Syarat ketat jadi ketua kampung
May 2, 2011 by mail Filed under Program Adun Leave a Comment
KUALA KLAWANG – Keutamaan untuk memegang jawatan ketua kampung akan dihadkan kepada mereka yang berusia 60 tahun dan ke bawah serta memiliki kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna :dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hashim Rusdi berkata, secara rasionalnya tindakan itu adalah bagi memastikan ketua kampung dapat berkhidmat dengan baik dan cemerlang.
Menurutnya, pada usia itu seseorang individu masih mampu menjalankan tugas dengan baik dan sihat dari segi tubuh badan, manakala syarat kelulusan minima SPM pula ditetapkan bagi memastikan ketua kampung mempunyai pengetahuan tentang pentadbiran dan sebarang prosedur berkaitan tugas mereka serta yang penting mereka boleh menulis dan membaca dengan baik.
“Syarat-syarat yang ditetapkan ini bersesuaian dengan keadaan hari ini, di mana ramai golongan cerdik pandai yang lahir daripada arus pembangunan negara. Justeru peranan dan tanggungjawab seseorang ketua kampung tidak boleh dipandang ringan.
Wajah - Wajah Sebahagian Ketua Kampung di Negeri Sembilan. Mampukah OTAI ini menguasai IT di usia begini? |
“Saya berharap mereka yang diberi kepercayaan memegang jawatan ini hendaklah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dan melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan bagi memastikan kesejahteraan penduduk kampung,” katanya.
Hashim berkata sedemikian semasa berucap merasmikan Program Santai Bersama Rakyat di Kampung Kemin, dekat sini, semalam.
CUIT SIKIT:
Aku sokong penuh cadangan ini dilaksanakan terutamanya di rancangan - rancangan FELDA seperti Palong Satu hingga Palong 8 tu. Tidak ketinggalan juga sebahagian rancangan FELDA di gugusan Lui dan Pasoh, Jelai dan Rokan.
Rancangan FELDA yang bertaraf OTAI dan sudah hampir dua kali di tanam semula ini adalah sebahagian daripada pengamal urustadbir kampung oleh JKKK bukan JKKR.
Sampai masanya, sewajarnya, sewajibnya diketuai pentadbiran kampungnya oleh Orang Muda kerana mencari peneroka pertama di bawah usia 60 tahun dan mempunyai sijil SPM di rancangan berkenaan adalah seumpama mencari padi di kebun teh.
Tetapi dengan syarat:
Orang Muda itu wajib menetap di rancangan itu dan bercampur masyarakat.
Orang Muda itu mempunyai karisma selaku pemimpin. Bukan Pak Turut.
Orang Muda itu sanggup bekerja sukarela 24 jam sehari, 30 hari sebulan dan 365 hari setahun.
Paling penting, Orang Muda itu, bukan jenis TAKUT BINI dan perlu berada di rumah sebelum jam 7.00 malam.
Lesen keluar rumah mesti besar bang. Maklum sahaja Ketua Kampung ini, banyak urusan dan remeh - temehnya.

Soalannya, mahukah Orang Tua di rancangan, berKETUAkan Orang Muda? Terutamanya Orang Tua yang jenis mahu menjadikan Jawatan Ketua Kampung itu, milik peribadinya sepanjang hayat? Tambahan pula elaun Ketua Kampung semakin meningkat.
Renungkanlah.....mahukah BAPAK berketuakan ANAK?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan