Carta Terkini Liga Super dan Liga Premier Malaysia 2011 Bandingkan NS dan MP Muar di tangga ketiga tercorot liga masing - masing |
SEKITAR 1970'AN:-
Azraai Khor adalah nama besar bola sepak Kedah. Ketua Pasukan di era 1970'an. Malah beliau adalah antara segelintir pemain Kedah yang merasa nikmat menyarung jersi kebangsaan. Di zaman itu, jika anda bukan pemain pasukan hebat seperti Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Terengganu, jangan mimpilah untuk bermain untuk negara. Zaman itu, Kedah adalah "nobody" di persada bola sepak tanahair.
AK bertanda X |
12 APRIL 2011:-
Kedah bertandang ke Seremban atau lebih tepatnya, Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi untuk perlawanan ke 11 Liga Super Malaysia. Lawannya pastilah pasukan terbaik di seantero Negeri Sembilan iaitu, pasukan Negeri Sembilan yang dipimpin oleh Mohd. Azraai Khor Abdullah [ dahulunya dikenali sebagai Khor Sek Leng ].
Kuning NS : Hijau KEDAH |
Aku kata pasukan Negeri Sembilan [NS] adalah pasukan terbaik seantero Negeri Sembilan adalah kerana seandainya pasukan ini bertemu dengan pasukan estet Gemencheh di Stadium Mini Tampin, pasti mereka boleh menang. Jika mereka menyertai Liga Bahau, mereka mungkin muncul juara. Itu pun setelah bersusah payah mengatasi lawannya dari FELDA PALONG dan FELDA PASOH.
Pasukan NS sekarang ini, setakat ini, tidak layak untuk bermain di Liga Super. Kalaulah pasukan ini berpeluang untuk menyertai Liga Bola Sepak Menteri Pelajaran pun, aku tidak fikir mereka boleh menang. Kerana apa, kerana aku lihat mereka tiada mentaliti untuk menang. Kerana apa, kerana mereka tidak langsung bermain untuk mencapai kemenangan dengan cara bermain menerusi tektik dan teknik untuk menang.
Yang berdiri itu adalah bekas - bekas pemain bola sepak SMK Seri Sendayan |
Pasukan NS ini baik sedikit berbanding pasukan SMK Seri Sendayan kerana para pemainnya bergaji besar. Sedangkan pemain SMK Seri Sendayan adalah pelajar yang tidak bergaji. Lebih kerana kerana mereka datang latihan dengan memandu kereta besar sedangkan pelajar itu hanya menunggang motosikal milik bapa. Setakat gaji dan kenderaan itulah yang membezakan pemain pasukan NS dan pemain pasukan SMK Seri Sendayan. Cara permainan adalah sama. berMAIN - MAIN di padang. Akibatnya, NS dulu JUARA sekarang MANGSA.....Nama gah AK juga turut terjejas...dulu standard STATE, sekarang standard ESTET......
CUIT SIKIT:
Di akhir permainan, macam biasalah, yang kalah tanpa rasa malu dan juga tanpa rasa bersalah ialah pasukan NS yang gemar pakai jersi warna kuning tu..NS 0 KEDAH 2. Seperti biasa, AK-9 terus gagal menembak lawan. Seperti selalu, AK juga yang kena menjawab dengan media dan Tuan Presiden. Pemain cam hampeh tu..tidak perlu menjawab apa - apa.
Namun, tidak seperi biasa, ada perubahan berlaku di luar pintu masuk utama selepas perlawanan...
Ahli - Ahli N9futbol menyanyi lagu bantahan di akhir perlawanan |
Yang kat bawah ni..apa kes pulak?
Para penyokong setia terdiri ahli-ahli beberapa kelab penyokong bolasepak Negeri Sembilan ini mengadakan protes secara aman dengan melaungkan nyanyian bersemangat mahukan Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan menang dan dapat mengembalikan maruah sebagai pasukan yang disegani.
Kejadian ini memberikan isyarat kepada pihak pengurusan bolasepak Negeri Sembilan untuk mengambil langkah sewajarnya supaya permainan bolasepak yang menjadi antara sukan paling diminati ini terus mendapat tempat dihati peminat seterusnya berkembang maju di Negeri Sembilan..... http://n9kini.com/?cat=12
Hobin Jang Hobin dah bertukar Jang Hobin Jang pulak yo...
TAHNIAH KEDAH kerana MENANG. TERIMA KASIH KEDAH kerana protes anda di Darul Aman telah mengubah status pasukan Kedah dan langkah anda telah diikuti pula oleh N9futbol dan ULTRAS NS...PROTES KE ARAH KEBAIKAN ADALAH SATU KEPERLUAN DAN TANDA SAYANG KEPADA PASUKAN....supaya pasukan negeri mencapai standard STATE bukan standard ESTET...
ada komen?
ada komen?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan