13 Mei 2011, usai perlawanan pertama separuh akhir [LEG 1] Piala FA 2011.
Keputusan luar dugaan dan luar jangkaan apabila GERGASI MERAH dibelasah PAHLAWAN MERAH.
Harapan untuk melihat pasukan kuning [ PAHANG dan SELANGOR ] ke final amat tipis. Hanya takdir Tuhan yang akan membawa mereka ke final. Sebabnya, sangat jelas pada 16 Mei 2011 nanti, kedua - dua pemenang di atas akan menjadi tuan rumah pula untuk perlawanan kedua {Separuh Akhir LEG 2 }.
Aku tidak tahu mengapa Gergasi Merah tersembam dan tersungkur di kaki Pahlawan Merah, tetapi aku saksikan melalui siaran langsung di tv, kegagalan Pahang bertahan setelah mendahului dua gol kosong. Sebabnya amat jelas, kecederaan menyebabkan Pahang terpaksa membuat pertukaran pemain khususnya di barisan pertahanan.
Amat nyata, yang masuk sebagai pengganti langsng tidak mampu untuk menggantikan tempat itu. Maknanya, pemaian simpanan dan pemain utama tidak sama kualitinya. Terengganu juga menggantikan pemain. Tetapi yang masuk sebagai pengganti itu, memberikan sumbangan yang lebih baik. Itu sahaja perbezaannya.
Satu faktor lagi ialah, Terengganu mendapat dorongan dan sokongan untuk menang oleh para penyokongnya yang memenuhi Stadium Darul Makmur itu.
Satu faktor lagi ialah, Terengganu mendapat dorongan dan sokongan untuk menang oleh para penyokongnya yang memenuhi Stadium Darul Makmur itu.
CUIT SIKIT:
Melihat Stadium Darul Makmur dipenuhi oleh ribuan penyokong Terengganu, aku merasa sedih pulak. Dari kaca tv, tidak kurang 10,000 ribu penyokong Terengganu berada di Stadium Darul Makmur. Dan di celah - celah itulah, tersepit penyokong Pahang.
Selain daripada faktor kecederaan pemain, aku fikir kekalahan Pahang adalah kerana penyokong bola sepak dan rakyat Pahang tidak mahu Pahang menang.
Kalau mereka mahu Pahang menang, pasti mereka akan berduyun -duyun memenuhi setiap ruang tempat duduk seperti di tahun 80'an dahulu. Mereka lebih rela gelanggang mereka dipenuhi penyokong lawan. Inilah padahnya apabila membiarkan BUMI DIPIJAK MENJADI MILIK ORANG....
Fikirkanlah.....guane kata ghodong di Kuantan dan Pekan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan