Catatan Terakhir 2011.....
Aku petik cerita seorang kaki skodeng di Kuala Lumpur;
Baru – baru ini seorang TOP GUN di
Wisma Felda telah menjalankan satu program bersama – sama TOP PISTOL Felda, di
negeri – negeri, ke Pulau Dewata [BALI].
Samada di Bali itu, mereka sempat
mengasah GUN atau PISTOL masing – masing, itu bukan ceritanya. Ceritanya, di
Pulau Dewata itu, TOP – TOP PISTOL ini telah diarahkan, supaya memastikan TOP –
TOP PARANG, di rancangan – rancangan, hanya membawa PAK ANGGUK dan MAK ANGGUK
ke Mesyuarat Agung Khas KPF nanti.
AKU PETIK pula beberapa komen di laman facebook mantan
kakitangan Felda;
Ahli
Lembaga KPF yg nak buat penerangan dalam isu semasa kpd ahli yg jadi perwakilan
telah dihalang oleh Pengurus rancangan atas arahan RGM....ini adalah kerja yg
menyalahi undang2 .....sekiranya perkara ini terus diamalkan, saya sebagai ahli
KPF akan buat laporan polis. PENGURUS2 dan RGM harap ambil perhatian sebelum
bertindak...ini bukan AMARAN tapi INGATAN.
"Kereta
Api nak lalu, Sila beri laluan, Klu berani duduklah di landasan" Apa
maksud kata2 ini, sya tak faham, Inilah kata2 yg DDG tujukan kpd pengurus2 dlm
jelajah sesi penerangan pusingan akhir sebelum Mesyuarat Agong Khas KPF akan
datang ini.
KESIMPULANNYA, sah, sahih dan benar
ada pihak di kalangan TOP GUN, TOP PISTOL dan TOP PARANG di FELDA ini yang
begitu teruja untuk mendapat laba daripada kemelut Felda sekarang ini.
Biasalah, seorang jatuh, lebih
sepuluh orang akan naik menyusun semula kedudukan. Tetapi, jika naik melalui
kejatuhan seseorang yang ikhlas bekerja, tunggulah pula masa untuk anda semua
bukan sahaja jatuh, malah tertiarap dan dipijak pula orang lain. Itu hukum karma
kehidupan. Ingat tu!
Tahun baru ini bakal memberikan
laba buat seorang Pengarah yang masih hingusan untuk berada di TOP FOUR.
Sebabnya mudah. Laba itu muncul bukan kerana merit tetapi kerana kebolehannya
memenangi acara Lempar Batu Sembunyi Tangan sempena Hari Keluarga Felda baru –
bari ini.
Demi laba, samada dari aspek
pangkat dan kuasa atau pun peluang membuat duit menerusi pengapungan saham
Felda ini, yang jelas dan nyata terlalu ramai siKontot telah secara nyata dan
gelap, membantu siPendek untuk menjual Felda kepada siApek dan siJohn.
CUIT SIKIT:
Bagi aku, mengarahkan kehadiran perwakilan rancangan supaya angguk dan diam di Mesyuarat Agung Khas itu adalah petanda betapa ada rahsia besar yang hendak disembunyikan.
Menyekat Ahli Lembaga KPF memberikan penerangan juga adalah tindakan untuk menyembunyikan kebenaran.
Hanya yang berniat jahat sahaja, akan melakukan apa sahaja cara untuk menyekat kebenaran.
Khabarnya, pihak kakitangan
pun ada ura – ura untuk melakukan bantahan. Malangnya, ada pula Kontot yang
menjaga kakitangan ini, telah membocorkan rahsia kepada Pendek. Terbengkalai
pulak projek. bantah membantah itu.
DUNIA lepaslah. AKHIRAT
belum tau......
Boleh ke resolusi Mesyuarat Agung Khas KPF itu diterima, sekiranya yang hadir itu adalah perwakilan haram [bukan perwakilan yang dilantik menerusi Mesyuarat Pemilihan Perwakilan Wilayah]?
Nota Kaki...
Ukuran Kontot dan Pendek yang aku nyatakan di coretan ini adalah berkaitan saiz fizikal. Apabila berdiri, kontot dan pendek ini jauh lebih rendah daripada aku.
Bab - bab fizikal lain yang tersembunyi, aku tidaklah mengetahui samada "barang itu" itu juga KONTOT dan PENDEK.
Catatan ini juga tiada kena mengena dengan mereka yang telah bersara dan juga yang telah meninggal dunia tetapi sah ada mengenanya dengan mereka yang masih hidup dan masih bertugas.
terima kasih juga buat para komentatur di Veteran Felda yang aku pinjam dan petik komen mereka di blog ini.