Datuk Seri Nazri Aziz mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh “Datuk T” bulan lalu, didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Ketua Umum Pakatan Rakyat.
Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu.
“Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah,” kata Nazri kepada The Malaysia Insider.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, gelintar
Di negara Alam Komanwel, Suruhanjaya Diraja merupakan badan kerajaan yang melakukan siasatan awam terhadap isu tertentu.
Suruhanjaya biasanya mempunyai bidang kuasa yang luas, lebih luas daripada seorang hakim, tetapi dihadkan oleh "Syarat Rujukan" Suruhanjaya. Suruhanjaya ditubuhkan oleh Ketua Negara (seperti Raja, Gabenor-Jeneral) atas nasihat kerajaan eksekutif dan ahlinya dilantik melalui surat paten.
Secara amnya, apabila seseorang Ketua Negara mendapati ada keperluan untuk mendapatkan keputusan terperinci daripada satu – satu isu yang melibatkan kepentingan awam dan Negara, maka Suruhanjaya Diraja akan ditubuhkan untuk melakukan siasatan yang melampaui bidang kuasa dan peranan mahkamah.
Dalam konteks Malaysia, makna kepada Suruhanjaya Diraja itu adalah Raja yang menitah siasat serapi mungkin supaya jawapan sebenar diketahui dan dimaklumi orang banyak. Kalau Raja dah menitah siasat, maka siasatlah sebaik mungkin dan jangan senget sebelah.
CUIT SIKIT:
Kalau anda prihatin dengan masalah / isu yang melibatkan kepentingan awam dan Negara ini, berapa banyakkah isu yang melibatkan kepentingan awam yang memerlukan siasatan Suruhanjaya Diraja?
Ada artis muda yang berpakaian tak semenggah di majlis awam. Itu pun perlu disiasat sebabnya kerana berpakaian begitu, ramai pihak tersinggung. Siasatan perlu sebab mereka Melayu dan Islam. Mereka dah melanggar perlembagaan kerana tidak mengamalkan agama rasmi dan melanggar adab serta budaya Melayu. Orang Melayu dan Islam mana boleh tunjuk payudara di tempat awam.
Orang Melayu dan Islam juga serta yang bukan Melayu dan bukan Islam, mana boleh melanggan pelacur dan merakam video aksinya serta menayangkan pula video tersebut kepada awam. Ini mesti disiasat ni.....
Ada Pegawai Kastam hadir ke pejabat SPRM tanpa dipanggil. Itu pun kena siasat. Mana ada orang kena tuduh boleh datang sesuka hati ke premis yang menuduhnya. Apa niatnya? Apa ke jadahnya dia datang ke situ? Apa lemang pulutnya? Itu bukan pejabat dia pun.
Ada Pegawai Imigresen yang makan suap. Ini juga kena siasat. Mengapa pegawai ini makan suap terlalu banyak. Gaji dan elaun mereka tak cukup ke? Kalau tak cukup, mengapa tak mintak tolong dengan Baitulmal.
Ada penagih dadah yang berulang kali menagih setelah berulang kali juga masuk pusat pemulihan. Ini kena siasat juga. Adakah sistem pemulihan kita tak cukup berkesan atau penagih tersebut memang sukakan dadah dan juga seronok masuk pusat serenti.
Ada juga laporan pendatang asing bolos daripada pusat tahanan. Ini mesti disiasat juga. Tidak seronokkah mereka duduk di situ. Segalanya percuma tanpa melakukan sebarang kerja.
Dan perlu juga disiasat mengapa FAM lambat bayar geran tahunan [insentif] kepada Kelab dan Negeri yang menyertai Liga Malaysia.
Paling perlu disiasat, mengapa ada banyak pasukan Liga Malaysia tiada penaja. Kokak sangat ke pasukan itu. Miskin sangat ke korporat negeri berkenaan sehingga tidak mampu menaja pasukan bola sepak negeri sendiri. Takkan nak masyuk je, ulur le sikit beb!
Akhirul kalam, jika semua di atas akan disiasat oleh Suruhanjaya Diraja, maka tubuhkanlah pula Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat mengapa terlalu banyak Suruhanjaya Diraja di wujudkan di Malaysia.
Jawapannya...itu semua berlaku kerana DIA. Jika AKU yang kena, AKU tidak akan suruh sesiapa pun siasat AKU...Tak Gitu?????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan