Jumlah Paparan Halaman

11.4.11

REFORMASI & TRANSFORMASI YANG GAGAL.....


Tanda X: Azraai Khor semasa bergelar Ketua Pasukan Kedah

12 APRIL 2011:- Liga Super Malaysia akan mepertemukan kesemua 14 pasukan bagi perlawanan kesebelas masing - masing.


EMPAT daripada 7 perlawanan yang aku fikir menarik untuk diikuti. Samada tonton sendiri di stadium atau tonton siaran langsung oleh pemegang hak siaran dan boleh juga sekadar mengambil tahu keputusan. Terpulang kepada anda.

PERAK lawan KELANTAN: Datuk M. Karathu, mantan pemain dan Ketua Jurulatih Perak kini bersama - sama Kelantan - Penghulu Liga Super setakat 9 April lalu.

Dua pasukan sebumbung, Terengganu dan T- Team [Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu] bertemu sesama sendiri. Menariknya, mantan pemain kedua - dua pasukan saling bertemu dan berentap esok.

Sabtu lalu, 9 April: FELDA United melepaskan enam [setengah dozen] gol kepada Kelantan, Selangor tewas kepada T- Team. Esok kedua - duanya perlu bangkit untuk membuktikan kekalahan terkini itu, tidak mengganggu prestasi keseluruhan pasukan.

Negeri Sembilan mengambil anak jati Kedah, Azraai Khor Abdullah sebagai Ketua Jurulatih untuk menggantikan Wan Jamak. Khabar mutakhir, Wan Jamak akan melatih Kedah, menggantikan Haji Ahmad Yusof. Esok, Negeri Sembilan pimpinan Azraai Khor akan melayan kunjungan Kedah di Paroi.

Menarik untuk terus dibincangkan ialah bagaimana reformasi dan transformasi yang dibuat oleh Negeri Sembilan dan Kedah angkara tragedi 4 Mac 2011 [sila baca Bukan Satu Tapi Dua].

Himpunan Berita Reformasi dan Tranformasi Negeri Sembilan dan Kedah

Reformasi dan transformasi yang dibuat oleh Kedah, bagi aku menampakkan kejayaan. Pasukan ini mencapai kejayaan lebih baik dan lebih banyak selepas Ahmad Yusof direhatkan.

Negeri Sembilan yang lebih mendambakan kejayaan selepas dibimbing AK-9, nampaknya seperti tidak berubah. Masih ditakuk lama.

Carta Terkini Liga Super:-
CUIT SIKIT:

Perubahan yang dituntut, menerusi Reformasi dan Transformasi, tidak semestinya menjadi. Bola sepak merupakan sukan berpasukan yang paling unik kerana melibatkan banyak posisi, banyak sistem tektikal, pelbagai teknikal. Dan paling penting, melibatkan banyak kepala. Luar dan dalam padang.

Di Kedah, sebelum Reformasi dan Transformasi pasukan, mereka mengutip 8 mata daripada 6 perlawanan. Dua menang, dua seri dan dua kalah. Selepas melaksanakan Reformasi dan Transformasi Ketua Jurulatih, mereka nampak berjaya. Mereka memungut 9 mata daripad 4 perlawanan selepas itu [3 menang 1 kalah]. Malangnya, Radhi Mohd. Din selaku Pemangku Ketua Jurulatih sekarang ini, tidak mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk bergelar Ketua Jurulatih. Beliau tiada lesen jurulatih kelas A seperti yang disyaratkan oleh FAM.

Setelah lama menjadi pembantu kepada AK, mengapa dan kenapa Radhi tiada lesen kelas A, tidaklah pula aku ketahui sebabnya. Mungkin beliau yang tidak mahu melakukan Reformasi dan Transformasi untuk diri sendiri. Itu andaian aku, dan bukanlah tajuk perbincangan ini.

Reformasi dan Transformasi yang dilakukan oleh Negeri Sembilan menerusi pengambilan AK-9 menemui jalan buntu. Wan Jamak memungut 9 mata menerusi 7 perlawanan [3menang dan 4 kalah]. Purata 1.29 mata setiap perlawanan.

Ak-9 memungut 2 mata daripada 3 perlawanan. Dua seri dan satu kalah. Purata 0.67 mata setiap perlawanan.

Kenapa NS masih kurang berjaya walapun telah melaksanakan Reformasi dan Transformasi yang drastik?

Jawapan aku, pasukan ini telah melakukan kesilapan lebih awal. Semasa urusan perpindahan pemain lagi. Bukan kesilapan sekarang. Dan tentunya, bukan kesilapan AK-9.

Melepaskan Rezal Zambery Yahya [JENERAL PADANG], ke Johor FC adalah satu kesilapan NS. Tambah silap ialah, mengambil pula G. Mahathevan daripada PKNS FC, seorang pemain tinggi lampai tetapi tiada kepantasan dan skil untuk menjadi penggerak serangan pasukan.
Rezal Zambery Yahya: Ketua Pasukan dan Perancangan Kejayaan NS

Lantaran tiada JENERAL PADANG itulah, NS terus merana walau pun dilatih oleh AK "The Double Treble" itu. Sehebat mana sekali pun penyerang yang ada, seandainya tidak mendapat umpanan yang berkualiti daripada perancang pasukan, tentu sukar untuk mereka menembusi kubu lawan. Jika tidak mampu menjaringkan gol, mana mungkin pasukan itu boleh menang.

Ibarat sebuah orkestra yang mempunyai pencipta lagu yang baik serta pemain instrumen yang handal, tanpa Konduktor yang mahir tentang muzik, persembahan orkestra berkenaan pasti sumbang dan memeritkan telinga.

Semua yang bertaraf kebangsaan dan mantan kebangsaan ada di pasukan NS. Yang tiada hanyalah seorang JENERAL PADANG yang mahir mengawal rentak permainan dan mengatur serangan. Jangan sampai "Double Treble" menjadi "Double Trouble" sudah le....

Apo Nak Dikato Jang, Cempodak Dah Jadi Nangko,
Apo Nak Buek Jang, Dulu Juaro Sekarang Mangso.....
MALAM ESOK PUN MUNGKIN MENJADI MANGSO KENARI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH