03 Mei 2011, semakin jelas 1 daripada 3 pasukan teratas bakal menjulang Kejuaraan Liga Super Malaysia 2011. Dan semakin nyata, persaingan akan melibatkan dua pasukan pantai timur dan satu pasukan pantai barat bersaing sesama mereka.
Kelantan masih di atas selepas memintas Selangor pada 30 April. Mulai 6 Mei, mereka ada baki 4 perlawanan di gelanggang sendiri dan 5 di gelanggang lawan. 3 perlawanan besar bertanda kuning.
Selangor pasukan pilihan utama aku, mempunyai baki 5 perlawanan di gelanggang sendiri dan 4 di gelanggang lawan. Tiga perlawanan besar buat mereka termasuk bertemu Kedah di Alor Setar. Tanpa seorang penyerang yang mantap dan konsisten, aku tidak lagi melihat Selangor sebagai pilihan utama untuk menjuarai Liga Super musim ini.
Terengganu, negeri Penyu Menangis ini dalam diam - diam adalah pasukan yang menjadi calon utama untuk bergelar JUARA LIGA SUPER MALAYSIA 2011. Lihat sahaja, hampir kesemua baki perlawanan adalah di gelanggang sendiri. Dan, mereka belum kalah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terenganu. Dua kekalahan mereka setakat ini adalah di gelanggang lawan. Kekalahan pertama mereka pada 15 Februari 2011, 2-3 kepada Selangor dan pada 12 Mac pula, keputusannya Kedah 2 Terengganu 1.
Dengan penyusunan jadual Liga Super seperti di atas, musim ini seumpama dicipta untuk TERENGGANU. Hanya kemerosotan secara mendadak akan memisahkan mereka daripada kejuaraan Liga Super pertama mereka.
Terengganu sebenarnya, juga berpeluang untuk merangkul Piala FA apabila dijadualkan bertemu Pahang [nombor 11 carta liga] di peringkat separuh akhir, dan dijangka mudah layak ke pertandingan akhir bertemu salah satu pasukan di bawah;
CUIT SIKIT:
Menjadi persoalan, mampukah skuad kendalian Haji Irfan Bakti ini terus cemerlang dan tidak diganggu masalah kemerosotan prestasi secara tiba - tiba?
Itulah senario pasukan Terengganu sejak 3 musim terakhir. Mencabar dan mencabar tetapi terkulai di akhir musim.
Itulah senario pasukan Terengganu sejak 3 musim terakhir. Mencabar dan mencabar tetapi terkulai di akhir musim.
Semoga penyu tidak menangis lagi musim ini atau sang penyu terpaksa menelan satu lagi kepahitan di akhir musim, sama - sama kita tunggu pada 6 Jun ini, apabila mereka bertemu Kelantan di Kuala Terengganu.
Kalu Dok Sekarang, Bile Lagi? Ke Guane Kate?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan