Jumlah Paparan Halaman

27.2.11

PRK KERDAU - MAKAN SANGKAR BAYAR ORI.....

SUNGAI PAHANG BANYAK MEMBERIKAN SUMBER REZEKI KEPADA PARA PENDUDUK KAMPUNG TRADISONAL KHUSUSNYA YANG MENDIAMI KAWASAN BERHAMPIRAN TEBINGNYA.

SEJAK SEKIAN LAMA, NELAYAN SUNGAI ADALAH SALAH SATU PEKERJAAN TETAP PENDUDUK BERKENAAN. ARWAH ATUK AKU YANG PERNAH BEKERJA DI TEMERLOH, PERNAH BERCERITA, DI SEKITAR TAHUN 50'AN, PARA NELAYAN SUNGAI PAHANG INI  ADA YANG BERSAHABAT DENGAN HANTU AIR BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA MENDAPAT TANGKAPAN IKAN KELAS SATU SEPERTI PATIN BUAH DAN PATIN MUNCUNG. ITU PADA TAHUN 50'AN. SAHIH? KALAU ARWAH TU MENIPU, MAKA MEMBOHONGLAH AKU.

ZAMAN BERUBAH, TEKNOLOGI PERIKANAN BERTAMBAH BAIK. HARI INI, DI SEPANJANG SUNGAI PAHANG, KHUSUSNYA DI DUN KERDAU, MASYARAKAT NELAYAN SUNGAI INI, TIDAK LAGI SECARA TRADISINYA, MEMPERTARUHKAN NYAWA TURUN KE SUNGAI DAN BERSAHABAT DENGAN HANTU AIR UNTUK MENDAPATKAN IKAN PATIN.

HARI INI, MEREKA HANYA PERLU TURUN KE PINGGIR SUNGAI DAN BERDIRI DI SANGKAR UNTUK MENDAPATKAN IKAN PATIN. SUNGGUH MUDAH, SELAMAT DAN SELESA.

WALAU BAGAIMANAPUN, SAMADA IKAN PATIN ITU, IKAN LIAR [ORI] ATAU PUN IKAN PATIN SANGKAR, MASAKAN TERBAIK UNTUKNYA ADALAH GULAI PATIN 
ASAM TEMPOYAK  SEPERTI INI:

CUIT SIKIT:

MASAKAN GULAI PATIN ASAM TEMPOYAK ITU ENAK DIMAKAN BERSAMA - SAMA NASI PANAS DAN BOLEH DIDAPATI DI MANA JUA WARUNG, GERAI DAN RESTORAN DI SEKITAR TEMERLOH DAN KERDAU.

TIPAH TERTIPU LAGI DAN LAGI:

NAMUN, BUAT ANDA YANG PERTAMA KALI KE TEMERLOH ATAU KERDAU, ANDA MUNGKIN AKAN MENIKMATI GULAI PATIN SANGKAR  ASAM TEMPOYAK TETAPI MEMBAYAR ATAU DIBAYAR HARGA GULAI PATIN ORI ASAM TEMPOYAK.
SETAHU AKU:
HANYA HOTEL SERI MALAYSIA DAN SEBUAH RESTORAN BERHAMPIRAN MAYBANK TEMERLOH YANG BENAR - BENAR MENJUAL MASAKAN PATIN LIAR..MERAH DAN BERDESING TELINGA. BUKAN KERANA PEDAS TETAPI...HARGANYA MEMANG MAHAL.
SEBABNYA, JIKA DITANYA TAUKEH WARUNG, GERAI MAHU PUN RESTORAN SAMADA IKAN PATIN ITU ORI ATAU TIDAK, PASTI MEREKA MENJAWAB, ITU PATIN ORI..

MEREKA TIDAK SALAH MENJAWAB SOALAN ATAU PUN MENIPU PELANGGAN SEBABNYA MEMANG PATIN ITU ORI, TAPI ORI DARI SANGKAR LE..

BUKAN SELALU DAPAT NIKMAT PRK NI. TAK GITU GHODONG? KE GUANE?

26.2.11

GWGF TIADA, BAPAK LESAP, MBFM GHAIB...

25 FEBRUARI 2011:
HARIMAU MUDA A [1] LAWAN FELDA UNITED [1]
Liga Super: Harimau Muda A lwn Felda United sambil disaksikan 100 orang penonton termasuk 22 pemain di atas padang.. - via Wan Fakhrul Wan Bakar
 HASRAT PENUBUHAN GWGF antaranya;
Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) adalah sebuah pertubuhan yang merangkumkan beberapa buah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan penting di peringkat akar umbi golongan peneroka dan generasi peneroka Felda. GWGF berperanan sebagai agen perubahan yang menjangkaui aspek yang lebih menyeluruh demi kepentingan para peneroka dan generasi peneroka Felda.
GWGF diterajui oleh Y.Bhg. Tan Sri Rozali Ismail yang merupakan seorang tokoh korporat terkemuka dan anak Felda yang paling berjaya. Beliau dibantu oleh ramai tokoh dari kalangan generasi Felda dari pelbagai latar belakang sama ada tokoh korporat, teknokrat, ahli politik, pemimpin masyarakat dan ahli akademik.
Gabungan tenaga para profesional dari kalangan generasi Felda di seluruh Malaysia menjadikan GWGF sebuah badan yang unggul dan sentiasa bergerak seiring dengan aspirasi dan hasrat kerajaan dalam melahirkan lebih ramai modal insan yang cemerlang dan terbilang.

Visi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) adalah menjadi pemacu dalam merealisasikan hasrat membangunkan Potensi Generasi Baru Felda. Ini adalah sesuai dengan teras keempat FELDA.


CUIT SIKIT:

Sebagai pertubuhan yang kononnya memainkan peranan di peringkat akar umbi, sepatutnya, GWGF, BAPAK dan MBFM, mengambil peranan sebagai kumpulan pertama yang menyokong pasukan bolasepak FELDA UNITED yang merupakan aspirasi YAB PM untuk melihat anak FELDA khususnya menjadikan sukan sebagai cara hidup sihat. Tambahan pula, pejabat GWGF dan BAPAK hanya sekitar 500 meter daripada Stadium Shah Alam, tempat berlangsungnya perlawanan itu. Tak habis sebatang rokok pun. MBFM pula bernaung di Anjung Felda, Kuala Lumpur.
Hari ini, bolasepak adalah sukan nombor wahid [satu], menjadi kegilaan anak muda di Malaysia dan boleh memberikan pendapatan lumayan kepada pemainnya kerana dimainkan secara profesional. Bolasepak bukan lagi sukan petang – petang seperti di waktu kecil Pengerusi GWGF di Felda Gedangsa itu. Bolasepak adalah satu industri dewasa ini. Mungkin juga Presiden MBFM tidak pernah bermain bolasepak semasa kecil di Permanis Satu.
Dengan bermain bolasepak secara betul dan bersungguh – sungguh, seseorang anak FELDA itu mampu menjadikan bolasepak sebagai pekerjaan tetap dan mendatangkan pendapatan lumayan serta mampu menjadi modal insan yang cemerlang dan terbilang sepertimana hasrat penubuhan GWGF dan MBFM itu sendiri.
Membawa anak – anak FELDA Gedangsa, Sungai, Tengi Selatan Sungai Tengi dan Kampung Soeharto  menyokong FELDA United, boleh menjadi batu loncatan untuk mereka menanam hasrat dan mengasah bakat untuk menjadi pemain bolasepak satu hari nanti. Tambahan pula, 6 orang pemain FELDA United itu sendiri, adalah anak FELDA, seperti senarai ini:
1.    Mohd Hazsyafiq bin Hamzah (Generasi Ketiga, Pekan)
2.    Md. Hasmarul Fadzir bin Hassan (Generasi Kedua, Segamat)
3.    Muhammad Juzaili Bin Samion (Generasi Kedua Lurah Bilut)*
4.    Mohd Hamsani bin Ahmad (Generasi Kedua)*
5.    Mohd Nizaruddin bin Yusoff (Generasi Kedua)*
6.    Nik Sahrul Hanizan bin Mohamad (Generasi Kedua Bukit Sagu)
*- pernah bermain untuk Malaysia.
Dan adalah perlu untuk GWGF , BAPAK dan MBFM, turut memberikan sokongan padu kepada penglibatan FELDA di persada bolasepak tanahair menerusi kewujudan FELDA United ini, kerana dari situlah bermulanya bersatu dan penyatuan warga FELDA itu. Janganlah hanya melihat FELDA dan warganya, dari kacamata politik dan kepentingan perniagaan sahaja.
KITAkan FELDA UNITED.
nota kaki;
Wan Fakhrul Wan Bakar adalah wartawan sukan Kosmo!
atau

25.2.11

FELDA DI KERDAU.....

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau diadakan pada 6 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari, - BERNAMA.
APA ADA DI DUN KERDAU
CUIT SIKIT:

Zolkopli Bin Soik - FELDAJengka 25,  A Rahman Bin A Hamid - FELDA Jengka 22 (Terkis) dan   
Samsudin Bin Jantan@ Mohamad - FELDA Jengka 23 (Tonkin)   
Zolkopli Soik
tiga nama di atas adalah orang FELDA yang dijangka paling sibuk di dunia sehingga 6 Mac nanti..selepas tiga nama ini;Arshad Bin Ahmad - FELDA Chempelak, Mohd Timyati Bin Sajiran - FELDA Chemplak Barat  dan  Zolkipli bin Md Yusof  - FELDA Tenang 
Zolkipli Md Yusof
sibuk di DUN Tenang baru - baru ini. Siapa mereka? carilah di sini
Setelah 3 FELDA di DUN Tenang menyumbang lebih 41% undi BN baru - baru ini, pastinya 3 FELDA di DUN Kerdau juga dituntut demikian atau perlu menyumbang lebih lagi.
Pasti dan soheh, DUN Kerdau yang hanya muncul di peta pilihanraya Malaysia mulai 2004 [PRU 11] akan mendapat ADUN yang ketiganya mulai 6 Mac nanti.
Apa yang aku fikirkan ialah, sehingga ke saat ini, calon - calon BN di DUN Kerdau, adalah datangnya dari kawasan di sebelah kiri Sungai Pahang, sedangkan DUN Kerdau mempunyai lebih banyak kawasan di sebelah kanan Sungai Pahang itu.
PETI UNDI DUN KERDAU
Tiadakah umat yang layak dari sebelah kanan Sungai Pahang itu, untuk menjadi calon?
Dan, sampai bila orang FELDA hanya menjadi orang yang mengundi [pengundi] tetapi tidak berpeluang untuk menjadi orang yang diundi [calon]?
Ikut bahasa Kereda, Pahang:
Kabonye ghamey anok Felda hok berjaye..takkan takde hok layok jadi calon?
Terjemahannya:
Khabarnya ramai anak FELDA yang berjaya..takkan tak ada yang layak menjadi calon?
MASANYA SUDAH TIBA BUAT WARGA FELDA UNTUK MENJADI PEMAIN UTAMA DAN ORANG PENTING DI PERSADA POLITIK NEGARA.  JIKA TIDAK MENJADI MENTERI, ANDA MUNGKIN  BOLEH MENJADI PENGERUSI FELDA.
Sampai bila kita hanya bertepuk untuk orang lain, FIKIRKANLAH!!!!!

23.2.11

MENJELANG PRK DUN KERDAU, Jangan Buat Lawak La...

GPW Felda jadi jentera terbaik
KUALA KRAU: Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda diingat menjadi jentera terbaik kepada parti Barisan Nasional (BN) dengan menyampaikan maklumat sebenar kepada pengundi sekali gus mengekalkan Felda sebagai kubu kuat parti berkenaan.
Pengerusi Penerokawati Felda, Puan Seri Bibi Sharliza Mohd Khalid berkata, Felda penyumbang utama undian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan menjadi sasaran terbaik bagi parti pembangkang melakukan ‘serangan’ dengan menimbulkan isu tertentu bagi meraih sokongan.
“Oleh itu. GPW Felda berperanan menerangkan isu sebenar kepada peneroka memandangkan mereka mengetahui dengan baik apa yang berlaku,” katanya pada sidang media selepas Program Gerak Mesra di Felda Jengka 22, semalam.
Dalam program berkenaan, beliau yang juga isteri Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan yang dianjurkan sempena program terbabit termasuk pertandingan gubahan bunga dan memasak.
CUIT SIKIT:

Dua puluh lapan tahun aku berkhidmat bersama FELDA, yang aku tahu dan pernah kendalikan ialah Gerakan Persatuan Wanita (GPW). GPW dipengerusikan oleh penerokawati FELDA yang dipilih dikalangan ketua - ketua GPW di peringkat blok atau rancangan.
Gambar Hiasan: Mesyuarat GPW Rancangan

Peranan mereka untuk menjayakan apa jua majlis dan program di rancangan sukar dan tidak boleh dinafikan. Kaum wanita FELDA (GPW) memang hebat dan tidak banyak karenah.  Itu aku alami sendiri sehinggalah ke saat aku bersara awal Oktober 2010.
FELDA PALONG 9 MEMENANGI ANUGERAH INI KERANA KERJASAMA ERAT JKKR DAN KERJA KERAS GPW
Namun, selepas hampir lima bulan aku tinggalkan FELDA , tiba - tiba muncul pula jawatan Pengerusi Penerokawati FELDA. Ini jawatan yang benar - benar wujud atau jawatan yang wujud kerana kebodohan dan sifat "tara baca" wartawan dan editor akhbar berkenaan?

Pengerusi GPW atau Ketua Penerokawati ini, adalah milik isteri - isteri peneroka yang diberi kepercayaan sebagai pemimpin wanita di peringkat blok, rancangan dan wilayah. Namun, GPW tidak mempunyai struktur tersendiri di peringkat pusat melainkan mereka adalah sebagai Ahli Jawatankuasa Perundingan Peneroka sahaja. Keadaan ini sama seperti struktur JKKR.

Seorang rakan fb aku, yang juga Pemimpin Peneroka mengesahkan, jawatan Pengerusi Penerokawati FELDA itu tidak pernah wujud.

Impak daripada berita itu ialah:

1. Puan Seri Bibi Sharliza adalah sama tarafnya dengan semua isteri peneroka FELDA di Malaysia. Walhal, Puan Seri bukanlah isteri peneroka FELDA. Malah Puan Seri bukanlah generasi kedua FELDA. 

2. Wartawan atau pemberita berkenan berfikir bahawa Tan Seri Haji Mohd Isa Dato Haji Abdul Samad, adalah Pengerusi Peneroka FELDA, kerana beliau adalah Pengerusi FELDA.

3. Pastinya berita berkenaan akan dianggap benar dan betul oleh para lepasan SPM 2010 yang mungkin akan menghadiri temuduga untuk memasuki IPT tajaan FELDA selepas ini. Jika timbul soalan berkaitan GPW dan mereka menjawab Pengerusi GPW adalah Puan Seri Bibi Sharliza, siapakah yang akan dipersalahkan?

HAKIKATNYA:

Peneroka FELDA dan keluarga mereka, adalah satu daripada komponen FELDA yang juga terdiri daripada Lembaga FELDA, Pengurusan FELDA dan juga Kumpulan Syarikat - Syarikat FELDA. Tan Seri Isa Samad adalah Pengerusi FELDA keseluruhannya. Bukannya Pengerusi Peneroka FELDA. Oleh yang demikian, sayugia diingatkan, isteri Pengerusi FELDA juga bukan Pengerusi Penerokawati FELDA.

Wahai wartawan dan pemberita hingusan, belajarlah membaca dan memahami struktur organisasi di FELDA sebelum anda menulis berita berkaitan FELDA. Jika anda generasi kedua FELDA sekalipun, anda pasti tidak tahu banyak tentang FELDA kecuali anda pernah berkhidmat sebagai anggota pentadbiran FELDA.

Jika, anda bukan orang FELDA, belajarlah tentang FELDA dan laporkan berita yang sebenar, bukannya lawak jenaka yang tidak bertempat dan bakal menyusahkan ramai orang.

Sepatutnya, perkataan  Pengerusi Penerokawati Felda, ditulis sebagai Isteri Pengerusi FELDA. Itu lebih tepat dan betul serta tidak mengelirukan ramai pihak.

Menjelang PRK Kerdau ini, janganlah buat berita lawak dan menampakkan kebodohan wartawan dan pemberitanya. TOLONGLAH... I TAK KUASA U!!!! 
Imbas Kembali 14 April 2010:
Saat manis Tan Seri Isa dan Puan Seri Bibi Sharliza 
Jangan kerana berita separuh masak seperti ini, menjelang PRK DUN Kerdau, Tan Seri Isa dan Puan Seri Bibi Sahrliza dituduh mahu merampas jawatan yang sepatutnya menjadi milik peneroka dan penerokawati FELDA, sedangkan bukan taraf  mereka berdua untuk disamakan dengan peneroka dan penerokawati FELDA.

21.2.11

ENAKNYA TEH TARIK LABU BATU 10 DAN PENDANG.....


Aku mendapat pengalaman baru sewaktu memenuhi jemputan FELDA Wilayah Alor Setar untuk memberikan motivasi jatidiri kepada seramai 130 orang pelajar harapan FELDA berkenaan menghadapi UPSR 2011.

Bertolak ke Alor Setar dengan bas ekspres tepat jam 11.00 malam 18 Februari dari Terminal 2, Seremban. Perjalanan malam. Tiada apa yang lebih menarik selain tidur sepuasnya, maklum sahaja, keesokan harinya, selama 7 jam, aku akan mengendalikan program berkenaan.  
Pagi 19 Feb:

Aku selamat sampai di Terminal Shahab Perdana, Alor Setar tepat jam 5.30 pagi. Terima kasih kepada kedua – dua pemandu bas berkenaan yang memandu secara berhemah walaupun bas yang aku naiki itu, tidaklah sama seperti yang dijanjikan di laman web syarikat pengendali.

Janji ‘single seat’, bas yang sampai semuanya ‘double seat’. ‘Single seat’ tu ada. Bukan tak ada. Tapi, untuk pemandulah. Nak komplen? Tak payah..sabo aje la hati.
6.40 pagi- aku menaiki bas tempatan dari Alor Setar ke Pendang. Melalui jalan kampong, keselesaan hidup warga negeri, jelas dapat aku lihat menerusi tingkap bas berhawa dingin itu. Makmurnya negeri. Jam 7.30 pagi, aku selamat tiba di perhentian bas Pendang.
Pekena teh tarik RM 0.80 dan nasi lemak bungkus daun pisang yang sedap RM 0.50, di pekan PENDANG, KEDAH..RM 1.30.. depa kata seringgit tiga kupang je. Terkejut besar aku. Sebab, harga segelas teh tarik di bawah paras RM 1.00 sudah tidak aku temui di Seremban ini. Maklum sahajalah, sekarang ni kan semuanya naik. Tapi, dia kata, takpa aih..masih untung lagi walau pun jual teh tarik dengan harga lapan kupang tu. Jangan marah na….
Bagaimana pun, terima kasih kepada Pak Mat, tuan punya gerai yang di sewa daripada Majlis Daerah Pendang itu, kerana sudi melayani aku dan kami berbual – bual pelbagai topik termasuklah kes liwat terhangat dan terkini di pasaran politik negara. Satu jam yang cukup singkat bagi aku kerana tuan gerai berkenaan seolah – olah melayani aku sebagai tetamu yang berkunjung ke rumahnya. Terima kasih Pak Mat.
8.30 pagi- Abang Husin menghantar aku ke Pendang Lake Resort dengan motorsikal barunya tanpa mahu menerima apa – apa imbuhan dengan alasan, aku yang pertama kali sampai ke Pendang, wajar diberikan layanan sebagai tetamu. Terima kasih Abang Husin yang aku temui di warung Pak Mat.
Sempat juga Abang Husin membawa aku meronda sepintas lalu Pekan Sehari [Pasar Tani] di perkarangan Stadium Mini Pendang yang berada di pertengahan perjalanan dari Gerai Pak Mat ke Pendang Lake Resort. Akhirnya, walaupun jaraknya cuma 2km, aku dan Abang Husin, sampai ke resort berkenaan jam 9.00 pagi. Masih sempat, kerana program berkenaan hanya akan bermula jam 9.30 pagi.
9.30 pagi- memasuki dewan resort berkenaan dan sebaik sahaja terpandang wajah – wajah ini,
semua penat dan rasa mengantuk aku, bukan sahaja hilang malah terbang sebaik sahaja pintu dewan ditutup.
Pagi 20 Feb:
Setelah sampai di Hentian Sementara Bukit Jalil, aku meneruskan perjalanan ke Seremban dengan LRT dan Komuter sehingga ke stesen KTM Labu. Aku pekena teh tarik depan bangunan Pertubuhan Peladang Labu Batu 10, NS..RM 1.10 segelas..roti canai juga sedap tu RM 0.90..jadi RM 2 la pulak.
CUIT SIKIT:
Kadang kala, kita mungkin berfikir, hanya tempat kita sahaja yang maju dan makmur kerana kita pandai mentadbir dan menguruskannya.
Ada waktunya, kita pasrah dengan kenaikan harga barangan pengguna yang kelihatan langsung tidak terkawal kecuali barang terkawal.
Tetapi, mungkin kita tidak pernah mengkaji, sebenarnya sikap peniaga makanan yang gemar mengambil kesempatan menaikkan harga sajian mereka hanya kerana berlaku sedikit kenaikan harga barang mentah, itulah yang sedikit sebanyak mendorong majoriti rakyat Malaysia menyalahkan kerajaan.
Dan, baru – baru ini, YB Menteri Hal Ehwal Pengguna mencabar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga barangan pengguna di negeri masing- masing.
Pro dan Kontra.
Penguatkuasa Hal Ehwal Pengguna, Unit Kawalan Timbang dan Sukat dan segala macam agensi dan Lembaga yang berkaitan pengguna dan harga barang adalah di bawah kawalselia Kerajaan Persekutuan. Kerajaan – kerajaan Negeri hanya berkuasa kepada Agama Islam dan Adat Resam Melayu serta Tanah di negeri masing –masing sahaja. Kuasa Kerajaan Negeri ke atas air pun sudah mulai diambilalih oleh Kerajaan Pusat menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara [SPAN].
Dengan kuasa kawalan dan penguatkuasaan berada di tangan Kerajaan Pusat, mana mungkin Kerajaan – Kerajaan Negeri termasuklah Kerajaan Negeri BN boleh dan berkuasa menurunkan harga barang. Namun, Persatuan – Persatuan Pengguna Negeri boleh dan mampu untuk membantu dengan cara menjalankan kajian dan mendedahkan dapatan kajian kepada seluruh warga.
Apa yang aku alami sendiri pada dua pagi yang berbeza di dua negeri yang berbeza pemerintahnya [satu Pakatan Rakyat, satu lagi Barisan Nasional] mungkin boleh memberikan satu gambaran baru buat mereka yang memperjuangkan nasib pengguna untuk memulakan kajian akademik dan cerdik berkaitan kos sarapan pagi dan sikap peniaga di dua contoh yang aku lampirkan di atas.

Persekitaran Pekan Pendang dan Labu Batu 10 itu, hampir sama , jika Pendang di kelilingi bendang, Labu Batu 10 pula di kelilingi ladang [estet], tetapi terdapat perbezaan ketara dan melampau harga sarapan pagi terutamanya teh tarik lemak berkrim kegemaran rakyat Malaysia itu.
Beza harga RM 0.30 [hampir 50% beza harga di Pendang dan Labu Batu 10] pada segelas teh tarik itu sebenarnya memberikan impak ekonomi yang besar kepada golongan pertengahan.

Dengan mempunyai RM 1.50 (harga akhbar harian), anda boleh mendapat sebungkus nasi lemak dan segelas teh tarik jika di Pendang. Sebaliknya, jika anda bersarapan di Labu Batu 10, dengan nilai yang sama, anda cuma mendapat segelas teh tarik dan mungkin sekeping kueh bersaiz kecil.

Untuk bersarapan pagi selama sebulan di Pendang, anda cuma memerlukan RM 45.00 sedangkan di Labu Batu 10, anda perlu mempunyai RM 60.00. Perbezaan RM 15.00 itu, membolehkan anda membeli 5 kilogram beras jika anda berada di Seremban. 

TIMBANG – TIMBANGKAN : LAKSANAKANLAH KAJIAN SEGERA…..bukan mencari salah, tetapi sebenarya ada pihak yang perlu mengubah sikap demi menjayakan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN.

18.2.11

LIGA MALAYSIA TANPA RTM…..

Denyut Nadi & Suara Marhaen-----

SUDAH LAMA TAK JUMPA
RINDU HATI PADAMU
DUHAI KASIHKU DUHAI SAYANGKU
CINTAKU HANYA PADAMU
[pinjam lirik lagu Keluhan dan Rintihan dendangan D'Llyod]

Dengan sedikit pindaan, aku lampirkan keluhan dan rintihan itu..
Bertahun-tahun RTM yang susah payah menyiarkan bola sepak kepada orang kampung dan akhirnya baru ini Malaysia menjadi juara Suzuki.

Apa yang FAM buat? Bagi hak siaran kepada ASTRO syarikat YYYYYY UUUUUU.
Siapa yang bagi UUUUUU monopoli ini kalau bukan QQQQ RRRRR konon semangat BBBBBB. Semangat BBBBBB hanya untuk jadi menteri. Lepas itu semua bagi NNNN TTT dan YYYYYY UUUUUU!!
Siapa yang main bolasepak semua 99% orang BBBBBB.
Yang minat orang BBBBBB. Sekarang FAM suruh RTM guna duit rakyat bagi pada AStro!
Apakah halnya. Macam kacang lupakan kulit. Seburuk RTM itu duit rakyat dan RTM yang selama ini menghidupkan bolasepak Malaysia.
Bila dah untung bagi kat YYYYYY?
p/s: aku hanya meminda ejaan sebenar tetapi ayat dan ejaan lain adalah hasil tulisan asal.
CUIT SIKIT:
BolasepakHakRTM telah meninggalkan ulasan pada catatan aku… " FAM DAH KEMAS – KOAM PULAK RIMAS…. "

Aku tidak mahu menyiarkan ulasan ini sebagai ulasan posting tersebut kerana:-
  1. Pengulas cukup marah sehinggakan bahasa yang digunakannya berbaur perkauman.
  2. Pengulas hanya melampiaskan amarahnya tanpa kaitan dengan tajuk posting aku tu.
 

Namun begitu, aku tertarik dengan suara hati marhaen ini yang mungkin mewakili jutaan pencinta bolasepak Malaysia. Mereka ini tegar meminati bolasepak Malaysia, tetapi mungkin tidak mampu ke stadium yang jauh daripada kawasan mereka. Mereka juga tidak mampu untuk melanggan siaran televisyen berbayar.
Salahkah pihak berkuasa bolasepak dan pihak yang berkuasa serta berkepentingan di bidang penyiaran khususnya televisyen, mengkaji semula penajaan dan monopoli hak siaran langsung bolasepak Liga Malaysia ini.
Komersil – komersil jugak, tanggungjawab sosial korporat [CSR] badan – badan ini, bagaimana pulak?
Di saat anak muda Malaysia kembali jinak dengan Liga Malaysia, janganlah patahkan semangat dan sokongan mereka dengan terlalu mementingkan dasar dan hak penyiaran masing – masing.

Kata YAB PM; Sukan Bolasepak Mampu Menyatukan Rakyat Malaysia.

Sebagai sukan nombor satu negara, bolasepak sememangnya mampu menyatupadukan rakyat, tetapi ada pula pihak yang mengambil langkah sebaliknya. Di saat YAB PM sanggup duduk bersila di Bukit Bintang bersama – sama kaki bola menyaksikan kejayaan pasukan negara di Piala AFF Suzuki, takkan kita dengan semudah ABC mematahkan semangat begitu, dengan menafikan keinginan rakyat majoriti yang kurang mampu untuk menonton siaran langsung Liga Malaysia di kaca tv secara percuma.
PIALA AFF SUZUKI 2010: Sabtu 18 Dis 2010-
SEPARUH AKIHIR KE 2 VIETNAM lwn MALAYSIA
Aku katakan majoriti kerana di setiap saat dan ketika, terdapat lebih 60 peratus penduduk negara adalah mereka yang berusia belia dan remaja. Benarkanlah mereka berada di rumah setiap malam minggu menghadap televisyen menyaksikan siaran langsung bolasepak Liga Malaysia khususnya siaran percuma. Itu adalah lebih baik, daripada mereka melepak di luar rumah dan menghasilkan lebih ramai anak haram di negara ini.
Jangan cari mereka tatkala mahukan undi sahaja, tetapi minat dan keperluan mereka kita abaikan.  RENUNGKANLAH.....

17.2.11

FAM DAH KEMAS – KOAM PULAK RIMAS….

Tuesday, February 8, 2011
Pegawai media baru di FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ada pegawai media baru. Joe Marcose bukan asing buat arena bola sepak negara. Dia bekas pengarang sukan Utusan Malaysia, pernah bertugas selaku pegawai media Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan seorang blogger. Cabaran buat Joe pelbagai. Selain mengemas kini laman sesawang FAM, Joe kena layan kerenah wartawan, menjawab pada bos, berdepan isu-isu dalaman dan paling syok, kena buat pas media...ada sekali tu aku kena buat 1,000 pas media apabila Malaysia menentang Chelsea pada 2008….
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) --
Masalah kemudahan asas di Kompleks Sukan Ranau di Sabah, venue bagi latihan atlet olahraga sepanjang tahun ini, akan diatasi dalam masa terdekat berikutan jaminan yang diberikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En Yin.
Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (Koam) Karim Ibrahim berkata walaupun ketika ini kompleks itu tidak mempunyai kemudahan bekalan elektrik dan air yang tetap, kontraktor yang bertanggungjawab berjanji untuk membekalkan generator dan tangki air.,

17 Februari 2011
Siap sebelum April - Shahidan

KOMPLEKS Sukan Ranau masih belum dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik persalinan, gimnasium, bekalan elektrik dan jalan raya.
KESATUAN Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) akan mencari alternatif baru sekiranya Kompleks Sukan Ranau gagal memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF) pada April ini.
Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pada masa yang sama pihaknya telah meminta Persatuan Olahraga Amatur Sabah membantu menyelesaikan isu itu dengan Majlis Daerah Ranau… http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm

CUIT SIKIT:

DI SAAT DAN KETIKA INI, FAM TELAH MULA MENGEMASKINI LAMAN WEB RASMINYA DENGAN DATA – DATA TEPAT DAN TERKINI. TAHNIAH FAM, WALAUPUN MASIH ADA INFO PASUKAN LIGA PERDANA YANG MUNCUL DENGAN PERKATAAN “ No players found “

En. JOE MARCOSE TENTUNYA MAKLUM PERKARA ITU DAN SEDANG MENAMBAH BAIK SEMUA MAKLUMAT DI WEB FAM TU.

MAKLUMAT JUGALAH YANG MENGGAGALKAN USAHA KOAM UNTUK MEMULAKAN SEGERA LATIHAN PUSAT DI RANAU. KERANA MAKLUMAT YANG SALAH, AKHIRNYA BANYAK PIHAK YANG KELIRU DENGAN STATUS SEBENAR KOMPLEKS SUKAN RANAU DI MASA INI.

YANG SEBENARNYA, MENGIKUT LAPORAN TERKINI MEDIA, KOMPLEKS SUKAN RANAU MASIH DI DALAM PEMBINAAN. WALAUPUN KERJA – KERJA UTAMA TELAH SIAP SEPENUHNYA, KERJA – KERJA PEMBERSIHAN TAPAK, KERJA – KERJA PENDAWAIAN ELETRIK DAN SISTEM BEKALAN AIR, KERJA – KERJA LANSKAP DAN PAGAR SERTA KERJA – KERJA PENURAPAN JALAN MASUK ADALAH FASA TERAKHIR YANG PERLU DISIAPKAN OLEH KONTRAKTOR TANPA GANGGUAN DARIPADA MANA – MANA PIHAK YANG TIDAK BERKEPENTINGAN.

MENDESAK KONTRAKTOR UNTUK MENYIAPKAN SEGERA PROJEK BERKENAAN SEBELUM TEMPOH YANG DITETAPKAN TAMAT, AKAN MENYEBABKAN PIHAK KONTRAKTOR BERKENAAN BOLEH MENUNTUT KOS TAMBAHAN YANG SEPATUTNYA TIDAK BERLAKU SEKIRANYA KITA MENGIKUT JADUAL DAN PERANCANGAN KERJA YANG TELAH DITETAPKAN.

PIHAK KONTRAKTOR MUNGKIN BOLEH MENYIAPKAN KERJA LEBIH AWAL DARIPADA JADUAL DENGAN MENAMBAH TENAGA PEKERJA DAN BERKERJA 24 JAM SEHARI TETAPI, PASTILAH DENGAN KOS TAMBAHAN KERANA ITU, BUKAN SALAH MEREKA.

SEKIRANYA BERLAKU PENAMBAHAN KOS KERANA DESAKAN KETERLALUAN UNTUK MENYIAPKAN KERJA – KERJA ITU, ADAKAH KOAM AKAN MENANGGUNGNYA? ATAU PIHAK KERAJAAN [baca DUIT RAKYAT] YANG AKAN MENANGGUNGNYA?

SETELAH SEMUA PERKARA DI DALAM PERJANJIAN KONTRAK DIUJI DAN MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK, BARULAH SIJIL LAYAK MENDUDUKI [CF] DIKELUARKAN OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN. JIKA PUN, CF ITU TELAH DIPEROLEHI, PASTINYA AKAN BERLAKU PULA MAJLIS PENYERAHAN PROJEK BERKENAAN DARIPADA PIHAK YANG MEMBIAYAINYA DAN PIHAK YANG MENYELIA PEMBINAAN KEPADA PIHAK YANG AKAN MENJADI PENGELOLANYA. SENANG CERITA, AKAN BERLANGSUNG MAJLIS PENYERAHAN KUNCILAH.

SETELAH SEMUA PROSES INI SELESAI, BARULAH SEMUA PIHAK YANG BERKENAAN TERUTAMANYA KOAM DIBENARKAN MASUK DAN BERLATIH DI SITU. MAKA, BENARLAH JANGKAAN LEMBAGA SUKAN NEGERI SABAH BAHAWA, KOMPLEKS BERKENAAN HANYA BOLEH DIGUNAKAN MULAI APRIL TAHUN INI. TETAPI, AKU JANGKAKAN KOMPLEKS BERKENAAN HANYA BOLEH DIGUNAKAN SEPENUHNYA, MULAI JUN KERANA DUA BULAN AKAN DIAMBIL UNTUK "TRIAL RUN" PROJEK BERKENAAN DAN PASTINYA HANYA MELIBATKAN ATLET DAN MASYARAKAT TEMPATAN, BUKANNYA ATLET BERTARAF ANTARABANGSA.

APALAH MALANGNYA KOAM NI….TAKKAN PROSEDUR KONTRAK YANG SEMUDAH ITU PUN TIDAK BOLEH DIFAHAMI. ITUKAN FAKTOR BISNES BIASA. TERDESAK SANGATKAH KOAM SEHINGGA TIDAK SABAR - SABAR NAK KE RANAU NI?

TAK TAHULAH PULAK, JIKA CERITA KOAM INGIN MEMBAWA ATLET KE RANAU SEAWAL FEBRUARI LALU MEMANG SENGAJA DIADA – ADAKAN SUPAYA KENAIKAN KOS BERLAKU DAN ADA PIHAK YANG BOLEH MENGAUT FAEDAHNYA.

MANALAH KITA TAHU APA YANG BERLAKU DI SEBALIK GUNUNG KINABALU? RENUNGKANLAH..BILA DAH TERLALU LAMA BERADA DI KERUSI ITU, MUNGKIN TERASA RIMAS PULAK..tu yang selalu mencari pasal tu!

Bacalah catatan terdahulu aku di sini

16.2.11

WARGA FELDA HANYALAH TEMAN KETAWA.....

LOKASI: 15 FEBRUARI 2011, STADIUM TUANKU ABDUL RAHMAN, PAROI, SEREMBAN.
ACARA: PERLAWANAN BOLASEPAK LIGA SUPER MALAYSIA 2011
PASUKAN: NEGERI SEMBILAN lwn FELDA UNITED
KEPUTUSAN: NEGERI SEMBILAN 0 - FELDA UNITED 1 [Abd.Ghani Abd. Rahman, min 87]
KEHADIRAN PENONTON: SEKITAR 5 ,000 ORANG.
DUA ORANG KUAT BERTEMU: YAB MENTERI BESAR NS [KIRI] DAN Tn Hj MOHD NOR KAILANY-Timbalan Pengarah Besar FELDA
FELDA UNITED memenangi perlawanan buat kali kedua berturut - turut setelah menang 2-1 ke atas Pahang sabtu lalu.

CUIT SIKIT:

Melihat kepada keputusan ternyata FELDA UNITED lebih baik, sekurang - kurangnya untuk malam tadi di arena bolasepak berbanding Negeri Sembilan. Sebagai makluman, inilah kekalahan kedua - dua berturut - turut buat Negeri Sembilan. Mereka tumpas 0 - 2 kepada Perak di Ipoh sabtu lalu.

Melihat kepada sokongan penonton, ternyata FELDA United hanya menang sabung, kerana Warga FELDA sendiri tidak menyokong pasukan FELDA. Berdasarkan gambar ini, 
Barisan FELDA UNITED di Paroi tanpa sokongan warga FELDA

ternyata kejayaan FELDA UNITED menjuarai Liga Perdana 2010, tidak langsung memberikan kesan kepada warganya.

Di Negeri Sembilan, ada 16,429 keluarga peneroka Felda yang setiap isi rumahnya dianggarakan purata 5 orang. Dengan nisbah itu, senang - senang ada lebih 80 ribu warga FELDA di Negeri Sembilan. Jika malam tadi setiap keluarga peneroka FELDA menghantar 2 orang ahli keluarga mereka ke stadium, senang - senang ada lebih 30 ribu penonton yang menyaksikan perlawanan, pastinya penuh sesak stadium berkenaan.

SOKONG FELDA TIDAK, SOKONG NEGERI SEMBILAN PUN TIDAK:

Samada sokongan itu condong ke arah pasukan negeri atau pasukan FELDA, itu bukan isu. Tetapi, kehadiran ramai penonton ke stadium akan memberikan pendapatan yang tinggi kepada pasukan tuan rumah dan turut dinikmati sebahagiannya oleh pasukan pelawat. Daripada pendapatan hasil daripada jualan tiket dan penajaan itulah digunakan untuk pengurusan persatuan dan pasukan. Itulah bolasepak profesional.

Tetapi, rupa - rupanya, warga FELDA ini hanyalah kawan ketawa kepada FELDA dan kerajaan Negeri Sembilan. Setelah mendapat tanah dan rumah [walaupun bukan percuma], setelah mendapat pelbagai keistimewaan menjelang hari raya aidilfitri dan hujung tahun, disediakan dengan pelbagai pinjaman mudah dan bantuan, malah sebaik sahaja meninggalnya warga FELDA itu, waris mereka akan menerima bantuan pengurusan dan pengebumian jenazah, mereka masih tidak tahu dan tidak mahu berterima kasih kepada FELDA dan kerajaan negeri, dengan hadir ke stadium menonton dan menyokong pasukan bolasepak negeri anda atau pasukan FELDA UNITED.

Wahai warga FELDA, luangkanlah sedikit masa dan pendapatan tuan - tuan yang semakin lumayan itu untuk hadir ke stadium - stadium berhampiran dan berikanlah sokongan kepada pasukan negeri atau pun FELDA UNITED. Itulah salah satu cara kita menzahirkan terima kasih kita kepada FELDA dan kerajaan. Takkan masih mengharapkan tiket percuma. Miskin sangat ke warga FELDA ni?

Atau, warga FELDA sememangnya suka dicop sebagai golongan yang tidak tahu berterima kasih. FIKIRLAH : RENUNGLAH ke dalam diri anda sendiri.

Apa katamu ANAK dan BAPAK?

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH