Jumlah Paparan Halaman

30.12.11

KONTOT BANTU PENDEK.....

Catatan Terakhir 2011.....

Aku petik cerita seorang kaki skodeng di Kuala Lumpur;
Baru – baru ini seorang TOP GUN di Wisma Felda telah menjalankan satu program bersama – sama TOP PISTOL Felda, di negeri – negeri, ke Pulau Dewata [BALI].
Samada di Bali itu, mereka sempat mengasah GUN atau PISTOL masing – masing, itu bukan ceritanya. Ceritanya, di Pulau Dewata itu, TOP – TOP PISTOL ini telah diarahkan, supaya memastikan TOP – TOP PARANG, di rancangan – rancangan, hanya membawa PAK ANGGUK dan MAK ANGGUK ke Mesyuarat Agung Khas KPF nanti.
AKU PETIK  pula beberapa komen di laman facebook mantan kakitangan Felda;
Ahli Lembaga KPF yg nak buat penerangan dalam isu semasa kpd ahli yg jadi perwakilan telah dihalang oleh Pengurus rancangan atas arahan RGM....ini adalah kerja yg menyalahi undang2 .....sekiranya perkara ini terus diamalkan, saya sebagai ahli KPF akan buat laporan polis. PENGURUS2 dan RGM harap ambil perhatian sebelum bertindak...ini bukan AMARAN tapi INGATAN.
"Kereta Api nak lalu, Sila beri laluan, Klu berani duduklah di landasan" Apa maksud kata2 ini, sya tak faham, Inilah kata2 yg DDG tujukan kpd pengurus2 dlm jelajah sesi penerangan pusingan akhir sebelum Mesyuarat Agong Khas KPF akan datang ini.
KESIMPULANNYA, sah, sahih dan benar ada pihak di kalangan TOP GUN, TOP PISTOL dan TOP PARANG di FELDA ini yang begitu teruja untuk mendapat laba daripada kemelut Felda sekarang ini.
Biasalah, seorang jatuh, lebih sepuluh orang akan naik menyusun semula kedudukan. Tetapi, jika naik melalui kejatuhan seseorang yang ikhlas bekerja, tunggulah pula masa untuk anda semua bukan sahaja jatuh, malah tertiarap dan dipijak pula orang lain. Itu hukum karma kehidupan. Ingat tu!
Tahun baru ini bakal memberikan laba buat seorang Pengarah yang masih hingusan untuk berada di TOP FOUR. Sebabnya mudah. Laba itu muncul bukan kerana merit tetapi kerana kebolehannya memenangi acara Lempar Batu Sembunyi Tangan sempena Hari Keluarga Felda baru – bari ini.
Demi laba, samada dari aspek pangkat dan kuasa atau pun peluang membuat duit menerusi pengapungan saham Felda ini, yang jelas dan nyata terlalu ramai siKontot telah secara nyata dan gelap, membantu siPendek untuk menjual Felda kepada siApek dan siJohn.
CUIT SIKIT:
Bagi aku, mengarahkan kehadiran perwakilan rancangan supaya angguk dan diam di Mesyuarat Agung Khas itu adalah petanda betapa ada rahsia besar yang hendak disembunyikan.
Menyekat Ahli Lembaga KPF memberikan penerangan juga adalah tindakan untuk menyembunyikan kebenaran.
Hanya yang berniat jahat sahaja, akan melakukan apa sahaja cara untuk menyekat kebenaran.
Khabarnya, pihak kakitangan pun ada ura – ura untuk melakukan bantahan. Malangnya, ada pula Kontot yang menjaga kakitangan ini, telah membocorkan rahsia kepada Pendek. Terbengkalai pulak projek. bantah membantah itu.
DUNIA lepaslah. AKHIRAT belum tau......

Boleh ke resolusi Mesyuarat Agung Khas KPF itu diterima, sekiranya yang hadir itu adalah perwakilan haram [bukan perwakilan yang dilantik menerusi Mesyuarat Pemilihan Perwakilan Wilayah]?
Nota Kaki...
Ukuran Kontot dan Pendek yang aku nyatakan di coretan ini adalah berkaitan saiz fizikal. Apabila berdiri, kontot dan pendek ini jauh lebih rendah daripada aku.
Bab - bab fizikal lain yang tersembunyi, aku tidaklah mengetahui samada "barang itu" itu juga KONTOT dan PENDEK.
Catatan ini juga tiada kena mengena dengan mereka yang telah bersara  dan juga yang telah meninggal dunia tetapi sah ada mengenanya dengan mereka yang masih hidup dan masih bertugas.
terima kasih juga buat para komentatur di Veteran Felda yang aku pinjam dan petik komen mereka di blog ini.

28.12.11

PEKASAM NAK MENJERIT MALAM INI DI AU5,KL.....

Seorang kaki skodeng di KL telah mengirim satu emel kepada aku. Inilah sebahagian emel berkenaan.....

.....Isa Samad si KAKI LUTU kini semakin meroyan! Sebelum ini pencacainya zahid mad arip, bekas naib ketua pemuda keadilan yang juga ahli majlis tertinggi Perkasa telah menggunakan gerombolan Perkasa untuk menyerang HQ Felda dan memaki pengurusan felda yang enggan menerima membabi buta perancangan jahat isa samad menggadai harta felda.
Zahid mad arip juga telah menggunakan tim selompat partinya seperti zahrain hashim, ezam md noor dan ruslan kassim.

ruslan kassim yang dahulunya bekas calon pkr parlimen teluk kemang dan kini bernaung dengan Isa Samad di umno teluk kemang juga merupakan ketua penerangan perkasa.

Terbaru zahid telah membantu isa samad merencanakan agenda paling peribadi dan paling jahat menggunakan perkasa sebagai mediumnya.pada 28 disember 2012, jam 8.00 malam ini di dewan orang ramai lembah keramat, hulu kelang,selangor.
Pada program ini, Isa Samad akan memberikan ceramah bertajuk 'melayu berbalah, melayu rebah' anjuran Perkasa. Apakah perancangan jahat tersebut?

Melalui perencanaan zahid mad arip yang menggunakan pengaruhnya dalam perkasa, bosnya Isa Samad akan menggunakan tajuk tersebut untuk membelasah Pengarah Besar Felda, dato zulkifli wahab dan membangkitkan kemarahan dan emosi para pendengarnya pada malam itu.
Sebanyak 2 buah bas dan berbelas buah kereta telah ditaja untuk membawa pengikut isa samad dan zahid mat arip daripada port dickson, ibu pejabat perkasa di hotel grand season dan lain-lain tempat.
Setelah sesi ceramah tersebut selesai, pengikut-pengikut mereka akan membawa kain rentang dan sepanduk yang disediakan lebih awal dan berarak ke rumah dato zulkifli wahab yang terletak hanya 100 meter dari tempat ceramah.
Rumah teres dato zul yang didiami sejak 20 tahun lalu akan menjadi sasaran maki hamun pengikut isa samad di dalam perkasa serta pengikut
setianya daripada portdickson.
Perancangan zahid mad arip yang menggunakan perkasa ini ditentang oleh umno cawangan lembah keramat di mana dato zul, isteri dan anak-anaknya menjadi ahli di cawangan tersebut tetapi penentangan ini dipandang sepi kerana yang merencanakan program ini melibatkan perkasa pusat......

CUIT SIKIT:

Jika benar puak - puak PEKASAM ini nak menjerit, meraung gajah, mengilai lotong dan mengerang badak, di hadapan kediaman Dato' Dzul, aku fikir memang sahlah PEKASAM ini dah jadi PEKAKAS pulak.

Posan den buat PEKASAM dan PEKAKAS, daripado ekau menjorit, menghaung, mongilai dan mengoghang, kek dopan ghumah Dato' Dzul, lebih baik ekau poie BANG KEK SURAU atau MESOJID KAMPUNG ekau. .....

Dapek yo PAHALO!

Nota Kaki.....
Bakal muncul di blog ini.....

kisah

KONTOT membantu PENDEK menjadi KEMETOT.....
TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!.....


27.12.11

MAK.....

Khabarnya, Khamis 5 Januari 2012 adalah tarikh yang akan menentukan halatuju sebenar usaha untuk mengapungkan  saham FELDA.

Lebih seribu perwakilan akan berhimpun di KL untuk melunaskan satu perkara yang sah menurut undang - undang dan akta. YA! Mesyuarat Agung Khas [MAK] Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad [KPF], akan berlangsung pada tarikh itu.

MAK atau EGM [bahasa orang kampung aku], bertujuan untuk mendapatkan kata putus ahli - ahli KPF menerusi perwakilan mereka. Samada bersetuju untuk berkata ya atau bersetuju untuk berkata tidak.

Aku fikir, inilah masa dan harinya, kewibawaan peneroka dan kakitangan yang menjadi perwakilan itu akan teruji. Selama ini, mereka yang bergelar perwakilan ini, hanya menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan [MAT], untuk meluluskan dividen dan bonus KPF yang lumayan sahaja.

Kali ini, para perwakilan perlu menggunakan akalbudi dan kecerdasan minda masing - masing. Kali ini, sebarang keputusan yang dibuat pada 5 Januari itu akan melibatkan masa hadapan semua ahli dan para pewaris mereka.

Masa hadapan KPF dan para pelaburnya adalah bergantung kepada suara majoriti perwakilan.

CUIT SIKIT:

Di kala ini, Dato Dzul selaku Pengerusi KPF berada di London. Siapakah mahkluk Tuhan yang akan mempengerusikan MAK itu nanti?

Itu juga adalah satu perkara yang menarik untuk kita ambil tahu.

Tidak boleh sembarangan orang dilantik sebagai PENGERUSI MESYUARAT itu kerana ianya mungkin bercanggah dengan Akta Koperasi.

Jika ada pihak yang sesuka hati melantik diri sendiri sebagai Pengerusi sedangkan mereka tiada kelayakan untuk berada di situ, maka dengan sendirinya, sebarang keputusan mesyuarat, tidak boleh digunapakai.

Kepada perwakilan, gunakanlah kepala cerdik anda bukannya kepala lutut dan 'kepala yang berada di kawasan berhampiran dengan dengannya' untuk membuat keputusan.

Jika aku berpeluang untuk berkata, AKU akan KATAKAN TIDAK kepada usaha pengapungan saham FELDA ini.

Sebabnya, ini hak kita dan selama puluhan tahun telah memberikan pulangan yang baik, buat apa kita hendak berkongsi dengan orang lain?

22.12.11

BALIK PULAU, BAYAN LEPAS.....

Liga Malaysia 2012 akan memulakan langkah pada 7 Januari 2012. Perlawanan pembuka tirai adalah pertandingan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah.

IBU SEGALA PEMBUKAAN. Kelantan akan bertemu Negeri Sembilan di Kota Bharu jam 8.45 malam 7 Januari 2012.

Aku kata ibu segala pembukaan adalah kerana sejak tiga tahun kebelakangan ini, inilah pasukan yang menjadi tumpuan dan perhatian kerana peningkatan mereka di kancah bola sepak tanahair.

Pertarungan yang melibatkan kedua - dua pasukan ini biasanya sangat menarik dan penuh drama dan provokasi. Sama - samalah kita nantikan perlawanan berkenaan.

Mulai 10 Januari, kesemua 36 pasukan akan memulakan langkah memburu penghormatan menjuarai liga yang disertai mereka.

Samada di Liga Super, Liga Premier mahu pun di Liga FAM, penghormatan sebagai juara pastilah tiada galang gantinya.

Pasukan yang bertanding mengikut liga adalah seperti berikut;


CUIT SIKIT:

Jika diteliti, pastinya akan terlihat akan ketiadaan sebuah pasukan yang penuh gah dan tradisi di era 60'an hingga 80'an.

Pasukan yang pernah melahirkan Shaharuddin Abdullah yang cukup ngam berpasangan dengan Mokhtar Dahari [Datuk]. Pasukan yang pernah menyumbang sejumlah pemain berbakat dan terbaik di Asia seperti Namat Abdullah, Ali Bakar, Isa Bakar, Shukor Salleh, Aziz Azizan dan ramai lagi yang tidak mampu aku catatkan di sini.

YA! PULAU PINANG! Pulau Pinang adalah negeri yang telah melahirkan terlalu ramai bakat - bakat bola sepak terbaik. Bukan sahaja mampu memberikan kekuatan kepada pasukan mereka malah, juga memberikan kekuatan kepada pasukan negara.

Untuk musim 2012, di sinilah arena dan gelanggang Pulau Pinang. Di Liga FAM yang boleh ditonton secara percuma oleh mereka yang prihatin. Pulau Pinang hanya akan bermain di liga kelas 3 yang tiada sebarang liputan media cetak dan elektronik.

Mungkin kerana malu bermain di liga kelas 3, Pulau Pinang telah bersembunyi di sebalik nama sebuah kolej swasta-AUCMS.

Kenapa jadi demikian? Jawapan aku, inilah contoh kepada kepimpinan persatuan bola sepak yang tidak profesional di saat semua pemain dan pegawai kejurulatihannya adalah profesional.

Musim 2011 lalu menyaksikan Pulau Pinang adalah pasukan pertama yang terkantoi kerana gagal membayar gaji pemain. Kegagalan pemimpin persatuan mencari dana untuk pasukan adalah contoh ketara, mereka ini tidak profesional. Mana hilangnya presiden persatuan yang melompat itu?

Benarlah pantun lama dan tersohor di Pulau Pinang;
BALIK PULAU, BAYAN LEPAS;
DI SANA TERPERLAU, DI SINI TERLEPAS.....

21.12.11

DARI BALAI FELDA.....

Wednesday, 21 December 2011
Masa depan kepentingan peneroka felda- FGV
Kebimbangan yang paling mendesak ialah adakah kepentingan peneroka dalam FH akan terjamin, sebaik sahaja kepentingan tersebut di urus oleh FGV? Ini yang kita kena tanya. Jangan mudah terpedaya dan ternganga dengan presentation graphicals, warna warni dan powerpoint effects. Cuba soal-apa yang FGV akan lakukan yang bebeza daripada yang sedang mereka lakukan? Jika mereka ada ‘senjata ajaib’ baru, kenapa mereka tidak amalkan untuk menguntungkan FGV dalam perniagaan mereka sendiri? Kenapa rugi?
Kepakaran baru? Bakat pimpinan baru? Ilmu baru? Ada cara luar biasa dan ajaib?

Jika mereka boleh menjanjikan kaedah luar biasa lagi ajaib, kenapa perkara tersebut tidak di lakukan keatas perniagaan nya sekarang? Bukankah dengan melakukan apa yang di janjikan untuk IPO, FGV boleh menghasilkan keuntungan keatas perniagaan mereka sekarang? Kenapa tidak di lakukan? Adakah itu punca FGV kerugian 500 juta?

Cerita kelentong sana sini- bagaimana produktiviti boleh meningkat dan karut marut- semua cerita tersebut boleh di reka reka. Kita kena match dengan realities. Lagi pun, kalau kita cerita tentang produkviti dalam bisnes perladangan dengan buat tabulation dan graphs sana sini- bukan kah itu semua bisness yang sedang di lakukan oleh FH holding sendiri? Itu bidang bisnes mereka yang mereka tentu ada lebih kepakaran daripada FGV. Kita hendak lihat apa FGV boleh lakukan kepada bidang bisnes mereka sendiri. Bidang orang lain yang orang lain lebih pakar dari kita, jangan lah kita sibuk hendak cerita.
Kita kena tanya, apa tujuan IPO? Ianya bertujuan untuk raise capital dari langganan pembeli awam. Bila orang beli, wang masuk dan harga saham naik. Selalu nya mula mula naik. Ramai orang bikin wang. Tapi selepas masa seronok?
Apa rekod untung FGV? Takde. Sebab dalam pelaburan yang mereka urus dan lakukan sendiri- mereka rugi. Tapi pelaburan yang mereka lakukan dalam Felda Holdings untung. Tapi itu is a different matter. Itu cerita Felda Holdings bukan cerita FGV. Sebab FH di bawah pengurusan nya sendiri mencatat keuntungan. Jadi FGV nak leverage atas keuntungan yang orang lain buat untuk mereka sebagai asas buat IPO. Binawe punya orang. Kita ingat dia mahu tunjukkan intrinsic record dia sendiri- rupa rupa nya, menumpang atas rekod orang lain- FH.
Jadi apa isiu nya? Isiu nya ialah dalam FGVH nanti, siapa yang mengurus portfolio bisnes? FGV yang ada rekod rugi kah yang akan urus? Jika ya, maka masa depan kepentingan peneroka dalam FH akan muram. Perlu kita ingat, sekarang FH diserapkan dalam perniagaan FGV. Dan ingat- FGV punya rekod- buruk. 
Ini yang mendatangkan keresahan. Bukan kita suka suka tentang. Ada asas untuk rasa gelisah dan waswas. FGV leverage atas kekuatan orang lain . jadi mana mungkin ia mendatangkan keyakinan kepada kita dan peneroka bahawa perniagaan yang mereka akan urus akan untung? Rekod mereka tak bagus.
Jadi jangan kita sentimental dalam kes penyenaraian Felda. Ada keluarga yang datang dari kalangan peneroka. Kita identify dengan harapan dan kesusahan peneroka. Itu sikap politically correct. Takkan kita hendak menyebelahi kapitalis. Tentu kita sokong rakyat marhaen- para pak tani. Tendensi kita ialah menyerang sesiapa yang kita rasa mengacau kepentingan peneroka felda.
Tapi kepentingan peneroka is best served dengan strateji pelaburan yang betul. Kepentingan mereka selama ini, elok di bawah FH. Mulai sekarang, ia di letakkan di bawah pengurusan FGV yang kerugian. Beritahu kepada kita, adaakh kepentingan peneroka di perlakukan dengan tanggung jawab?
Tulisan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri [BN] Pulau Manis, Parlimen Pekan, Pahang ini boleh diikuti seterusnya di.....
CUIT SIKIT:
Oh! Rupa - rupanya Felda Global Ventures Holding [FGVH] adalah sebuah entiti komersil FELDA yang tidak pernah UNTUNG. Yang untung adalah FELDA HOLDINGS SDN BHD.
Yang rugi cuba disenaraikan di Bursa Malaysia. Yang untung cuba ditelan. Hebat juga cara perniagaan ini.
HEBAT? YA! HEBAT!!!!!! HEBAT untuk menjahanamkan ada le!
PATUTLAH "Durian Runtuh" dan "Tempoyak Masam" yang dicanang - canangkan tu, dipaksakan kepada KPF untuk membayarnya.
Jika begini keadaannya, maka, aku fikir, segala warga dan waris PENEROKA, WAJIBLAH MENENTANG usaha bangang dan tidak berperikepenerokaan [ayat asal-berperikemanusiaan] ini.
Nota kaki:
PARLIMEN PEKAN diwakili oleh YAB Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri dan Menteri FELDA.
Adakah tulisan mantan ADUN BN di kawasan Parlimen Pekan ini berupa satu penentangan terhadap Ahli Parlimennya?
PASTI! Ianya tidak menentang Menteri tetapi menentang pihak yang cuba mendapatkan keuntungan peribadi dengan cara mengapungkan saham Felda di Bursa Malaysia.
Difahamkan, KPF telah didesak oleh FGVH supaya menanggung kos “DURIAN RUNTUH” sebanyak 5.80 %. Ini tidak dipersetujui oleh Lembaga KPF dan juga, inilah salah satu punca mengapa Dato Dzul dan Aji Bidin tercampak keluar dari tingkat dua dan tiga, Wisma FELDA.
Sakmongkol AK47 is the nom de plume of this blogger. His name is Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz. He was ADUN of Pulau Manis, Pekan.( 2004-2008) From 2000-2004, he was Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, under Dato Sri Najib. Studied Economics at University Malaya and University of Manchester(Owens). Sakmongkol was a legendary Muay Thai fighter. AK 47 is the Russian made firearm. He can be reached at the following e mail: ariff.sabri@gmail.com

CERITA DUKA DI ANJUNG FELDA.....

Kata seorang ahli facebook VETERAN FELDA, ada 10 perkara yang dipertahankan oleh Pengerusi dan Setiausaha KPF dan menyebabkan kedua - duanya tersingkir dari WISMA FELDA dan juga ANJUNG FELDA, Kuala Lumpur.

2 org pegawai tertinggi Felda yg juga merupakan Pengerusi & Setiausaha Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF yg dimiliki peneroka & kakitangan Kumpulan Felda); iaitu DG( Dato'Dzulkifli Abd Wahab- Pengerusi KPF) & DDG( En.Abidin Abd. Rahman-Setiausaha KPF) telah disingkir dari badan pengurusan Felda kerana ketegasan mereka mempertahankan hak & tuntutan ekuiti KPF dalam pra-penyenaraian Felda Globle Ventures Holdings(FGVH).
SEKARANG. KPF menguasai 51 % ekuiti syarikat kumpulan Felda.
AKAN DATANG. Cadangan penstrukturan yang menyebabkan ekuiti KPF bukan lagi 51 %.
Menurut laporan ahli VETERAN FELDA berkenaan,
KPF tidak pernah menentang pelupusan 51% ekuitinya dalam Felda Holdings Berhad dan melabur didalam FGVH, tetapi KPF tidak bersetuju dengan tawaran yg tidak adil dan cara FGVH memperdayakan KPF.

Lembaga KPF menegaskan bahawa KPF perlu terus memegang 51% kepentingan ekuiti (majoriti) dalam FGVH selepas penyenaraian. Nisbah ini menepati ucapan YAB Dato' Seri Mohd Najib, Perdana Menteri Malaysia semasa Pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 yg menjanjikan " Walau apa pun, hak dan faedah peneroka akan terus dipelihara melalui pemilikan majoriti saham oleh Koperasi Permodalan Felda".

CUIT SIKIT:
Bertanya dan bercanggah pendapat adalah sesuatu yang normal. Samada ianya di peringkat keluarga mahu pun di peringkat organisasi.
Sekiranya anda dipertanggungjawabkan supaya menjaga kepentingan awam, maka sewajarnyalah anda mempertahankan kepentingan tersebut waima diri anda menjadi kambing korban.
Di bawah kepimpinan dua watak penting di Wisma Felda inilah, KPF telah berjaya melabur di beberapa syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia seperti;
Mah Sing Group Berhad, Teo Seng Capital Bhd, Power Root Berhad, Pantech Group Holdings Berhad dan MSM Malaysia Holdings Berhad.
Kerana mempertahankan ketuanan kita semua sebagai pelabur KPF, Dato Dzul terpaksa dan dipaksa menuntut ilmu di London manakala Aji Bidin belayar di JPA, Putrajaya.
Terima kasih buat Pengerusi dan Setiausaha KPF yang menjunjung prinsip dan integriti yang disemai FELDA sekian lama. Dalamasa yang sama, wajarkah kita sebagai PELABUR, tunduk kepada desakan pihak PELEBUR?
Jika pihak di BALAI FELDA itu ikhlas dan benar, mengapa perlu kepentingan KPF digadaikan? Juga mengapa perlu Pengerusi dan Setiausaha KPF disingkirkan?
ADAKAH INI yang dikatakan tidak dapat tanduk, telinga dipulas. Tidak dapat menyahkan PAK SAM kerana dia peneroka dan tuan tanah, maka Dato Dzul dan Aji Bidin yang menjadi korban. Bagaimana pula nasib Tuan Haji Suhaimi selaku Bendahari KPF?
Semoga, kebenaran akan terserlah secepat mungkin. Doakanlah.

17.12.11

APA KHABAR AJI BIDIN?.....

Biasanya pegawai atasan Felda yang berkhidmat di jabatan Sumber Manusia memang popular di kalangan kakitangan tetapi tidak di pihak peneroka.

Justru, Tuan Haji Abidin Abd. Rahman adalah satu nama yang agak popular di kalangan kakitangan FELDA sejak sekian lama. Mereka yang biasa dengan orang Terengganu ini, pastinya menyebut nama Tuan Haji ini sebagai Aji Bidin setiap kali bersembang sesama sendiri.

Jawatan terkini pemegang nama ini adalah Timbalan Pengarah Besar [ Pembangunan Komuniti ] FELDA. Hiraki keempat di kalangan top four BIG BOSS FELDA, selepas Pengarah Besar, Timbalan Pengarah Besar [ Perladangan & Perkebunan ] dan Timbalan Pengarah Besar [ Pengurusan & Kewangan ].

AJI BIDIN sedang menyempurnakan kerja membaja seusai menanam pokok sempena lawatan beliau ke Felda Jelai 2.
CUIT SIKIT:

Menurut sumber di satu laman facebook kakitangan Felda, khabar terkini berkaitan AJI BIDIN, adalah khabar yang agak mengejutkan.

Menurut laporan itu yang aku percaya amat benar dan tepat, Aji Bidin akan dipoolkan di JPA. Lebih kurang masuk peti ais jugaklah tu. Sejuk, dingin dan membeku sifatnya nanti.

Mengapa Timbalan Pengarah Besar [ DDG ] ini dihantar ke JPA? Ini semua adalah tindakan susulan kepada sesiapa sahaja yang mempertikaikan kerja dan usaha mengapungkan saham Felda di Bursa Malaysia.

AKU BERHARAP berita ini amat tidak benar sama sekali. Kepada pembaca yang budiman, sekiranya anda mengetahui akan duduk perkara sebenar, berikanlah komen anda. 

Nota kaki:

Inilah posting yang berkaitan

Hari ini TSI bertindak gila & kejam ala Nazi, ala Fir'aun....seorg lagi sahabat kita yg berjuang dibarisan hadapan menentang penipuan & penindasan keatas keluarga Felda telah disingkir dari jawatan DDG, Sdr. Abidin dimasukkan ke pool JPA..oleh itu sama2 lah kita keluar berjuang demi kebenaran & keadilan...ayuh sahabat2 yg berfikiran rasional pertahankan maruah kita......... ALLAHUAKBAR>
Suka · · Turuti post · Semalam pada pukul 10.04 ptg

16.12.11

DAH LE PEMALAS, BANGANG PULAK TU.....

BUAT KESEKIAN KALINYA, aku menerima panggilan daripada pihak yang mendakwa dirinya mewakili IPTS dan menawarkan peluang belajar.

DAN, buat kesekian kalinyalah, panggilan itu aku akan jawab dengan " TOLONG HANTAR SECARA BERSURAT SEKIRANYA ANDA / IPTS ANDA BUKAN PEMBOHONG ".

DAN, kebiasaannya, aku tidak akan menerima sebarang surat daripada pihak berkenaan. Aku tahu kenapa jadi demikian. Sebab yang membuat panggilan itu adalah ejen atau kakitangan kolej - kolej kokak yang tidak berduit untuk menghantar surat. Mungkin menaip surat rasmi pun, mereka ini tidak tahu.

HARI INI, jam 3.25 petang aku menerima satu lagi panggilan dari pihak yang mendakwa sebagai Kolej KLMU Cawangan Seremban. Nombornya 06 764 4477. Memang sah itu nombor talian tetap kawasan Seremban.

Apabila aku bertanya bagaimana dia boleh mendapat nombor handset aku, pompuan tu dah gelabah. Apabila aku kata, kalau nak berniaga, berniagalah secara profesional iaitu menerusi surat rasmi, dia lagi gelabah. Lantas, talian dimatikan.

Sekitar jam 03:30:40, hanset aku berdering. Bukan panggilan tetapi satu sms telah masuk. Tertera nombor pengirim sebagai berikut +60172984312. Tulisnya di sms berkenaan; Sorryl ah kalau disturb u! Kalau tu num. peribadi u, takde lah pihak kami bole dapat num.u! I pn tak tau mcm mane parents u didik u smpai u takde adab! Sory agaian.

Apabila aku balas sms dengan menekankan peri pentingnya berurusan secara bersurat, budak pompuan bangang tu terus kekal dengan kebangangannya. Menurut pompuan bangang tu, membuat panggilan adalah lebih jimat berbanding menghantar surat.

Mungkin benar ia murah tetapi bagi aku yang terdidik selama 28 tahun oleh FELDA, tiada yang lebih rasmi dan tidak meragukan melainkan menerusi surat. Sebabnya mudah. Menerusi surat, pastinya ada nama kolej, alamat tetap serta nombor telefon, faks dan juga e-mel. Lebih mustahak, surat itu pastinya akan ditandatangani oleh pihak yang berkuasa di IPTS berkenaan. DAN, ianya pastilah akan disimpan di satu fail sebagai kemudahan rujukan apabila perlu.

SELAMA berbalas - balas SMS sehingga jam 04:53:50, apa yang aku dapat mengkaji keperibadian pompuan bangang tu adalah:

1. STAF YANG PALING PEMALAS DI DUNIA.
Alasan dia, membuat panggilan adalah lebih senang berbanding menulis surat. Aku tahu, SOP semua pihak samada swasta mahu pun kerajaan, semua urusan rasmi hendaklah menerusi surat. Hanya si PEMALAS sahaja yang mengatakan sebaliknya.


2. STAF YANG PALING BANGANG DI DUNIA.
Alasan aku, dia sepatutnya bukan menegakkan benang basah sebalik bertanya aku bagaimana untuk menulis surat sekiranya dia tak tahu.

CUIT SIKIT:

Aku tanpa ragu - ragu mengatakan ada pihak yang berkaitan sekolah telah menjual semua maklumat pelajar dan penjaga kepada pihak IPTS. Sebab itu, semua nombor telefon samada telefon rumah atau handset, ada pada IPTS.

Juga, sebab itulah ada pihak IPTS yang mempunyai STAF YANG CERDIK & RAJIN, boleh menghantar surat tawaran menerusi pos.

Amatlah malang sekiranya benar pompuan itu bekerja dengan KLMU. Dah le PEMALAS;BANGANG pulak tu. Dia langsung tidak sesuai untuk bekerja dengan sebuah kolej yang ternama dan profesional yang bernama KLMU.

Kepada sesiapa yang membaca tulisan ini dan ada berkaitan dengan mana - mana IPTS, aku hendak maklumkan bahawa, pompuan bangang dari KLMU itu bukanlah yang pertama aku sekolahkan bab surat rasmi ini. Dan, insyaallah, dia juga bukanlah yang terakhir aku sekolahkan.

DAN, aku fikir, telah puluhan juga ejen dan staf IPTS yang aku sekolahkan bab surat rasmi ini. Aku tidak akan berhenti untuk menyekolahkan sesiapa sahaja yang tidak berminat untuk berurusan secara bersurat dengan aku.

15.12.11

GEMPAK PULAK DAH.....

Tan Sri Rozali Ismail menafikan beliau cuba menghalang proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH), sebaliknya menegaskan, beliau hanya mahukan lebih banyak masa untuk mengkaji sama ada langkah itu akan memanfaatkan para peneroka.

Pengerusi Gabungan Generasi Wawasan Felda ini melahirkan pendirian ini ketika mengumumkan pembentukan satu pakatan bersama Jawatankuasa Pengerusi Perunding Felda (JKPP) untuk mengkaji merit langkah penyenaraian agensi itu di Bursa Malaysia.

Ikatan itu yang dikenali sebagai Gabungan Peneroka Generasi Wawasan Felda Kebangsaan (Gempak) akan meneliti dengan mendalam kandungan cadangan dengan pakar runding bebas dan juga akan bertindak sebagai perantara antara FGVH dan para peneroka, kata Rozali
“Masalahnya ialah soal penerangan tidak terurus. Sekarang ia mudah. Felda Global boleh datang kepada kami dan membuat penjelasan, hanya satu pihak. Jadi, kami akan berurusan dengan mereka.
“Sehingga kami memahami cadangan penyenaraian, kami tidak akan ya atau tidak. Saya berharap Felda Global Ventures dan Felda akan memahami kekangan kami,” kata beliau.
Rozali juga menafikan beliau mahu menggantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda Holdings.
“Persoalan mengenai jawatan tidak timbul buat saya. Kami bekerja untuk melindungi kepentingan Felda dan generasi semasa dan akan datang.
“Perdana menteri akan memutuskan soal jawatan. Apa juga keputusan dibuat, kami tidak ada masalah,” katanya lagi.
Minggu lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa bekas pengerusi Felda Tan Sri Yusof Noor Yusof dan Rozali kemungkinan bergandingan dengan pembangkang dalam menentang penyenaraian FGVH.
CUIT SIKIT:

Khabarnya, hari ini ada pula demo yang dianjurkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Felda, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), dan Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), dan Pemuda Umno Selangor. 

Kunun kata mereka, mereka menyokong transformasi dan penyenaraian saham FELDA. Tapi, aku fikir, mereka ini berdemo kerana semalam ANAK telah berDEMO mempertahankan Dato' Dzul.

TAPI, aku tahu mereka yang turun berDEMO hari ini, TAK FAHAM atau TAK MAHU FAHAM - FAHAM, erti Transformasi itu sendiri.

Jika sekarang dapat 2 billion, selepas diapungkan saham, kita hanya dapat 508 juta, adakah itu TRANSFORMASI yang perlu disokong dan dipertahankan? Dah TINGGAL SUKU pun nak pertahankan ke?

Di NS ini pun, orang dah tak main masuk - masuk suku ni!

TRanSFORMASI adalah perubahan total yang membawa lebih kebaikan bukannya dapat suku je! Ini satu lagi DOL!

14.12.11

DEMO ANAK UNTUK DZUL.....


KUALA LUMPUR, 13 Dis - Kira-kira 50 wakil peneroka Felda daripada beberapa negeri hari ini menyerahkan memorandum menyokong Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab di Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney, dekat sini. Memorandum sokongan itu ekoran tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Dzulkifli bercuti dan mengikuti Kursus Pengurusan Lanjutan bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda.

Ia merupakan cadangan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad melalui surat yang dihantar kepada Najib bertarikh 21 November. Arahan bercuti dikeluarkan melalui surat yang diikeluarkan Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri 25 November lalu. Difahamkan, Dzulkifli mula bercuti 25 November lalu dan telah berlepas ke London minggu lalu. Memorandum yang diserahkan kepada wakil Felda, Muhamad Ibrahim antaranya menuntut Perdana Menteri menarik balik arahan bercuti itu dan menggugurkan Isa daripada jawatannya.
Mereka diketuai Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berarak kira-kira satu kilometer menuju ke bangunan Felda dengan diawasi kira-kira 30 anggota polis beruniform termasuk polis cawangan khas. Mereka melaungkan "undur Isa Samad", "hidup rakyat" sambil membawa sepanduk bertulis "kami sayang Dzul, benci Isa".
.....seterusnya di;
CUIT SIKIT:
Alangkah molek sekiranya demo ini turut disertai oleh BAPAK, GWGF dan juga MBFM. Barulah nampak kesatuan masyarakat FELDA. Lebih cantik jika JKPP turut hadir.
Jika sekadar ANAK yang tampil, memang mudahlah demo ini dituding sebagai hasutan dan pengaruh pembangkang. 
Andainya warga FELDA tidak bersatu, mudahlah kita dipeletok [ bahasa NS ] atau dipatahkan apa jua isu yang berbangkit.
ANAK pastinya tidak mahu tanah seluas 830 ribu ekar itu digadaikan. Sebaliknya ANAK sudah lama memperjuangkan agar tanah itu diberikan kepada peneroka generasi kedua FELDA.
GWGF dan MBFM tak suka ke dapat tanah? 



12.12.11

DURIAN MELANGGAR MENTIMUN.....

Dengar khabarnya, Pengarah Besar FELDA, Dato' Dzul sudah pun menerima surat arahan bercuti selama 8 bulan. Kenapa lapan bulan?

Kalau cuti 9 bulan mungkin ada kena mengena dengan kes termengandung. Tapi! takkan Dato Dzul mengandung. Tak mungkin.....

Kata mereka yang arif, arahan cuti itu adalah berkaitan dengan rentetan pelbagai kes dan isu berkenaan penyenaraian saham Felda di BSKL.....
Bagi aku, jika tindakan itu benar, ia adalah bersangkut paut dengan tindakan Pak Sam [ Ketua Peneroka ] menzahirkan hasrat untuk menyaman Pengerusi Felda. Dengan sokongan penuh, ahli - ahli JKPP, tindakan Pak Sam itu dilihat sebagai kegagalan Pengarah Besar FELDA mengawal tindak tanduk Ketua - Ketua Peneroka Felda seluruh Malaysia.

Oleh kerana Pengarah Besar FELDA merupakan Pengerusi JKPP, maka tidaklah dapat dipisahkan tanggapan bahawa tindakan Pak Sam itu, mendapat restu daripada Pengerusi JKPP. Lebih jauh, tindakan itu juga dilihat sebagai mewakili suara pengurusan dan pentadbiran Felda tetapi dizahirkan oleh peneroka.

Samada tanggapan itu benar atau tidak, itu bukan lagi isu. Yang menjadi isu, siapa sahaja yang cuba bertindak kontra dengan hasrat pengapungan saham itu, bakal mendapat 'habuan' mereka.

Hendak singkirkan Ketua Peneroka tidak boleh, maka, mentimun seperti Dato Dzul adalah personaliti yang menerima akibat, kerana kedudukan beliau sebagai penjawat awam dan pihak berkuasa kepada para peneroka FELDA Malaysia.

Jika kes ini BENAR, nyatalah durian [ Pengerusi dan Menteri Felda ] telah mula melanggar mentimun [ Pengurusan dan Pentadbiran Felda ]. Nak langgar peneroka, mereka pun durian [ undi pilihanraya ] juga. Terpaksalah Pengurusan dan Pentadbiran dikorbankan sebagai 'kambing hitam'.

Samada pengapungan saham itu membawa keuntungan atau membawa kerugian kepada peneroka dan pentadbiran FELDA, ianya tetap merupakan peluang untuk 'buat duit' kepada segelintir pihak yang bernafsu besar, walau pun berbadan kecil.


CUIT SIKIT:

Peribahasa lama mengatakan begini;

Dia umpama durian, kita ibarat mentimun. Dilanggar pun kita cedera, melanggar pun kita cedera.

Tetapi, dengan sedikit inovasi, jadikanlah durian itu sebagai tempoyak. Apabila durian sudah bertukar menjadi tempoyak, maka berleluasalah mentimun menenyeh tempoyak[ durian ] yang turut disertai oleh sambal belacan.

Amat malang sekiranya, kesan daripada pelanggaran durian dan mentimun ini akan menyebabkan undi PRU berubah arah.

Semasa durian udah bergelar tempoyak, status terbaiknya, hanyalah sebagai KETUA PEMBANGKANG.


LU PIKIR LU BOLEH TERUS BERKUASA?


11.12.11

HOTEL FELDA ; MAHALNYA!.....

Tiba di sebuah bandar tersohor di pantai timur, Wak Lan [seorang peneroka FELDA dari Negeri Sembilan], amat teruja untuk menginap semalam dua di hotel milik Felda yang tersergam indah di pinggir sungai.

Oleh kerana tidak membuat tempahan terlebih dahulu, mahu tidak mahu terpaksalah Wak Lan menerima apa sahaja bilik yang ditawarkan kepadanya. Sementelahan, hotel itu amat laris sempena musim cuti sekolah ini.

" Encik, bilik yang masih kosong harganya lima ratus semalam. Adakah encik setuju?," tanya gadis kaunter kepada Wak Lan.

" Ala baru lima ratus, belum seribu lagi," jawab Wak Lan tanda setuju dengan harga bilik itu.

Setelah selesai urusan pendaftaran masuk, Wak Lan diminta mengikuti seorang kakitangan hotel berkenaan bagi urusan kemasukan bilik di tingkat 20.

" Apa punya hotel ni? Sewa bilik mahal nak mampus, tapi apa pun takda, " komen Wak Lan kepada staf berkenaan.

" Janganlah nak tipu peneroka macam aku ni. Walau pun aku tak sekolah tinggi, aku bukanlah bodoh," tambah Wak Lan dengan suara yang semakin keras dan jelas loghat Jawanya.

" Encik, kami tidak pernah menipu pelanggan kami. Kami sentiasa memberikan yang terbaik. Sesuai dengan nilai yang dibayar oleh pelanggan, " lembut suara staf berkenaan menjawab komen Wak Lan.

" Tak menipu apanya, " Wak Lan bersuara membantah. " Ni, bilik apa ni? TV tak ada, bilik air tak ada, sempit pulak tu .KATIL PUN TAK ADA!, " Wak Lan terus bersuara.

"ENCIK! INI LIF!! BUKAN BILIK ENCIK DI TINGKAT 20 TUUUUUUUUUUUUUUUU, " hampir menjerit staf itu.

CUTI SIKIT:

KAH! KAH! KAH! KIH! KIH! KIH! KOH! KOH! KOH! KUH!KUH! KUH
Benarkah FELDA selalu, kerap kali dan sentiasa menipu peneroka?

7.12.11

JANJI PALONG.....

Janji Palong?
Ya! Janji Palong. Janji yang dilafaz dan dilancarkan di Felda Palong 4,5 & 6 baru - baru ini.
Janji yang dilafaz dan dilancarkan oleh bukan sembarangan sosok. Ianya dibuat oleh Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Janji pasal apa tu?

Bacalah seterusnya.....

CUIT SIKIT:

BAGI AKU, Pro dan kontra berkaitan janji itu adalah melibatkan perkara satu dan dua. Sejak 1991, Felda tidak lagi bergantung kepada bajet kerajaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Bajet pengurusan, pembayaran gaji dan elaun kakitangan,  mengadakan pelbagai program sosial serta membayar kembali hutang pembangunan rancangan kepada kerajaan, adalah dikorek sepenuhnya menerusi pendapatan daripada ladang - ladang FELDA yang 830 ribu ekar itu.

Mantan Pengerusi FELDA, YM Tan Sri Raja Alias telah meninggalkan sejumlah sekitar RM 8 billion tunai kepada pihak pengurusan seterusnya menerusi urustadbir kewangan yang baik dan cekap.

Namun, walau pun Felda mempunyai aset tunai yang banyak ketika itu, sebagai kakitangan, aku mengalami zaman pembaikan rumah bernilai RM 800.00 setiap rumah ketika itu [1990'an-2000]. Tiada apa - apa yang dinikmati oleh Peneroka dan ahli keluarga mereka ketika itu.

Kini, setelah bertukar kepimpinan, kakitangan Felda akan diberikan kemudahan perumahan berwajah baru. Khabarnya ada banglo dan semi-d. Rumah peneroka juga berubah menerusi skim pembaikan dan pembesaran rumah. Anak - anak peneroka dan kakitangan turut menikmati kemudahan pembiayaan pelajaran di peringkat tinggi. Malah, ada yang diberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

SEMUA KEMUDAHAN itu adalah hasil sumbangan ladang - ladang Felda yang diuruskan secara komersil oleh Felda Plantations Sdn. Bhd.

TETAPI, jika tidak diberikan ladang - ladang itu kepada generasi kedua dan ketiga, maknanya, semakin ramailah generasi kedua, ketiga dan seterusnya, tidak akan memiliki apa - apa aset, walau pun mereka masih menetap di rancangan.

Akhirulkalam, demi kepentingan rakyat yang banyak, wajarlah perkara satu dan dua itu dilaksanakan.

Bab bajet pengurusan, biarlah Felda kembali dibiayai oleh kerajaan seperti dulu - dulu. Kalau perlu, kita pinjamlah dari mana - mana pihak yang banyak duit. TAK GITU?

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH