Semalam....aktiviti aku agak berbeza daripada biasa.
Menonton bola sepak Liga Malaysia tidak seperti kebiasaannya iaitu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Pastinya, kali ini, pasukan tuan rumah yang menjadi tontonan aku, bukan Negeri Sembilan.
Kali ini, kebetulan dengan program keluarga, aku ke Stadium Shah Alam. Menonton Liga Malaysia di salah satu stadium terbesar bukan sahaja di negara ini malah, di Asia Tenggara. Ya, Stadium Shah Alam adalah salah satu stadium terbesar di Asia Tenggara.
Setiap kali Pelita Jaya menjadi tuan rumah, Safee Sali hanya bermain di Stadium Singaperbangsa, Kerawang dengan muatan 12 ribu penonton. Ianya adalah 5 kali kurang berbanding dengan muatan penonton Stadium Shah Alam. Pastinya suasana penonton itu jauh daripada kebiasaan apabila beliau turun bermain di Shah Alam.
Perlawanan yang aku tonton semalam
Tiket
Keputusan
Mengapa aku memilih untuk menonton pertemuan Selangor dan Pahang. Bukan Negeri Sembilan dan Terengganu.
Pertama, kerana petang semalam aku sememangnya berada di sekitar Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Keduanya, aku ingin melihat pra perlawanan akhir Piala FA 2011 yang dijangka akan berlangsung di stadium yang sama dan akan disertai oleh dua pasukan yang serupa.
Ertinya, aku memilih Selangor dan Pahang, bukan Terengganu dan Kelantan yang akan ke final Piala Fa tahun ini. Maksudnya, aku ingin menyaksikan terlebih dahulu lagak dua calon finalis Piala FA aku itu.
Gambaran awal aku, Selangor lebih bernasib baik kerana mereka berjaya menjaringkan 2 gol di lima minit pertama perlawanan. Pahang pula, di sebalik permainan individu yang cantik, hanya berjaya mendapatkan gol saguhati di lima minit terakhir permainan. Itu sahaja yang membezakan mereka.
Akhirnya,
CUIT SIKIT:Aku lebih memerhatikan suasana di stadium yang mahal itu. Stadium Singaperbangsa, Kerawang hanya mempunyai muatan 12 ribu, ianya penuh sesak sehingga ke garisan tepi setiap kali perlawanan, walaupun Pelita Jaya kini menduduki tangga terbawah carta Liga Super Indonesia.
Berlainan sekali dengan nasib Selangor yang menduduki tangga kedua teratas carta Liga Super Malaysia sekarang ini. Tiada satu pun aku lihat pemidang sokongan dari Tanjung Karang, Sijangkang, Sabak Bernam, Sekinchan, Kelang serta Shah Alam semalam. Dari mata kasar aku, hanya sekitar lima ribu yang hadir. Itu pun termasuklah penyokong - penyokong Pahang yang agak ramai juga. Bayangkanlah betapa kosongnya stadium itu, apabila hanya 1/12 muatanya terisi. Ke mana hilangnya Kelab Penyokong Red Giants?
Oh! Selangor, sudahlah penyokong pasukan mu tidak semeriah dulu, score board [papan markah] di stadium mahal dan besar itu, hanya menunggu masa untuk tidak boleh digunakan. Satu sudah pun tidak berfungsi dan kelihatan usang. Yang satu itu pun, nampaknya ada masalah besar di skrinnya, apabila warna latarnya sudah tidak sempurna lagi.
Dan, itulah kehebatan warga sukan di Malaysia sebenarnya. Kita mampu dan berbangga dengan keupayaan membina stadium yang mahal dan canggih. Kita juga mampu menyediakan sehingga dua skore board gergasi dan moden. Tetapi, kita tidak pernah menyediakan peruntukan untuk penjagaannya.
Apalah maknanya semua kecanggihan yang kita bina tetapi kita tidak canggih menyediakan peruntukan untuk menjaganya.
Aku cadangkan, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam, selaku pemilik stadium berkenaan mendapatkan penaja untuk menjaga score board itu. Benarkanlah mereka mengiklankan jenama mereka di score board itu.
Itu mungkin lebih menguntungkan semua pihak. FIKIRKANLAH!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan