Jumlah Paparan Halaman

4.4.11

KUALA LUMPUR DATANG LAGI.....

4 FEBRUARI 2011...PUSINGAN KEDUA PIALA FA.....JUARA BERTAHAN TERSINGKIR KEPADA PASUKAN LEMAH.....

NEGERI SEMBILAN, Juara bertahan Piala FA tewas menerusi sepakan penalti [2-4] kepada Kuala Lumpur. Semuanya angkara 26 peluang terhidang gagal diterjemah kepada gol.

Natijah kekalahan tersebut, Wan Jamak bergoncang. Rumah Kaca di Medan Rahang bergegar..Akhirnya, Wan Jamak mengundur diri daripada pasukan.
Azraai Khor "The Double Treble" mengambil alih dan mendapat jolokan AK-9.  2 April lalu, AK-9 mempamerkan sedikit peningkatan, apabila seri 1-1 dengan Terengganu, pasukan yang lebih atas di carta liga.

5 APRIL 2011, Kuala Lumpur datang lagi untuk menambah garam di luka pasukan NS yang masih belum sembuh sepenuhnya....AK-9 meledak atau tidak?
CUIT SIKIT:

Jika AK-9 masih tidak meletup dan meledak malam esok [5 April 2011], aku tak tahulah apa penyakit yang sebenar yang telah melanda NS. Sebabnya, carta terkini liga menunjukkan NS adalah 'sikit atas' berbanding KL. Turun di gelanggang sendiri dan pastinya masih mendapat sokongan padu peminat tegar, NS tiada sebab untuk kalah.
Kalau masih kalah, mungkin sampai masanya, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan [PBNS] mengkaji pula sumbangan dan komitmen kesebelasan utama pasukan yang rata - rata bukan terdiri daripada anak watan Negeri Sembilan.

Aku tidak persoalkan status profesional mereka, tetapi ada waktu dan ketikanya kita juga perlu mengharapkan sikap di mana bumi di pijak : di situ langit di junjung.

Kok AK-9 masih tidak meledak, mungkin kita tukar pula dengan yang ini.....
Apa kata anda?????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH