yang tidak mempedulikan ranking ini terus memandu tatkala lampu isyarat berwarna merah.

CUIT SIKIT:

Ranking adalah satu ukuran yang perlu ada supaya ada usaha untuk meningkatkan kualiti. Kerana adanya rankinglah, kita hidup di alam realiti bukan fantasi.

Kerana ranking jugalah separuh akhir kedua Piala FA nanti pasti lebih hangat daripada biasa.....
Terengganu dan Kelantan adalah dua pasukan yang berada di ranking 1 dan 2 ketika undian Piala FA ini dijalankan. Kedua - dua pasukan dijangka akan ke final lagi tahun ini. Kantung FAM pasti lebih banyak masuk kerana kekuatan pasukan dan penyokongnya.

Jika dua pasukan yang tiada ranking seperti SIME DARBY dan KEDAH ini layak ke final, berapa ramai penonton yang akan ke stadium?

Aku nak dengar komen Datuk Midin dan Datuk Judin bab ranking meranking ni? Terutamanya jika benar - benar SIME DARBY dan KEDAH bermain di FINAL PIALA FA 2012.

TAKANANG JUO.....

Sabtu 21 April 2012 adalah hari yang istimewa buat dua pasukan Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu.

Kedua - dua pasukan akan menjadi tuan rumah kepada lawan masing - masing di peringkat separuh akhir Piala FA 2012. Piala yang pernah singgah semusim di Seremban dan kini menjadi mimpi ngeri buat NS.

Mimpi ngeri? Ya! MIMPI NGERI. Aku ceritakan nanti sebab sekarang telah masuk waktu untuk mengenang kembali betapa NS pernah menjuarai Piala FA pada tahun 2003 dan 2010.

Aku imbas kembali final 2010 buat tatapan kalian.....
Tahun 2003, NS muncul juara setelah menewaskan Perlis 2-1 di Ipoh.

Kembali ke bumi nyata, marilah kita lihat pasukan yang telah dan sedang berkuasa di Piala FA ini dalam tempoh enam musim terakhir ini.....
Tahun ini, dua finalis musim lalu, Kelantan dan Terengganu masih bernyawa di peringkat separuh akhir.....
Dua calon Juara Liga Super, Satu Pemburu Liga Premier dan Satu Yang Sedang Mencari Nafas di Liga Super bakal bergelut di Separuh Akhir Piala FA 2012.
Laluan keempat - empat pasukan adalah.....
Laluan ke Separuh Akhir.
Di peringkat separuh akhir ini, pastinya ada empat individu yang menjadi tumpuan.....
Empat 'the Brain' yang masih bernafas di Piala FA 2012
Dalam tempoh tiga musim terakhir ini, Wan Jamak nampaknya dua kali berada di peringkat separuh akhir Piala FA.

Musim 2010 beliau bersama NS berhadapan dengan Selangor di peringkat ini. Keputusannya, NS dan Selangor seri 2-2. NS layak ke final bertemu Kedah berdasarkan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Musim lalu, Wan Jamak dan NS tersungkur di pusingan kedua apabila tewas menerusi sepakan penalti 2-4 kepada Kuala Lumpur di Paroi. Kegagalan itulah antara punca Wan Jamak ditamatkan kontrak dan digantikan oleh Azraai Khor.

Musim ini, Wan Jamak kembali ke separuh akhir Piala FA bersama Kedah. Mungkinkah strategi mencari kelebihan gol di tempat lawan akan dipraktikkan lagi oleh Wan Jamak, sama - sama kita nantikan.
Prestasi Pasukan Sepanjang April di Liga Premier dan Liga Super.
MENCATUR PERLAWANAN

Berdasarkan perestasi tiga perlawanan peringkat liga, Kelantan dilihat memiliki sedikit kelebihan berbanding Kedah kerana tidak tewas. Tetapi, masing - masing menang di perlawanan terakhir itu. Dan, kedua - duanya menang di tempat lawan.

Bertandang ke Kota Bharu, Kedah pastinya memiliki moral yang tinggi setelah menang di Kuching pada 17 April lalu.

Pertemuan diantara Terengganu dan Sime Darby juga tidak kurang menariknya. Sime Darby hadir ke Kuala Terengganu dengan bekal tiga kemenangan sepanjang April sedangkan Terengganu kelihatan sedang merosot prestasi mereka.

Di sepanjang April ini, Terengganu jelas amat goyah dengan kekalahan teruk 1-6 di tangan Selangor pada 7 April. Pada 10 April, mereka tewas pula kepada Tampines Rovers di Piala AFC.

Malah kemenangan dan keputusan seri dengan NS di dua perlawanan terakhir itu, bolehlah disifatkan sebagai nasib masih menyebelahi mereka.

Di separuh akhir pertama ini, aku fikir, Ismai Zakaria dan Sime Darby serta Wan Jamak dan Kedah bakal memiliki kelebihan kerana pasukan tuan rumah pastinya akan lebih tertekan. Yang paling tertekan pastinya Mat Zan dan Terengganu.

CUIT SIKIT:

Buat penyokong setia NS, sehingga tibanya detik dan waktu untuk NS berada di tahap ini, kita soba ajo la......
Sesamo kito nengok tv yo...maghin - maghin tu oghang yang nengok kito kek tv, ni maso untuk kito pulak nengok oghang. 

19.4.12

NASIHAT UBAN PUTIH UNTUK OWONA.....

Ramai yang membaca posting aku bertajuk SORI YO!. Terima kasih banyak - banyak. Ada pula yang melontarkan komen, Juga terima kasih aku ucapkan.

DAN, aku amat tertarik kepada komen Uban Putih.....
HAH! Inilah kelompok penyokong setia yang NEK MOYANG SETIO EH yang aku catatkan menerusi posting LOPAK NAN SETIO.

Penyokong seumpama Uban Putih ini kalau ada 40 ribu, alangkah meriahnya STAR Paroi.

CUIT SIKIT:
Ada sesiapa yang boleh tolong?.....

18.4.12

SORI YO!.....

Usai sudah perlawanan penting. RUSA menentang PENYU.

Keputusannya? SERI atau bak kata orang kampung den, SORI YO.

Sori yo? Iyo. Walau pun macam nak menang.

Penalti di minit ke 85 itu gagal disempurnakan oleh Effa Owona. Itulah turning point keputusan sori tu.

Sebelum detik itu, Penyu ternyata gagal mempamerkan keupayaan mereka sebagai sebuah pasukan kuat dan disebut - sebut bakal menjuarai Liga Super.

Tiada lagi gerakan - gerakan penuh muslihat dan mengelirukan lawan oleh tiga serangkai, Kallang Tie, Saha dan Manaf. Tiada lagi bola umpanan seumpama petik dan jentik oleh Kallang Tie.

Semuany tampak berbeza buat Terengganu dan jelas mereka berada setakuk lebih bawah berbanding NS.

Bukan aku nak puji NS pujaan ramai di Negeri Adat Perpatih ni. Tetapi, itulah hakikatnya.

Selepas mendapat penalti di minit ketiga, Terengganu jelas tidak mempamerkan hasrat untuk menang di Paroi tadi.

Di atas adalah keputusan semua perlawanan Liga Super 17 April.

Sesuatu yang amat positif buat NS adalah kebangkitan segera mereka sebaik ketinggalan menerusi penalti Forkey Doe, pemain impot Terengganu itu.

Amat positif apabila aku menyaksikan kelibat gandingan Owana dan Shahurain Kocik di bahagian serangan NS. Gandingan baik itulah yang menghasilkan jaringan penyamaan di minit ke 21.

Kelihatannya gandingan ini lebih tajam berbanding gandingan Owana dan Shakir. Kerana ketajaman mereka berdualah, kita melihat Sharbini lebih kerap terbang menyelamatkan bola berbanding Farizal di pintu gol NS. Boleh dikekalkan dan diasah supaya lebih berbisa lagi.

Begitu juga gandingan Idham dan Halim di midfield. Pastinya tampak cemerlang ialah gandingan Shukor dan Rashid di centreback.

Tiada apa yang nampak cacat biarpun tanpa Farbak, Idris dan Zamani di kesebelasan utama.

Ini antara persembahan terbaik NS musim ini biar pun SORI yo. Bermain dengan sikap positif, pantas menutup ruang, cepat menyerang dan pastinya, kelihatan kesebelasan tadi tampak cukup cergas.

Cuma satu je kekurangannya. Amat jarang muncul aksi larian solo pemain sayap yang mengucar - kacirkan pertahanan lawan seperti di era Wan Jamak dahulu. Kunanlan sudah hilang sentuhan solonya yang menjadi pujaan ramai tu.

Kecuali penalti Effa yang meliar di atas palang gol, aku bagi 4 bintang kepada persembahan NS tadi.

Mungkin inilah barisan yang boleh menjadi senjata AK-9 sebenarnya untuk musim ini.

Dengan baki 11 perlawanan, aku fikir NS mampu untuk menduduki tangga ketiga liga musim ini.

CUIT SIKIT:

Buat rakan - rakan Penyokong Setia Negeri Sembilan [PSNS], jangan dikesali penalti yang tersasar, tetapi lihat keseluruhan prestasi pasukan tadi.

Tadi, adalah antara persembahan terbaik NS musim ini. Jangan diketepikan pencapaian itu begitu sahaja.

SORI YO!......

17.4.12

LOPAK NAN SETIO.....

Yang berlalu, biarkan berlalu.

Yang berlaku, tetap berlaku.

Yang tinggal hanya luka.

Samada luka ringan atau luka parah, ia tetap luka.

Luka boleh dirawat. Cedera juga boleh sembuh. Sakit juga boleh diubati dan bakal sembuh.

PERJUANGAN?

Oh! Perjuangan perlu diteruskan.

SOKONGAN?

Kalau dah bergelar penyokong, konolah poie nyokong. Jangan sampai membawak robah sudahlah.

SETIO?

Dah namo eh penyokong setio, setiolah deh.

Nyokong setio dan nyokong tak setio ado bezo eh.

Nan setio, sanggup paneh dan rontung dek mato ari. Relo basah  kuyup ditimpo ujan.

Nan tak setio, nyokong bilo dah monang dan bawak balik pialo yo.

Kok kalah, main la kau sorang - sorang. Tak koso den tu.

Bermula jam 8.00 malam 17 April 2012, ujian setia buat semua penyokong bola sepak NS akan bermula.

Kenapa 8.00 malam? Kebiasaannya, itulah masa STAR, Paroi mula dimasuki penyokong. Setakat ini, belum pernah aku tengok penyokong NS masuk STAR Paroi sebelum waktu maghrib dan melalak - lalak dalam stadium.

Bab itu, aku angkat DUA IBU TANGAN buat kalian. Kalian memang best bab jaga waktu maghrib. Itu amalan orang lamo. Jangan sampai terlepas maghrib.

Berapa ribu akan hadir? 10, 20, atau 30 Ribu. Aku fikir, yang akan hadir adalah sekitar 7 ribu.

Sebab Selasa adalah hari bekerja. Bukan senang nak ke stadium selepas time opis tu. Tapi, ada jugak yang akan hadir ke stadium dengan baju opis. Tak sempat balik rumah. Itu memang setio tu. Nek Moyang setio eh.

Tak apolah. Tak hadir ke stadium bukan bermakna tidak menyokong. Bukan juga bermaksud tidak setia. Ada masanya, keperluan peribadi terpaksa diutamakan berbanding bola sepak NS. Tambah pulak bulan semakin tua.


Tak poie STAR Paroi, anda boleh menunjukkan kesetiaan kepada NS menerusi TV atau layar gergasi kerana penaja akan membawakan secara langsung perlawanan berkenaan menerusi saluran 801.

CUIT SIKIT:

Aku nak lihat anak buah AK-9 bangkit daripada kekalahan di Kuala Terengganu tempohari.

Cuma yang tak sodap eh, ramai juga pemain di bahagian pertahanan, yang kena gantung kerana kad kuning dan merah.

Farbak dan Farizal sudah tentu tidak bermain. Rashid Mahmud pun dengar khabarnya kena gantung jugak. Zamani masih belum cergas.

Walau apa pun, bangkitlah NS biarpun terpaksa menggunakan Effa Owona sebagai pemain pertahanan.

Kono monang ni. Rekod baik pertemuan Liga Super dan Piala Malaysia apabila menentang Terengganu di Paroi perlu dipertahan dan diteruskan.

Bangkitlah NS! Kami tetap setia bersamamu kerana sejak 2010, Terengganu tidak pernah menang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Sesungguhnya STAR Paroi adalah lopak kami nan setio.


14.4.12

SEPETANG DI PAROI JAYA.....

Terengganu 1 Negeri Sembilan 0.

Begitulah keputusan perlawanan Liga Super di Kuala Terengganu pada 14 April 2012. Khabarnya, pemain sayap kiri NS, S. Kunanlan tersepak ke gol sendiri. Ahhh! Tak kisahlah, gol sendiri sendiri ke, gol penalti ke, gol tendangan cantik ke, KALAH TETAP KALAH.

NS hanya kalah pertempuran di Kuala Terengganu. Bukan kalah keseluruhan liga musim ini. Malah, peluang untuk bangkit, terbentang luas Selasa ini apabila menjadi tuan rumah pula kepada Terengganu. Di Paroi nanti, kita hobenlah cukup - cukup. Biar penyu tak mampu bertelor lagi.

Sebelum itu, mari kita lihat dan kaji apa yang telah berlaku kepada rusa apabila berjumpa penyu semenjak duamenjak lalu.....
Di peringkat Liga Super, rusa dan penyu sebenarnya amat seimbang. Biasalah apabila dua pasukan hebat bertemu, hanya sedikit kesilapan bakal memisahkan mereka.

Itu liga. mari kita kaji pula di Piala Malaysia.
Piala Malaysia jarang - jarang menemukan rusa dan penyu. Apabila bertemu, keputusannya adalah seperti di atas.

Secara keseluruhannya, RUSA LEBIH BAIK berbanding Penyu. TAK PERCAYA? Lihatlah sendiri di bawah.....
Di atas adalah siri pertemuan rusa dan penyu di Liga Super dan Piala Malaysia yang aku kumpulkan mulai musim 2010 dan 2011. Harapan aku, biarlah keadaan itu berterusan di musim ini dan musim - musim akan datang.

Yang pasti, setakat 7 perlawanan terakhir itu, RUSA TIDAK TEWAS kepada Penyu di Paroi.

CUIT SIKIT:

Petang SELASA 17 April nanti, mungkin inilah yang bakal berlaku di Paroi Jaya,
Sehingga tibanya detik itu, SOBA AJOLAH JANG DAN DARO YO! 

12.4.12

AJI BIDING! Buat Ape Tu?.....

Lama setelah berita dan cerita berkenaan Tuan Haji Abidin Abd. Rahman disepak dan diterajang keluar dari Wisma Felda, kini aku bawakan sekali lagi khabar berkenaan seorang insan bernama Aji Biding ni.

Mantan Timbalan Pengarah Besar [ Pembangunan Komuniti ] Felda yang bergred gaji JUSA B [ jika tidak silap aku ], khabarnya sekarang ini bersenang lenang di Wisma Felda. Memang senang lenang le, gaji ado kojo takdo.

Tak cayo? Inilah hiraki terbaru Wisma Felda sekarang ini.....
Dengan gaji dan elaun belasan ribu ringgit sebulan, Aji Biding khabarnya sedang melaksanakan satu misi khas tanpa jabatan dan jawatan seperti tertera di atas. Bertuahnya Aji Biding sebab mendapat tugas khas di....
Tak cayo? inilah catatan seorang anoy di blog ini
Walau bagaimanapun, aku secara peribadinya mengalungkan jutaan bunga maya dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Aji Biding kerana sanggup bertindak menentang usaha pihak tertentu untuk meranapkan KPF sebelum ini.

Inilah yang dikatakan Berani Kerana Benar, Bercakap Benar Biar Pun Pahit. Setidak - tidaknya tindakan Aji Biding ni menzahirkan kepada kita apa yang sebenarnya bakal berlaku jika semua pihak bersikap enggeh dan yes sahaja.


CUIT SIKIT:

Syabas Aji Biding kerana tuan berani menentang arus kerana mempertahankan kebenaran.

Bukan macam kawan kita yang botak tu. Tahunya hendak memijak kawan je!


Ado yang teghaso ko?.....

A BATTLE?.....

Dua pasukan yang berada di darjat dan status yang berbeza akan bertempur di Melaka.

Felda United [FU] adalah pasukan yang mewah dengan penaja dan pemain muda berbakat dan berpengalaman. Namun, pasukan ini tidak dibina berasaskan generasi baru Felda yang heboh dilaung dan diusung ke seluruh pelusuk alam.

FU sama sekali tidak sukar mencari bajet dan penajaan kerana ia memang lubuk duit. Lain halnya dengan Kuala Lumpur [KL].

KL terkial - kial membina pasukan setiap kali musim bermula. Saban tahun pemain mereka berhijrah kerana tuntutan poket membuatkan KL terpaksa menggunakan pemain Piala Presiden untuk membentuk pasukan baru.

Justru, tidak hairan KL berada di tahap sekarang.

Jumaat ini bakal berlangsung satu pertempuran sengit dan senget di Melaka. Sengit mungkin kerana berlakunya kejutan FU tewas kepada KL.

Senget kerana dua pasukan ini berdiri tak sama tinggi, duduk pun tak sama rendah.
CUIT SIKIT:

Menarik juga kerana Battle of The Corot ini bakal disiarkan secara langsung di Astro Arena, stesen penaja Liga Malaysia ini.

Menang buat KL tidak akan mengubah apa - apa. Mereka tetap didasar liga. Manakala buat FU, menang bermakna mereka akan keluar buat seketika daripada zon penyingkiran.

A Battle? Yes, correct, correct, correct! Sebabnya, FU tidak sepatutnya berada di bawah berdasarkan bajet. Namun, duit bukanlah segala - galanya jika kualiti permainan FU dan KL adalah sama teruk.

10.4.12

PADANG STESEN, SEREMBAN.....

Buat generasi baru, Padang Stesen Seremban adalah satu nama yang sangat asing dan janggal didengar.

Memang pun. Nama itu hanya dikenali oleh generasi sebelum 1990 atau lebih tepatnya 1992. Kenapa 1992? Sebabnya, mulai 1992, dengan semua pertandingan bola sepak peringkat nasional dimainkan di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, secara beransur - ansur, nama Padang Stesen Seremban luput dari ingatan warga NS.

Padang itu mendapat nama kerana berhampiran dengan stesen KTM Seremban [ foto di atas ]. Lokasinya adalah di.....
Padang Stesen kini sudah luput kerana didirikan Seremban Parade. Selain Padang Stesen, acara bola sepak nasional seperti Piala Malaysia dan Piala Emas Raja - Raja turut juga dimainkan di Stadium Kuala Pilah.
Berbalik kepada Padang Stesen, menurut carian aku di internet, ada dua peristiwa besar berkaitan bola sepak Negeri Sembilan berlaku di situ.
Piala Malaysia Wanita. Sesuatu yang telah lama ghaib daripada kamus pembangunan bola sepak FAM. Sementelahan pula sekarang ini, kawan - kawan kita di FAM lebih sibuk mengemaskan jawatan masing - masing berbanding memenuhi keperluan untuk memajukan bola sepak wanita.

Selain itu, ada satu lagi peristiwa manis berlaku di Padang Stesen apabila pasukan Negeri Sembilan Indian Association [NSIA] muncul Juara Bersama Piala FAM 1978 setelah seri tanpa jaringan dengan PKNS.

Manisnya kerana PKNS ketika itu diwakili oleh Mokhtar Dahari dan hampir keseluruhan pemain Selangor yang sedang berkuasa di persada bola sepak negara.
Begitulah sinonimnya Padang Stesen, Seremban itu dengan kemajuan bola sepak di Negeri Sembilan, yang wajah terakhirnya adalah seperti di bawah,
Di padang itu jugalah Negeri Sembilan muncul Juara Divisyen Dua [sekarang Liga Premier] semasa Liga Semi-Pro dahulu. Penyerang NS, Marian Valach muncul sebagai penjaring kedua terbanyak musim berkenaan dengan 10 gol daripada 14 perlawanan.

Suatu cerita yang sering meniti dari mulut ke mulut ketika itu ialah betapa bertuahnya Negeri Sembilan apabila bermain di Padang Stesen terutamanya apabila menentang Terengganu.

Di era 70'an, Terengganu adalah satu pasukan yang baik dan mempunyai ramai pemain berbakat dan bermain untuk negara. Bagaimanapun, sekuat - kuat Terengganu, mereka tewas kepada NS yang tidak mempunyai apa - apa itu, apabila bermain di Padang Stesen.

Angkara penjaga golnya asyik melihat keretapi yang tiba di stesen Seremban, Terengganu akhir tewas menerusi jaringan jarak jauh pemain NS. Kebetulan, satu daripada pintu gol di Padang Stesen adalah betul - betul bersebelahan dengan stesen KTM yang berada di sebarang jalan sahaja.

Syiannn Ganu sebab tak pernah tengok keretapi, mereka tewas kepada NS di Padang Stesen, Seremban.

Perhatikan betul - betul betapa dekatnya Padang Stesen dan Stesen KTM Seremban tu.

Mungkin benar, mungkin tidak. Tetapi, rentetan cerita suka, duka dan panas bola sepak Terengganu dan NS ini sampai ke kemuncaknya di sini,
Syiannn Ganu, lantaran tidak puas hati kerana kalah di tempat sendiri, sebuah bas milik Kerajaan Negeri Sembilan yang membawa pemain, telah dibakar hangus. Rentung sebuah bas hanya kerana sebiji bola. Tak patut, tak patut.

Anak - anak muda yang membaca catatan ini, aku nasihatkan supaya jangan buat perangai huduh sampai macam tu. Biarlah cerita bola habis di padang sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan oleh pengadil bertugas.

CUIT SIKIT:

Menjelang pertemuan Liga Super yang menemukan dua pasukan yang menang piala musim lalu, aku mengharapkan agar terjadi peristiwa seperti di bawah,
 lawak - lawak jugak, main jangan leka lagi macam lawan Sabah.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH