Jumlah Paparan Halaman

29.4.11

Alahai Anak Omak 96.....

Alahai Anak Omak.....96. Wan Jamak 7 game 9 mata. AK-9, 7 game 6 mata.
Selepas 14 perlawanan, pasukan Negeri Sembilan [NS] ni, langsung tidak memberikan impak. Ketua Jurulatih telah bertukar. Penolong Pengurus dah tukar. Ketua Pasukan pun sudah tukar. Pencapaian? Itu je yang belum tukar. 96 dan 69 kan takde beza.
Alahai Anak Omak.....3 aspek AK-9 lebih daripada Wan Jamak ialah SERI , KALAH dan JARINGAN. Mereka sama bab BOLOS. Wan Jamak menang bab MENANG dan MATA.
Yang pastinya, PBNS rugi bab PELABURAN ke atas pasukan musim ini.
Alahai Anak Omak.....lamo sungguh kau tak monang yo! YO! YO! YO! Presiden PBNS pun terpaksa bagi idea kat Ketua Jurulatih. Baru menang buat kali ke 4.
Alahai Anak Omak.....Penonton di Grand Stand dah makin kurang. Itu maknanya mereka dah meluat dengan pasukan NS ni.
Alahai Anak Omak.....baca , kaji dan carilah sendiri salah siapa pencapaiannya begini.....
Alahai Anak Omak.....Ekau memang tak mahu berubah yo?

CUIT SIKIT:

Ontah lah anak omak
Ontah lah anak omak
Tak soghik laie kau jang diumpek oghang
Tak soghik laie kau jang diumpek oghang

Alahai anak omak….Aku cadangkan, PBNS tamatkan sahaja kontrak mana - mana pemain yang tak menyumbang tu. Terutamanya yang bergaji belasan dan puluhan ribu tu. Termasuklah pemain yang kerap menyepak angin [kata orang Jempol, dobuih]. 

AK-9 takkan mampu berbuat apa - apa, sekiranya pemain yang diberikan kepercayaan di padang menyepak angin dan gemar membuat hantaran cantik kepada lawan.

Gantikan mereka ini dengan pemain pelapis dari skuad Piala Presiden. Tak menang pun tak mengapa, maklum je budak -budak.

Nota Kaki:
Makna Tak soghik laie kau jang diumpek oghang: Tak Serik Lagi Engkau Diumpat Orang.
Catatan ini tidak mengambilkira keputusan seri 1-1 dengan Harimau Muda A, selasa lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH