Aku fikir:-
Seandainya diadakan majlis gah dan gilang gemilang untuk bola sepak Malaysia hujung minggu ini, Negeri Sembilan [NS] akan memenangi beberapa anugerah kategori...daripada lapan yang dipertandingkan...
Kategori Pertama: Akan diumumkan oleh ketua penjaga pintu masuk.
Calon - calonnya...
CUIT SIKIT:
YES! YES! YES!...NS menang kategori SERI PALING SEDIKIT. MENANG PALING SEDIKIT dapat kat PERLIS.
Jangan riang sangat. Ada lagi pengumuman dan penyampaian trofi selepas ini. TUNGGUUUUU.
Berikut diumumkan pemenang kategori KALAH PALING BANYAK dan kategori JARINGAN PALING SEDIKIT.
Dijemput Tukang Urut Pasukan, untuk meneruskan acara..
CUIT SIKIT:
Cisss... KALAH PALING BANYAK NS tak boleh menang. Sedihnya....sedihhhhhhhhhhhhh sangat. Kalah satu point je TU.
MARAH ni! MARAH TAUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!
Jangan Marah. TUNGGUUUUU. Banyak lagi kategori belum diumumkan.
Diumumkan Kategori Seterusnya....
Dijemput kitman untuk mengumumkan calon - calonnya....
CUIT SIKIT:
Laaa... bab BOLOS PALING BANYAK dengan DEFISIT GOL PALING BANYAK pun NS tak boleh menang. Aparaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Yang KELANTAN & PAHANG masuk campur kategori BOLOS PALING BANYAK tu apa hal?
Ko tau tak aku tengah marah nih?
Sobar jang sobar...lepas ni buleh monang kot...
Dijemput pula ketua pengutip bola untuk menyampaikan trofi kepada pemenang kategori seterusnya...rollllllllllllllllllllllllllllllllllllllll vc.
CUIT SIKIT:
PERLIS LAGI! HUH! Mana NS? Kategori seterusnya apa?
Abih dah...
Laa..dah habis ke anugerahnya?
Bajet ciput je..buat sikit je la kategori.
Lambat sikit bayar geran tahunan pun korang dah memekak kat surat khabar. Tu yang dah tak boleh nak rolling bajet tu.
Yang NS menang tadi camno rupa trofi eh?
Ni ah..tengok la sendiri...
Woi..hebat trofi ni..pamer kat stadium baguih jugak nih....
CUIT SIKIT:-
Itulah yang berlaku setakat ini. Dan, majlis anugerah itu hanyalah khayalan aku sahaja. Yang pastinya, Sabtu ini, di Stadium Utama Negeri, Kangar, Perlis ada pertemuan menarik yang mungkin tidak akan disiarkan secara langsung oleh pemegang hak siaran. Maklumlah, dua - dua pasukan adalah ekslusif dan mahal...SEBABnya:
DUA - DUANYA SENGAL DAN SEDANG BEREBUT ANUGERAH PASUKAN LIGA SUPER PALING SENGAL 2011....dan, sekiranya rekod TANPA MENANG MILIK PERLIS dipecahkan Sabtu ini, sahlah NS adalah pasukan tersengal di dunia ini......
TAK GITU?????
Kalau betul ada trofi untuk pasukan PALING SENGAL MUSIM INI, gamaknya inilah rupa trofi tu...
JANGAN MARAH HEH! memang aku perli korang pun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan