Jumlah Paparan Halaman

25.5.11

SUKARNYA NAIK PANGKAT.....

Wednesday, May 25, 2011
Format Liga Super 2012 diputus bulan depan
NASIB juara Liga Premier musim ini, PKNS FC dan naib juaranya, Sarawak hanya akan diketahui selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) awal bulan depan.
PKNS FC dan Sarawak sepatutnya layak untuk beraksi pada Liga Super 2012 berdasarkan kejayaan mereka menduduki dua slot teratas Liga Premier musim ini.
Namun kebimbangan dirasai kedua-dua pasukan itu berikutan cadangan ‘tiba-tiba’ Jawatankuasa Malaysia Super League (MSL) pada bulan lalu untuk mengurangkan jumlah pasukan dalam Liga Super 2012 daripada 14 kepada 12 pasukan.
Timbul pelbagai spekulasi termasuk kedua-dua pasukan itu tidak akan layak secara automatik ke Liga Super 2012 dan perlu mengharungi aksi playoff.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya masih tidak dapat membuat sebarang ketetapan berhubung perkara tersebut buat masa ini.
“Saya mohon maaf kerana tidak dapat mengumumkannya lagi. Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM akan membentangkan perkara ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang akan datang.
“Jadi adalah lebih baik atau adil Pengerusi JKPT FAM membentangkan terlebih dahulu perkara ini. Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif dijangka berlangsung awal Jun ini,” kata Azzuddin ketika ditemui di Hotel Saujana, Subang pagi semalam.
Jawatankuasa MSL dipengerusikan Tan Sri Annuar Musa manakala JKPT dipengerusikan Datuk Hamidin Mohd. Amin yang kini sedang mengerjakan umrah.
Namun adalah sesuatu yang tidak adil andai PKNS FC dan Sarawak dinafikan tempat ke Liga Super 2012 kerana cadangan Jawatankuasa MSL itu hanya dibuat ketika saingan musim ini sedang rancak berlangsung.
Andai pengurangan kepada 12 pasukan itu tetap mahu dibuat, adalah lebih wajar ia hanya dilaksanakan pada Liga Super 2013 dan pengumumannya pula perlulah dibuat sebelum saingan Liga Malaysia 2012 bermula.
Posted by Wan Fakhrul Wan Bakar at 1:01 AM |

CUIT SIKIT:
Kalau aku yang buat keputusan, dua pasukan terbaik Liga Premier seperti di bawah ini, akan naik pangkat ke Liga Super 2012.

Sama seperti musim - musim lalu, kejayaan di Liga Premier adalah satu kecemerlangan. Hadiah kepada kecemerlangan itu, pastinya kenaikan pangkat atau naik kelas pada tahun hadapan.
Satu perkara penting, Jawatankuasa Malaysia Super League telah mengesyorkan supaya Liga Super yang sesak jadualnya tahun ini dikurangkan penyertaannya kepada 12 pasukan atau kurang pada tahun hadapan. Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum menerima dan mengesahkan syor ini.
Katakanlah syor itu diterima oleh Jawatankuasa Eksekutif  FAM, bagi aku, PKNS dan SARAWAK tidak boleh dinafikan peluang kenaikan pangkat mereka hanya kerana niat untuk mengurangkan jumlah pasukan di Liga Super musim hadapan.
Biarkanlah mereka naik pangkat. Dalamasa yang sama banyakkanlah pasukan yang bakal turun pangkat. Contohnya, jika FAM ingin menghadkan penyertaan di Liga Super tahun hadapan kepada 12 pasukan, maka gunakanlah sifir:
 2 naik 4 turun.
Dua pasukan terbaik Liga Premier dinaikkan pangkat ke Liga Super. Manakala empat pasukan yang hancus dan bungkur [bahasa Negeri Sembilan yang merujuk kepada gagal], turunkanlah mereka ke Liga Premier. Apa yang susah sangat.....
TETAPI,
Sebelum anda bersetuju dengan saya, anda perlu halusi dahulu kedudukan empat pasukan yang hancus dan bungkur itu. Bolehkah sifir 2 naik 4 turun itu dipraktikkan sekiranya ada pasukan yang bernama Pahang di kelompok itu. LU FIKIRlah.....
Nota Kaki:-
PAHANG adalah satu - satunya pasukan di Liga Super ini yang tidak pernah bermain di tahap divisyen 2 di sepanjang sejarah Liga Semi Profesional dan Profesional dilangsungkan di Malaysia.
Pernah berlaku, Pahang sah turun ke Liga Perdana ketika itu, tetapi FAM membuat langkah drastik membesarkan saiz Liga Super dengan menambah pasukan untuk naik pangkat ke Liga Super dan mengurangkan pasukan yang turun pangkat ke Liga Perdana. Jika tidak silap aku, ianya berlaku di musim ketiga atau keempat Liga Super dan Liga Premier dilaksanakan di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH