Jumlah Paparan Halaman

1.4.11

Penyu Menangis Siapalah Tahu.....


Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu


Sesak nafasnya sesak (Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak (Tak tahu adik tak tahu)
Bengkak jantungnya bengkak (Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak (Tak tahu adik tak tahu)
Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah air matanya melimpah ruah
Agar terhibur adik terhibur
Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)
Kelabu matanya kelabu (Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu (Tak tahu adik tak tahu)
Sayu jiwanya sayu (Tak tahu adik tak tahu)
Layu langkahnya layu (Tak tahu abang tak tahu)
CUIT SIKIT:
Tak Tahu Aku Tak Tahu
Nak Tahu, tunggulah  2 April ni...
Mampukah Azraai Khor dan Negeri Sembilan a.k.a AK-9 meledak dan membuatkan penyu menangis..

Atau.....penyu tidak MENANGIS sebaliknya penyu MENANG...dan memungkinkan Lagu Apo Kono Eh Jang dan Apo Nak Dikato akan terus berkumandang...
TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU.....

Nota kaki:
Lirik lagu itu diangkat daripada puisi karya J.M. Aziz, nama sebenarnya Abdul Aziz bin Abdul Rahman, anak watan Terengganu.
J.M itu merujuk kepada Jiwa Merana kerana beliau menderita akibat menghidap penyakit kusta.
J.M. Aziz meninggal dunia pada 15 mac 2001 pada usia 65  tahun dan mewariskan pelbagai puisi nukilan beliau untuk kita hayati seterusnya, terutamanya lagu popular Kopratasa, Permata Untuk Isteri.
Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad selaku penyanyi lagu berkenaan, turut meninggalkan kita dengan pelbagai karya seni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH