Jumaat 20 Mei 2011 ini, berkemungkinan besar Juara Baru Liga Premier Malaysia akan ditabalkan.
Pentas buat sang juara baru ini seperti telah tersedia setelah kempunan musim lalu. Tahun lalu, sepatutnya mereka menduduki tangga kedua Liga Premier dan layak ke Liga Super musim ini. tetapi, angkara kalah kepada Harimau Muda di perlawanan terakhir, mereka hanya mampu menggigit jari di hujung musim. KESIAN DIA! KESIAN DIA! KESIAN DIA!
SIAPA DIA?
DIA adalah PKNS FC yang setakat ini belum pernah kalah di Liga Premier. Bagaimana pun, mereka kecundang 1-3 kepada Pahang di pusingan kedua Piala FA.
Ini jadual perlawanan Jumaat ini,
Ini pula perbezaan PKNS dan SARAWAK,
Dan, Inilah PKNS FC,Barisan yang dibawa masuk tahun ini setelah kempunan musim lalu,
CUIT SIKIT:
Pertanyaan aku BILA NAK MENANG tu...khas buat PULAU PINANG. Pasukan yang amat gagah dan perkasa di arena bola sepak Malaysia tahun 60'an hinggalah ke tahun 80'an. Pasukan yang telah melahirkan ramai pemain berbakat dan menjadi ikutan bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat Asia.
Hari ini, Pulau Pinang hanya menanti saat dan ketika sahaja untuk turun bermain di Liga FAM. Sekitar sebulan dua lalu, Pulau Pinang dikatakan telah melancarkan tabung untuk membiayai pengurusan pasukan. Malah, khabarnya YAB PM sendiri turut menghulurkan sumbangan dan bantuan.
Kalau dah YAB PM bagi bantuan, jumlahnya tentulah bukan seribu atau dua ribu. Mungkin ratusan ribu. Mungkin juga mencecah angka juta. Tambahan pula, Presiden FA Pulau Pinang adalah antara YB PKR yang lari dari kem.
Tetapi, malangnya jika PKNS tidak pernah kalah di peringkat liga, Pulau Pinang pula tetap Pi Mai Pi Mai, Tang Tu. Tak Menang Menang.
Sepatutnya, selepas dapat bantuan dan gaji pemain dilunaskan, akan ada kebangkitan daripada pasukan berkenaan. Tetapi nampaknya, tiada perubahan pun. Bak Kata YAB PM tiada transformasi. Atau bantuan itu hanya disebut tetapi duitnya tiada. Sama seperti projek perumahan warga Felda di Triang Tiga. Sebut aje, tapi tak buat.
Sepatutnya, selepas dapat bantuan dan gaji pemain dilunaskan, akan ada kebangkitan daripada pasukan berkenaan. Tetapi nampaknya, tiada perubahan pun. Bak Kata YAB PM tiada transformasi. Atau bantuan itu hanya disebut tetapi duitnya tiada. Sama seperti projek perumahan warga Felda di Triang Tiga. Sebut aje, tapi tak buat.
Aku fikir, kalau nak bantu, jangan sebut aje. Hulur dan sebut mestilah seiringan..TAK GITU?
negeri ke tiga bakal beraksi di liga FAM selepas kelantan dan Melaka
BalasPadam