Jumlah Paparan Halaman

24.4.11

AK-9 DAH MELETUP, MERAH PADAM DI KOTA BHARU.....

23 April, 2011 hampir ENAM PULUH HARI selepas 26 FEBRUARI 2011.
Inilah Pencapaian Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan di Pusingan Pertama Liga Super Malaysia 2011

57 hari. itulah sela masa yang diperlukan oleh Negeri Sembilan untuk kembali mencatatkan kemenangan di arena bola sepak Malaysia. Lamanya NS berpantang untuk menang. Pantang bersalin pun cuma 45 hari.

HARI INI [23 April]: NS 3 PAHANG 1.

CUIT SIKIT:-

Mungkin kemenangan hari ini akan menyuntik keyakinan untuk mencapai lebih banyak kemenangan. Ya! Mungkin. Tetapi, persembahannya masih goyah dan bagi aku, ianya tidak cukup sekadar menang. Yang paling mustahak ialah, menang secara konsisten dan menerusi permainan yang tersusun dan ada teknik dan tektikalnya untuk menang.

Satu yang positif ialah, anak - anak watan NS mewarnai hampir keseluruhan kesebelasan utamanya. Mereka bukan bintang tersohor, tetapi iltizam mereka mengatasi segalanya.

Jadilah sebagai permulaan untuk penyokong setia yang semakin berkurang untuk meraikan sesuatu di Stadium Tuanku Abdul Rahman itu. Tetapi untuk memenuhi KPI pasukan, mungkin jauh panggang daripada api. Tatkala Piala FA dah terlepas, Juara Liga Super yang menjadi idaman pun mungkin terlepas. Hanya Piala Malaysia yang masih boleh diharapkan.

Apa pun, tahniah kerana AK-9 dah mula meletup setelah jentera serangan diterajui Firdaus King Azizul, anak watan NS dan bukannya penyerang import dari Perlis dan Terengganu tu.....


26 April, 2011, hari Selasa. Hari bekerja bagi yang masih bekerja secara Isnin hingga Jumaat. Mungkin juga hari bekerja untuk mereka yang bekerja tidak menentu. Ap jua aktiviti anda, kaki bola tentunya menanti tarikh itu dengan penuh minat.

Jam 8.45 malam, 26 April, 2011, dua pasukan yang berlatarkan MERAH akan turun bertarung di Kota Bahru. Hebatnya dua pasukan MERAH yang mempunyai cerita tersendiri dan menarik apabila mereka bertemu sejak tiga tahun terakhir ini.

Apabila PAHLAWAN MERAH bertentangan dengan GERGASI MERAH, pasti satu daripadanya akan MERAH PADAM....tunggulah Selasa ini.
CUIT SIKIT:- 

SSMK IV, KB: ARENA PERTRUNGAN DUA MERAH
Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Kota Bharu, belum pernah menjanjikan SYURGA buat lawannya. Pasukan dengan bajet juta -  juta seperti FELDA UNITED itu pun, pulang dengan setengah dozen gol dari Kota Bharu. Tetapi Sabah berjaya mendapat satu mata di sana.

Sorotan awal aku bab pertarungan ini, yang bakal MERAH PADAM ialah pasukan yang paling tertekan dan membuat kesilapan secara individu khususnya di bahagian pertahanan.

Dan, pasukan yang bakal MERAH PADAM itu, ialah KELANTAN. Dalilnya, mereka bakal tertekan dengan harapan tinggi penyokong fanatik mereka. Khabarnya, pasukan itu juga mempunyai masalah dalaman. Dan paling penting, walaupun mempunyai rekod jaringan yang baik, Kelantan juga juga mempunyai rekod BOLOS yang agak buruk.....
Di pertarungan penting ini pastinya, kedua - dua pasukan akan memfokuskan kepada pertahanan sebelum bertindak menyerang. Di sinilah kekuatan Selangor Gergasi Merah, berbanding Kelantan Sang Pahlawan Merah itu.

Selamat bertarung Sang Pahlawan Merah, dan bersedialah untuk menjadi SI MERAH PADAM.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH