Jumlah Paparan Halaman

23.9.13

KEKALKAN RIDZUAN ABU SHAH.....

Era Cemerlang Negeri Sembilan di Piala Malaysia tamat pada 21 September lalu. Jaringan penyamaan Saha di minit ke 87, bukan sahaja menyelamatkan Pahang tetapi juga menamatkan rentetan catatan cemerlang NS di Piala Malaysia.

Bermula 2009 sebagai JOHAN, NS mengakhiri saingan 2013 sebagai pasukan ketiga terbaik Kumpulan C. -2 jaringan memisahkan Pahang di tempat kedua dengan NS.

Dikenali dengan pasukan sederhana di Liga Super, NS biasanya amat bergaya di Piala Malaysia. Namun, ianya tidak lagi berulang musim ini, biarpun NS memulakan aksi peringkat kumpulan dengan meraih tiga mata di Kuala Terengganu dan di Kota Bharu. Malangnya, NS hanya memungut dua mata di Paroi.

Dan, kekalahan 3 - 5 kepada Pahang itulah yang menjadi titik pemisah -2 jaringan diantara NS dan Pahang di hujung saingan.

CUIT SIKIT:

Kita seharusnya amat berbangga dengan Ridzuan Abu Shah yang bertaraf memangku itu. Catatan lapan mata, sebelas jaringan dan meraih dua kemenangan di arena lawan, adalah sesuatu yang amat cemerlang sebenarnya.

Tambahan pula, Duan bukanlah seorang jurulatih yang tersohor dan berpengalaman seperti AK dan WJ dahulu.

Karier kejurulatihan beliau bermula sebagai pembantu jurulatih Felda United sebelum dilantik sebagai Ketua Jurulatih Skuad Piala Presiden Felda United.

Di situlah, dua Duan bergabung. Ridzuan Abu Shah dan Radzuan Abdullah [ anak peneroka Felda Pasoh Tiga ] bersama berjuang untuk Skuad Piala Presiden Felda United sekitar 2008 dan 2009.

Mungkin PBNS ada fikiran lain. Namun, aku fikir elok sekiranya diberikan peluang buat Duan Kobau ini untuk terus menerajui Skuad Liga Premier NS 2014. Dan, berikanlah beliau peluang untuk mencari barisannya sendiri tanpa perlu campur tangan dan kaki daripada pihak pentadbiran di Medan Rahang.

Mungkin bertambah elok seandainya Angah dilantik sebagai penolong jurulatih. Itu pun jika beliau ada lesen kejurulatihanlah.

1 ulasan:

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH