Sebagaimana dijangka, elemen kejutan bakal sinonim dengan Piala Malaysia musim ini.
Pahang yang dilabel mendapat talian hayat ke Suku Akhir memulakan kejutan tersebut dengan kejayaan. Selaku Naib Juara Kumpulan C, Pahang berhadapan lawan sukar sebenarnya.
PKNS FC yang cuma memerlukan lima perlawanan untuk mengesahkan tempat di Suku Akhir, mempunyai rekod baik di Stadium Darul Makmur.
Namun, nampaknya, bumi Pahang bukanlah tempat bertuah buat PKNS FC di Piala Malaysia ini.
31 Ogos lalu, mereka tewas 0 - 1 kepada FELDA UNITED FC di Temerloh. Dan, sebentar tadi,
Hatrik Conti sudah cukup bagi Pahang melakukan kejutan. Namun, jaringan Ronaldinho Wleh dan Mohd. Lot Abu Hassan membolehkan PKNS FC terus memburu Separuh Akhir.
CUIT SIKIT:
Keputusan yang baik buat PKNS FC. Aku katakan keputusan yang baik buat PKNS FC kerana inilah kali keempat mereka bersaing di Piala Malaysia. Dan, inilah kali pertama mereka melepasi halangan peringkat kumpulan.
4 Oktober nanti pastinya menjadi hari bertuah pula buat PKNS FC. Pemain - pemain mereka memiliki skil yang lebih baik berbanding pemain Pahang sebenarnya. Taktikal mereka juga lebih baik.
Dan, lebih penting, kerja sepasukan mereka juga lebih baik berbanding Pahang. Cuma, jaringan sahaja yang kurang.
Jika mereka lebih tajam di hadapan gol lawan, aku tidak merasa hairan sekiranya PKNS FC menjadi pasukan pertama ke final Piala Malaysia musim ini.
Selamat maju jaya PKNS FC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan