Hari kedua Suku Akhir Piala Malaysia menyaksikan kejutan lagi.
Memang satu kejutan apabila Kelantan bolos empat kali di Larkin. Sebelum ini, paling banyak Kelantan melepaskan gol dalam satu perlawanan domestik adalah tiga. Dua kali mereka melepaskan tiga gol berkenaan adalah di Kota Bharu. Bukan di arena lawan.
Sebagai rujukan, Kelantan tewas 1 - 3 kepada ATM pada 13 April 2013 semasa Liga Super. Manakala satu lagi perlawanan adalah semasa peringkat Kumpulan C Piala Malaysia 2013. Mereka tewas 2 - 3 kepada Negeri Sembilan pada 31 Ogos lalu.
Namun, biarpun ketinggalan dua gol, aku fikir Kelantan boleh melangkah ke Separuh Akhir seandainya menang 2 - 0. Tetapi rekod Darul Takzim FC di arena lawan juga agak baik. Empat kemenangan di Liga Super dan dua kemenangan di Kumpulan B Piala Malaysia menceritakan betapa panasnya pertembungan di Kota Bharu 5 Oktober nanti.
Jika ATM dan Negeri Sembilan boleh menang di Kota Bharu, masakan pasukan Bangsawan Selatan itu tidak mampu melakukannya.
Keputusan penuh Suku Akhir Pusingan Pertama dan jadual Suku Akhir Pusingan Kedua;
Laluan ke Shah Alam masih terbuka dan berliku buat lapan pasukan berkenaan.
Bak kata B. Sathia, we just lost the battle not the war. Aku setuju dengannya. Setiap pasukan sama menang, seri atau kalah, masih belum kalah seluruhnya. Tambahan pula yang tidak menang itu bakal menjadi tuan rumah pula Jumaat dan Sabtu nanti. Tetapi, yang ketinggalan dua gol tu, peritlah sikit.
CUIT SIKIT:
Semacam diatur - atur, kesemua empat pasukan yang bertandang ke arena lawan di pusingan pertama ini, tidak menang. Kecuali Sarawak, tiga Juara Kumpulan memulakan Suku Akhir dengan nota kekalahan.
Dan, bagaikan disepakati, dua kuasa Pantai Timur mempamerkan keputusan dalam bentuk kenduri gol.
Apakah kedua - duanya bakal bertemu di final? Sama - sama kita tunggu keputusan perlawanan berikutnya.
Yang pentingnya, Sang Gergasi dah menang piala sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan