PENJARING TERBANYAK PIALA MALAYSIA 2013 setakat ini...
Enam pemain yang telah menjaringkan gol lebih daripada dua. Lima adalah pemain impot. Bakinya anak tempatan yang bukan pula penyerang tulin. Petanda betapa gersangnya penyerang tempatan di pentas Piala Malaysia ini.
Lebih menarik, dua pemain NS mengisi enam slot penjaring terbanyak itu. Itulah kunci kejayaan NS setakat ini.
CUIT SIKIT:
Apabila Sivanesan dan Fabio Barbosa yang BERBISO, King Gobal sepatutnya menilai semula keupayaan jentera serangan pasukan Harimau Malaya terkini.
Memang Amri Yahyah berjaya menjaringkan gol ketika bertemu FC Barca. Namun, Amri juga gagal menjaringkan gol ketika bertemu Johor dan Sime Darby FC.
Setakat ini jaringan para penyerang Harimau Malaya adalah;
1. SAFEE SALE - 2 gol. 0.5 gol/perlawanan Piala Malaysia.
2. MAT YO - 2 gol. 0.5 gol/perlawanan Piala Malaysia.
3. AMRI YAHYAH-1 gol. 0.25 gol/perlawanan Piala Malaysia.
Jumlah jaringan 3 PENYERANG UTAMA pilihan King Gobal itu, hanya dijaringkan oleh seorang pemain midfield NS, S. Sivanesan.
Jika diambilkira kadar jaringan itu, peluang Malaysia untuk menang ketika bertemu Bahrain pada 15 Oktober nanti agak tipis. Apatah lagi, Bahrain setakat dua perlawanan Kumpulan D ini, belum melepaskan sebarang gol kepada lawan. Itu belum diambilkira situasi pertahanan negara yang mudah hilang fokus.
Untuk layak secara merit ke Australia pada 2015, Malaysia WAJIB samada berada di tangga 1 atau 2 Kumpulan D.
Laluan pilihan yang seterusnya adalah muncul sebagai pasukan terbaik di kalangan lima pasukan yang menduduki tempat ke 3 setiap kumpulan.
Dan, setakat ini, Malaysia berada di tangga kedua carta laluan kedua itu, di belakang Iraq. Maknanya, peluang Malaysia ke Australia itu amat berliku dan penuh ranjau.
Mungkin itulah sebabnya, telah dilaporkan berbaris jurulatih luar dan dalam negara sedang menanti saat untuk melaporkan diri di Wisma FAM 1 Januari 2014 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan