Jumlah Paparan Halaman

17.4.11

AKHIRNYA SAH NSengal.....


16 April 2011. Tempatnya: Stadium Utama Negeri, Kangar, Perlis. Liga Super 2011
singa utara PERLIS lawan NEGERI SEMBILAN sang ruso
Status sebelum perlawanan:
PERLIS; MENANG 0 SERI 4 KALAH 7 POSISI 14/14
NEGERI SEMBILAN; MENANG 3 SERI 2 KALAH 6 POSISI 12/14

DUA - DUANYA SENGAL DAN SEDANG BEREBUT ANUGERAH PASUKAN LIGA SUPER PALING SENGAL 2011....dan, sekiranya rekod TANPA MENANG MILIK PERLIS dipecahkan Sabtu ini, sahlah NS adalah pasukan tersengal di dunia ini......
TAK GITU?????
Itu lah ayat di posting sebelum ini bertajuk Anugerah Bola Sepak.
Akhirnya, keraguan aku terjawab:
CUIT SIKIT:
Apo Kono Eh Jang?
Apo Dah Jadi Jang?
Apo Nak Dikato?


DAN, aku menyalahkan mereka yang mentauliahkan diri mereka sendiri sebagai pakar bola sepak Negeri Sembilan kerana merombak pasukan secara drastik di awal musim.

Melepaskan pemain berpengaruh seperti Rezal Zambery Yahya itu, adalah kesalahan terbesar pakar – pakar itu. Gagal mendapatkan penggantinya adalah kesilapan terbesar mereka.

Aku harap Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan [PBNS] mencari dan membebankan kesilapan ini kepada pakar – pakar itu. Jika SPRM perlu masuk campur di dalam pencarian itu, benarkanlah mereka menyiasat.

Bukan sekarang yang menjadi punca tetapi semasa persediaan pasukan di awal musim yang perlu disiasat.
Siasatlah apa sebenarnya yang dikaji sehingga pemain - pemain itu bergaji belasan ribu tetapi aksi di padang bukan sahaja memualkan, tetapi menimbulkan tandatanya kerana mutu permainan mereka tidak jauh berbeza dengan pemain - pemain pelapis [Piala Presiden] Negeri Sembilan.

Mungkinkah ada yang membuat "top-up" di kontrak pemain dan berkongsi imbuhan setiap bulan. SIAPA TAHU? kalau nak tahu, siasatlah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH