Jumlah Paparan Halaman

29.3.11

SAH!!!!!MALAYSIA DI LANDA GEMPA BUMI.....

28 Mac 2011-terpapar tajuk Rakyat Kena Sedia Hadapi Gempa.
Menurut pakar geologi yang merupakan Pensyarah Geobencana di Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM], Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi di masa akan datang.

Kemungkinan itu adalah ekoran daripada retakan - retakan besar [sesar] yang terdapat di dalam kerak bumi.

29 mac 2011-pagi ini, sebaik berada di kereta untuk ke sekolah, anak itu tiba - tiba menjerit......
Gempa yang agak kuat itu, mengejutkan kedua - dua beranak tu.....kereta yang mereka naiki bergegar.....

GEGARANNYA...semakin terasa.....
GONCANGANNYA...jelas di depan mata.....
Kian lama....
KERETA semakin bergegar dan semakin bergoncang.....
SEMAKIN BERGEGAR.....SEMAKIN BERGONCANG.....
SAH!!!!!MALAYSIA DI LANDA GEMPA....
OH TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK
TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK
TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK
TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK
CUIT SIKIT:
kikkikkikkikkikkikkikkikkikkikkikkikkikkikkikkikkikkikkikkikkikkikkikkikkikkikkikkik

sorry ek....

26.3.11

TAHNIAH RTM, mana bolanya?.....


Sebagai mantan penyiar di radio RTM, aku ucapkan jutaan tahniah kerana kurang seminggu dari sekarang, RTM akan berusia 65 tahun. Terima kasih RTM kerana RTMlah aku pernah menjadi lelaki Felda paling popular di Negeri Sembilan. Sampai saat ini pun, masih ada yang menyangka aku masih bertugas di sana. Pada halnya, tugas aku di Radio RTM tu dah berakhir pada Oktober 2009. Manakala tugas aku di FELDA pula, berakhir pada Oktober 2010 lalu.

 ATURCARA SAMBUTAN:
PENGISIAN SAMBUTAN?

Sukan RTM khususnya BOLA SEPAK menjadi ikutan ramai pihak terutamanya anak muda dan keluarga yang tidak mampu mengikuti dan membayar siaran tv berbayar. Justeru, AKU YAKIN dan PERCAYA, kerana BOLA SEPAKlah, muncul slogan.... 

Pesta Bola Merdeka, sekitar tahun 60'an hingga 70'an, bukan sahaja melahirkan bintang - bintang hebat seperti M. Chandran [Datuk], Soh Chin Aun [Datuk], Mokhtar Dahari, Namat Abdullah dan sebagainya, malah di zaman radio menjadi sumber utama info rakyat Malaysia, RTM turut melahirkan bintang - bintangnya sendiri....

Trend itu kemudiannya diikuti personaliti di bawah, yang menjadi popular menerusi Sukan RTM. Bukan menerusi radio tetapi, menerusi kaca tv di seluruh negara..... 
Namun, tahun 2011, menjelang usia ke 65 RTM, ianya hanyalah kenangan. Memang masih jelas di sebut oleh penyampai - penyampai Info Sukan RTM setiap hari jam 1.30 petang, Sukan Terbaik Hanya di RTM namun.....

Apalah erti SUKAN TERBAIK itu, jika bola sepak yang menjadi sukan nombor satu negara dan dunia, tidak disiarkan secara langsung oleh RTM. Apalah maknanya, jika Liga Malaysia tidak dapat ditonton oleh majoriti rakyat menerusi RTM.  Apa juga malangnya, jika laporan Liga Malaysia menerusi Info Sukan tu sangat hambar. Tangan Siapa yang menahan siaran bola sepak itu, tidaklah aku ketahui.....

CUIT SIKIT:

Antara komen rakan fb apabila aku mohon komenSukan Terbaik Hanya Di RTM...
Shah Shahminan: Mano sukan eh???x penah nengok pun
Tarmizi Hasan :slogan tahun lepas punya...
Jerangkung Atas Katil: x nampak ko.....sukan teka kata......betul atau tidak....haaaaaa
AKU FIKIR, ADA JUGA LOGIKNYA RTM TIDAK LAGI BERMINAT UNTUK MENYIARKAN SUKAN BOLA SEPAK SECARA LANGSUNG ATAU TERTUNDA MAHU PUN SECARA ULASAN TERPERINCI SEPERTI DULU - DULU. MAKLUM SAHAJALAH, DI SAAT USIA 65 TAHUN INI, TENTUNYA SURAU DAN MASJIDLAH TEMPAT YANG MENJADI KEUTAMAAN, BUKANNYA STADIUM BOLA SEPAK.

Pada usia 65 tahun ni, aku rasa RTM patut dan perlu mengekalkan rancangan keagamaan yang ada. Di sebelah malamnya terutama di malam Ahad, siarkanlah juga rancangan - rancangan nasyid, qasidah, berzanji, marhaban dan sebagainya supaya semua anak muda di Malaysia ini kembali ke landasan Agama Islam sebenar.

Dalamasa yang sama, ianya juga mampu untuk mengelakkan mereka daripada politik fitnah dan dakyah pembangkang. Maklum sahajalah, fitnah dan dakyah pembangkang akan merosakkan "orang - orang baik" macam kita ni.
Andainya RTM masih berminat untuk mengekalkan slogan Sukan Terbaik Hanya Di RTM, tetapi tidak mahu menyiarkan Liga Malaysia secara langsung, AKU CADANGKAN; RTM anjurkanlah liga dan siarkanlah secara langsung sukan - sukan di bawah ini:-

Aku fikir, pada usia 65 tahun ni, eloklah RTM siarkan acara - acara sukan yang murah dan mudah seperti di atas, tetapi menjadi ikutan ramai tu. Kalau dijadikan topik Bicara Rakyat pun, tentu ramai penontonnya.

Aku fikir begitulah....ANDA BAGAIMANA?????

24.3.11

"QRSUVW. aik mana T?", kata aku

T: "ada kat sini..ari tu pergi JEPUN. dah selesai tugas di sana, baru je balik ke Malaysia".
AKU: "oh! gitu rupanya..apa tugas kat Jepun?"
T: "aku ke sana menggegar Jepun. Gempar satu negara. Balik sini, cuba gegar Malaysia pulak."
AKU: "lantak kau la T, buatlah apa yang kau suka".
10 Mac 2011:- gempa bumi pada skala 8.5 dan Tsunami seTinggi 10 meTer, melanda JEPUN.....
21 Mac 2011:- gempa poliTik melanda Malaysia angkara daTuk T.
daripada 1T, akhirnya bertambah jadi 3T.

mac 2011, malaysia dan jepun berkongsi T.
KaiTannya?



CUIT SIKIT:

Cukuplah seTakat  3T. Jangan  Tambah lagi.
Kalau  Terlalu banyak T, Takut  nanTi, maTi  kerana  Tak laraT  gelak.  Sebabnya, dalam dua  Tiga  hari ni, skripnya sering berubah. dari seorang, jadi berdua. dari berdua, udah jadi  berTiga.

Daripada Tempoh seminggu, dah Tak jadi pulak. Daripada janji nak bagi dah Tak bagi.
Kalau T dah sampai 100 [10T], jadilah macam ni......

aTau
disini
http://www.metacafe.com/watch/781388/japanese_people_learning_english/

Bagaimana pun, Terima kasih T. Kerana TanpaT, jambaTan, akan bertukar menjadi JAMBAAN.

23.3.11

BOLEH MELETUP KE?.....


LEDAKAN AK-9 BERMULA.....
BUATAN RUSSIA TERKINI : AK-9
ISTIMEWANYA AK-9:
AK-9:EFEKTIF DI SEKITAR 200 METER KELILING.
MAKNANYA, JIKA DIGUNAKAN DI TENGAH - TENGAH PADANG, IA BOLEH MEMUSNAHKAN KESEMUA PENONTON DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR. HEBAT KAN?

TERIMA KASIH WAN JAMAK :
SELAMAT DATANG "The Double Treble" AZRAAI KHOR.....

AK-9? YA YUP YES! Itulah nama yang muncul di wall fb Kelab Penyokong NS.
Nama itulah juga yang muncul di fan page Hairuddin Omar [Hai-O].
SESUAI SANGAT tu..AKU SETUJU.

INILAH BARISAN / LINE UP WAN JAMAK

Di pintu gol, ada pemain kebangsaan yang jaga. Depan dia ada Aidil, juga pemain kebangsaan. Ada Shukor Adan, mantan Kapten Skuad Malaysia


Di tengah ni, ada juga mantan pemain Malaysia...


Depan ni, mantan pemain Malaysia dan Penyerang Skuad Olimpik 2012 Negara.



 HASILNYA:
"MAIN BAGUS DAH, CUMA TAK MENANG", kata Wan Jamak.
"CAMNO NAK MONANG [MENANG], DOPAN [DEPAN] GOL PUN, TONDANG [TENDANG] BOLA KELUAR", kata Tuan Presiden PBNS.

Apabila pemain tengah [midfield] lebih banyak menjaringkan gol berbanding penyerang, pasukan itu adalah pasukan yang bermasalah. Menjaringkan gol adalah tugas utama penyerang.

Mokhtar Dahari [Penyerang Terbaik Asia di zamannya] menjaringkan lebih banyak gol berbanding pemain tengah, Shukor Salleh ketika itu.

Safee Sali [PENYERANG] menjaringkan lebih banyak gol berbanding Shafiq Rahim [MIDFIELD] dan membawa Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010.

MASALAH UTAMA NS di bawah pengendalian Wan Jamak adalah di sini;
  1. Kegagalan PENYERANG UTAMA MENJARINGKAN LEBIH BANYAK GOL.
  2. PERTAHANAN membenarkan PIHAK LAWAN menjaring LEBIH BANYAK GOL. 
  3. LEBIH BANYAK KALAH DARIPADA MENANG.
  4. Gagal mendapatkan keputusan SERI apabila bertemu pasukan yang lebih baik.
7 permainan; mata maksimum 21, Wan Jamak & Co cuma dapat 9 je...MENERUSI 3 MENANG DAN EMPAT KALAH. Pasukan tunggal TANPA SERI.



CARTA LIGA SUPER TERKINI


REPUTASI TINGGI MOHD. AZRAAI KOR ABDULLAH "The Double Treble" bukan sekali, tetapi dua kali berturut - turut bersama Kedah, membawa beliau ke NS. Pastinya, tugas pertama beliau ialah mempastikan pemain hadapan [penyerang] pasukan NS, menjalankan tugas hakiki mereka, MENJARINGKAN GOL..bukan menjadi pengawal peribadi pemain pertahanan lawan [pemain jaga BEK dan BEG].

INILAH PELURU SEBENAR AK-9.....
Lima butir peluru kelas satu
Kisah lalu AK bersama Kedah, sebelum dilantik FAM sebagai Ketua Jurulatih Harimau Muda semasa menjalani latihan di Slovakia....

"The Double Treble"
Sekadar renungan: SEMUAnya telah menjadi SEJARAH BOLA SEPAK KEDAH dan NEGARA


Berjayakah "The Double Treble" itu dengan formula "AK-9", sama - sama kita tunggu dan lihat bermula 2 April ini.....

SEMENTARA MENANTIKAN SAAT ITU, KHABARNYA....telah bermula sesi bersama Azraai Khor dan Negeri Sembilan...

Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (N9FUTBOL.COM)
Coach Azraai dan skuad utamo [UTAMA] Nesmilan [Negeri Sembilan] sedang dalam perjalanan ke Jeram Besu, Pahang untuk program 'team building' selama tiga hari. Semoga pulang dengan semangat yang baru. Hobin!
Posted23Mac201101:00pm
SEMOGA AK-9 MELETUP DENGAN JAYANYA DI MANA JUA ANDA BERTANDING!
HOBIN JANG HOBIN!
CUIT SIKIT:

Kata orang NS:Kok tak molotup juo lopeh ni, bebudak ni la pulak kito lotup'an.

Kata AKU:Kalau tak meletup juga selepas ini, pemain inilah yang kita persalahkan.

Bukan salah IBU MENGANDUNG, TIDAK TERSASAR JUGA BAPA MENYORONG, tetapi salahkanlah PENYERANG KITA YANG MENYEPAK BOLA KELUAR PADANG bukan ke dalam GOL yang TERNGANGA.

Tak begitu WAGHIEH!!!!!..... 

22.3.11

T UNTUK APA, KEPADA SIAPA?.....


sekadar menumpang sibuk isu terkini....
MASIH MISTERI: inikah wajah datuk T?
sepintas lalu tajuk berkaitan Datuk T di media cetak dan media baru....
1.
Video seks pemimpin pembangkang didedah
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 21 Mac - Satu rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dipercayai dari China di sebuah hotel di ibu kota didedahkan kepada pihak media hari ini.... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
2.
21 Mac 2011
Gempar - Rakaman Aksi Seks Pemimpin Utama Pembangkang Didedah
Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.
Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.... http://bloglistpolitik.blogspot.com/2011/03/gempar-asksi-seks-pemimpin-utama.html
3.
Video Seks Pemimpin Pembangkang Mula Tersebar
21/03/2011 21:05:44
Cukup heboh apabila seorang pemimpin pembangkang dikatakan terbabit dalam aksi seks dengan seorang pelacur wanita.
Aksi seks itu dikatakan berlaku di sebuah hotel di ibu negara yang menawarkan perkhidmatan seks.
Ketika berita klip video seks dikatakan membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mula tersebar pagi tadi,
ramai tertanya-tanya siapa gerangan si pelaku.
Semuanya bermula apabila seorang individu bergelar Datuk T dikatakan menjemput kebanyakan editor kanan akhbar ke Carcosa Seri Negara untuk menonton video seks berkenaan.
Difahamkan wartawan menyaksikan tayangan video itu mendakwa lelaki dalam rakaman itu kelihatan seperti seorang pemimpin kanan pembangkang.
Rakaman video 21 minit hitam putih itu dikatakan ada empat segmen menggambarkan pemimpin terbabit mengadakan hubungan seks di sebuah hotel.
Ia dirakam 21 Februari lalu......
CUIT SIKIT:
Riuh rendah SATU MALAYA adalah pada hari semalam, 21 mac 2011. Semuanya bertumpu, tertumpu ke arah Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur. Ada aku kisah?
Tak. Aku tak tak kisah pun. Lantak le nak buat video ke, nak tayang telemovie ke, nak buat filem pecah panggung ke, aku tak heran.
TETAPI YANG AKU HERAN dan HAIRAN ialah.......bagaimana blog Sang Puteri ini dah siarkan berita itu pada hari Ahad, sehari lebih awal. Udah sama pulak dengan AS dan SEKUTU menyerang Libya.
Siap dengan posting "pihak media dikejutkan lagi.....
POSTING BLOG INI..BUAT AKU RAGU - RAGU:
Sunday, March 20, 2011at 11:28 PM
Pihak Media dikejutkan oleh satu rakaman media yang telah dipaparkan kepada mereka di Hotel Sri Carcosa, Ibu Negara pagi tadi. Rakaman itu yang jelas menunjukkan aksi perlakuan seks antara pemimpin tersebut dengan seorang gadis muda berbangsa Cina.
SIAPA DATUK T? LELAKI, PUTERI atau WANITA....kalau WANITA, DARA atau JANDA?
TALIB atau TUMINAH?

dan T itu untuk APA? mungkinkah T untuk Tipu Tarikh? boleh jadi, Tipah Tipu Tetipah? logik juga jika T itu untuk:

TENG TENG TENGGGGGGGGGGGGG!!! starting video seram
SOALAN BM UNTUK UPSR TAHUN 2011
jIKA rAGU - rAGU / WAS - WAS dalam apa jua perkara, selidikilah terlebih dahulu . Carilah yang benar demi dunia dan akhirat.

DATUK T? Aku Dah Jumpa.....


21 Mac 2011:
Video seks pemimpin tertinggi pakatan pembangkang dipertontonkan kepada pihak media di tempat yang ekslusif dan mahal.
Tempatnya:
CARCOSA SERI NEGARA, KUALA LUMPUR.
Tokey [taukeh] video berkenaan:DATUK T.
Kesudahannya:
Tempoh seminggu untuk pemimpin berkenaan bersara daripada politik. Jika tidak, video tersebut akan diedarkan kepada umum.
Beritanya:
PANAS 18SX : DATUK T VS LELAKI Y.....
21 Mac 2011 ... Pagi tadi, seorang lelaki yang menamakan dirinya “Datuk T” mempertontonkan rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan PR sedang ...
Monday, March 21, 2011
Who is Datuk T and what is his game?
Malaysia is really being dragged through the mud.....
Misterinya:
SIAPA DATUK T?
ADAKAH INI?...

KATA AKU: TAK MUNGKIN. INI ORANG BAIK. TAKKAN JADI TOKEY VIDEO. SORRY DATUK T.MURUGIAH, WRONG PERSON.
MUNGKIN INI?...

KATA AKU: INI  PUN TAKDA TOKOH MAHU MENJADI PENERBIT VIDEO. DATUK T.RAJAGOPALU PERNAH BERKHIDMAT DI DEWAN UNDANGAN NEGERI JERAM PADANG, NEGERI SEMBILAN. SEMASA BERKHIDMAT DI FELDA PALONG 1, AKU SERING MENEMANI BELIAU DI MAJLIS - MAJLIS RASMI DAN TIDAK RASMI RANCANGAN.
SATU KENANGAN YANG TAK MUNGKIN AKU LUPAKAN IALAH, BELIAU SANGGUP TURUN MEREDAH SEMAK, MENINJAU SENDIRI MUKA PEMBETONG [CULVERT] YANG MENJADI PUNCA BANJIR DI FELDA PALONG 1. SEBULAN SELEPAS ITU, KERJA - KERJA PEMBERSIHAN ANAK SUNGAI BERMULA. HEBATKAN PERKHIDMATANNYA.
GOOD LUCK DATUK T.RAJAGOPALU.
KALAU DAH DUA BUKAN, YANG KETIGA NI MUNGKIN ORANGNYA.....

KATA DATUK T: CAKAP BIAR BETUL. DARIPADA JADI PRODUSER VIDEO TU, LEBIH BAIK TEMAN SELESAIKAN MASALAH FELCRA. LAGI BANYAK FAEDAH.
BETUL BETUL BETUL...kata Upin & Ipin. PASTINYA DATUK T ORANG KUAT FELCRA NI TAK TERLIBAT.
ADAKAH INI?
...HAH! TENGOK MUKA PUN TAHU DIA NI TOKEY VIDEO...
memang sah! inilah tokey video panas tu.
memang tidak syak lagi...tengok dahi je dah kenal dah. memang dialah tokey video tu....
perhatikan kerutan di dahinya.....
amati raut wajahnya.....
dengarkan apa katanya.....

KATA DIA: MEMANG SAH ADA VIDEO. TAPI VIDEO WRESTLING LE. WWF SMACK DOWN NAMANYA. ITU PUN DAH LAMA. TAHUN 80'AN PUNYA. TAKKAN TAHUN 2011 BARU NAK HEBOH.
KATA AKU: VERY SORRY Mr.T, YOU JUST ENCIK NOT DATUK.
DAH EMPAT CALON. TAKDA SATU PUN YANG BETUL. YANG KELIMA NI PASTI .
gaya dia berjalan pun dah agak dah...memang dialah orangnya.

KATA DIA: YES! YES! YES! AKU MEMANG DATUK T..TAPI,
DATUK TUA la..memang ada video pun. video jalan - jalan sama cucu masa cuti sekolah baru - baru ni. SALAH KE?????
DAH LETIH MENCARI?
memang letih pun.
ADAKAH INI?...

KATA DIA: AKU JALAN PUN BERTONGKAT, MANA LARAT NAK MENGUSUNG KAMERA VIDEO.
KATA AKU: MAAFLAH ATUK. AKU PUN DAH PENING MENCARI DATUK T NI...
KATA DIA: CUBA KAU TANYA LELAKI Y. DIA KENAL DATUK T KUT?

2 Mac 2011 ... Air mani lelaki 'Y' ditemui dalam dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Keterangan saksi ini pula mengakui beliau yang menyerahkan satu ...din.huluselangor.net/?p=2129
13 Mac 2011 ... tidak perlu takut kalau beliau bukan “lelaki Y” yang DNAnya dikenalpasti pada...www.themalaysianinsider.com/...
CUIT SIKIT:
TAYANG VIDEO DI TEMPAT MAHAL DAN EKSLUSIF. BELANJANYA PASTI BESAR. TAPI TUNTUTANNYA CIPUT..mohon yang empunya diri bersara daripada politik. DI PENGHUJUNG AYAT, ADA BUNYI UGUTAN PULAK.
VIDEO NI SEPATUTNYA TERUS SERAH KEPADA POLIS. BIAR MEREKA SIASAT. TAK PERLU MAIN UGUT - UGUT NI. TAK PERLU BUAT PRATONTON DI TEMPAT MAHAL.
AKU BIMBANG, MAHAL RANTAI DARIPADA BERUK. KESUDAHANNYA HAMPAS LAGI mengHAMPEHkan.

20.3.11

Pergi!! Main Jauh - Jauh, INI PKT punya.....


18 & 19 MAC 2011;-

Kedua - dua tarikh itu tiada apa yang istimewa kecuali kepada peminat, penyokong tegar dan pengikut perkembangan bola sepak Malaysia. Itu pun sekiranya pasukan kesukaan mereka masih berjuang pada tarikh berkenaan.

Pada tarikh itulah, ternoktah empat pasukan yang layak ke separuh akhir Piala FA Malaysia 2011, satu pertandingan kalahmati yang berakar umbi sejak tahun 1990 lagi. Satu pertandingan yang mementingkan strategi untuk menang walaupun hanya menerusi tendangan penalti. Pertandingan yang biasanya tidak akan menzahirkan jaringan gol yang banyak.

Meneliti, keputusan terkini, aku fikir lapan  pasukan yang bermain di peringkat suku akhir tahun ini, telah mempamerkan satu pendekatan luar biasa sehingga banyak gol dijaringkan di pertandingan kalahmati ini.

Di peringkat ini, lapan perlawanan yang membabitkan lapan pasukan secara timbal balas, 26 gol terhasil. Ini adalah petanda, pemain hadapan pasukan samada penyerang atau pemain tengah yang menyerang, mampu menyudahi peluang tercipta dengan jaringan walau pun, sebelum ini ada pasukan kehilangan Ketua Jurulatih kerana gagal menyudahkan sebanyak 26 peluang jaringan di Piala FA.

Sesuatu yang positif buat penonton untuk bersorak dan menjerit ke arah lawan masing - masing. 16 gol terhasil pada 15 Mac dan 10 gol terhasil pada 19 Mac. Perlawanan Pahang dan Kuala Lumpur pada 18 Mac, berakhir seri tanpa jaringan.


15/3
19/3
 J
KL
 1
 0
 1
lawan



PAHANG
 2
 0
 2




PERAK
 3
 1
 4
lawan
TERENGGANU
 2
 3
 5




SELANGOR
3
2
5
lawan
JOHOR
1
1
2




KELANTAN
2
3
5
lawan
FELDA Utd
2
0
2


Perlawanan peringkat separuh akhir akan berlangsung pada 13 Mei 2011 yang akan menemukan;

13 & 16 MEI
PAHANG
lawan
TERENGGANU

SELANGOR
lawan
KELANTAN


Perlawanan kedua akan berlangsung pada 16 Mei, manakala pertandingan akhir akan berlangsung pada 11 Jun 2011.

CUIT SIKIT:

Di pertandingan Piala FA ini, belum ada sebuah pasukan kelab yang menjuarainya. Nampaknya trend itu berterusan sehingga ke tahun ini. Badi kekalahan pasukan negeri kepada FELDA United juga sudah berakhir di Kota Bharu.

Bencana kalah kepada FELDA United di Piala FA sehingga menyebabkan Ketua Jurulatih meletak jawatan dan diberikan cuti rehat telah berakhir. Percubaan pasukan Liga Perdana ke separuh akhir juga tamat di Johor Bahru.

Jadi, maaflah kepada FELDA United dan Johor. Pergilah main jauh - jauh. Piala FA ini bukan gelanggang anda sebenarnya. Rujuk posting bertajuk MAIN ATAS BAWAH, Tengah Jangan Lupa....berkaitan ulasan aku berkenaan prestasi FELDA United di Liga Perdana yang belum teruji.

Maaf jugalah buat pasukan utara, tengah dan selatan, Piala FA kali ini bakal dikuasai oleh KUASA PKT. PKT? Iya PKT..tak percaya?????
MAAF SELANGOR: Liga Super mungkin milik anda. Piala FA, PKT yang
Piala FA, PKT yang punya..., PKT yang punya..., PKT yang punya..., PKT yang punya...

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH