Jumlah Paparan Halaman

6.4.11

RUGI LAPAN RINGGIT.....


5 April 2011:
8.00 malam:
di kaunter jualan tiket. bertemu hamid ,rakan lama semasa bertugas di jalan dato' hamzah, seremban. minum dan bersembang di gerai stadium.
8.35 malam:
masuk ke stadium.
8.45 malam:
wisel berbunyi. perlawanan bermula.
8.50 malam:
jeritan GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!!gemuruh stadium tuanku abdul rahman, paroi.
9.30 malam:
rehat separuh masa.
9.45 malam:
sambung separuh masa kedua.
10.30 malam:
tamat perlawanan.
keputusan:

CUIT SIKIT:

AK-9 langsung langsung tak meletup. Di sepanjang 90 minit permainan, hanya ada 5 percubaan tepat. 2 terkena tiang, 1 ditepis keluar dengan aksi terbang penjaga gol, 1 ditampan pertahanan di garisan gol dan 1 lagi didakap kemas penjaga gol.
Atas Kiri: Kawasan yang dikhaskan untuk penyokong KL.
Di akhir perlawanan, kira - kira sedozen penyokong KL [KL CITY ULTRAS] yang bersorak gembira sedangkan ribuan penyokong berbaju kuning, pulang hampa.

Aku rugi lapan ringgit.....bukan kerana NS kalah, tetapi yang aku merasa rugi ialah:
  1. Kedua - dua pasukan tidak menunjukkan mereka adalah pasukan profesional dan bermain di Liga Super. Di jersi masing - masing tiada logo jenama penaja pasukan. Pasukan ini tak bagus ke, sehinggakan tiada yang sudi menaja mereka. Perlis yang berada di tangga tercorot pun ada penaja. Ini membuatkan aku berasa seperti menonton perlawanan antara Felda Palong 2 lawan Felda Palong 1 pulak.
  2. NS sebagai pasukan yang terdesak untuk mencari kemenangan bagi menjaga martabat, bermain seperti tidak mahu menang. Mereka bermain tanpa perancang dan jeneral padang khususnya di bahagian midfield. Penghijrahan perancang dan Ketua Pasukan, Rezal Zambery Yahya ke Johor FC, gagal dicari pengganti oleh Wan Jamak. Azraai Khor yang mengambil alih terpaksalah meneruskan perjuangan dengan pemain yang ada. Dan, tiada seorang pun pemain di pasukan NS itu, yang layak dan mampu bermain di posisi yang ditinggalkan oleh Rezal Zambery itu. Mana - mana pasukan yang gagal berkuasa dan menguasai bahagian midfield, biasanya akan kalah di akhir perlawanan.
  3. Melihat kepada persembahan semalam, KPI pasukan untuk menang 3 piala bukan sahaja bakal lebur, nama baik AK 'The Double Treble' itu juga bakal rosak di persada bola sepak tanahair. Ingatkan betul - betul AK-9, rupa - rupanya ia hanyalah sepucuk pistol air [rujuk gambar pertama].
Akhirul kalam penutup bicara, para pemain NS, ubahlah mentaliti main untuk gaji kepada main untuk menang, kerana walaupun rata - rata anda bukan anak watan NS, ingatlah, penyokong setia anda adalah anak watan NS. Kasihanilah, hargailah pengorbanan mereka yang bukan sedikit.....
ULTRAS NS MENGHIBURKAN PENONTON DI LUAR STADIUM SELEPAS TAMAT PERLAWANAN

TERIMA KASIH ULTRAS NS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

1 ulasan:

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH