Jumlah Paparan Halaman

19.9.13

SABTU BAKAL PANAS.....

Jam 8.45 malam Sabtu ini, semua perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia 2013 bakal bermula.

Dalam tempoh tiga tahun terakhir ini, bagi aku, inilah saingan Piala Malaysia paling sengit. Manakan tidak, setelah tamat lima perlawanan, masih ada 13 pasukan pasukan yang masih berpeluang untuk ke peringkat kalah mati.

Lebih menarik, buat semua pendahulu kumpulan, tiada satu pun pasukan yang telah mengesahkan kedudukan teratas di kumpulan masing - masing.

Jadi, semua perlawanan Sabtu ini bukan sahaja perlawanan penentuan tujuh pasukan ke suku akhir, malah, ianya juga sebagai medan percaturan kedudukan di setiap kumpulan.

KUMPULAN A:

SELANGOR yang TERSINGKIR AWAL menjadi pasukan penentu buat ATM dan Sime Darby FC.

Percaturan mudah, boleh berlaku Pakatan Selayang diantara ATM dan Sime Darby FC. Kedua - duanya bermain secara selamat dan meraih keputusan seri.

Namun, jika Selangor bermurah hati untuk tewas 0-5 kepada Johor, Sime Darby FC bakal tersingkir sekiranya ketiga - tiga pasukan terikat dengan 9 mata.

Soalannya, mahukah Selangor tewas kepada Johor? Akhirnya, samada di Selayang mahu pun di Shah Alam, saingan sengit pasti tercetus Sabtu ini.

KUMPULAN B:

12 MATA hanya mengesahkan PKNS FC ke Suku Akhir tetapi belum menjamin tempat sebagai B1.

Pasukan Bangsawan dari Larkin pasti mahu merampas kedudukan B1 sebagai penanda aras mereka. DTFC boleh menamatkan saingan kumpulan sebagai B2 dengan mencari keputusan seri. Tetapi, adakah itu status sebenar mereka?

Misi mustahil T - Team boleh bertukar keajaiban sekiranya menang dengan enam atau tujuh gol ke atas Felda United dan Darul Takzim FC tewas di Larkin.

Jika ini berlaku, eloklah SPRM membuka siasatan tanpa menunggu aduan sekiranya SOP mereka membenarkannya.

KUMPULAN C:

Seperti Kumpulan A, kumpulan ini juga mempunyai "tricky" tersendiri. Kuasa Pantai Timur melalui wakil mereka, Terengganu boleh meranapkan impian NS ke Suku Akhir.

Boleh juga muncul PAKATAN KOTA BHARU untuk Pahang dan Kelantan bersama ke Suku Akhir. Namun, jika Terengganu gagal meraih mata di Paroi manakala Kelantan dan Pahang sekadar seri di Kota Bharu, KELANTAN bukannya NS bakal tersingkir.

Jika ini berlaku, Kota Bharu pastinya PANAS selepas usai perlawanan tersebut.

KUMPULAN D:
KUMPULAN PALING " TRICKY " apabila tiada satu pun pasukan yang telah sah tersingkir mahu pun sah ke Suku Akhir.

Apabila PAKAR SERI menang di Ipoh, Selasa lalu, saingan kumpulan ini menjadi sangat terbuka. Ianya ditambah pula dengan kegagalan Sarawak mengelak tewas di Singapura semalam.

Sabtu ini, ruang dan laluan semakin jelas buat SARAWAK dan KEDAH ke Suku Akhir. Syaratnya, mereka WAJIB MENANG di arena sendiri.

Andainya Lions XII FC dan Perak yang tersingkir, ianya bolehlah dianggap satu lagi catatan sejarah Piala Malaysia, apabila dua pasukan dari Balang 3 dan Balang 4 semasa undian, muncul sebagai penguasa kumpulan.

PERINGKAT KALAH MATI:

Sekitar jam 10.45 malam, Sabtu ini, kita bakal mengetahui samada nota yang dibekalkan oleh FAM berkaitan Lions XII FC itu berguna atau tidak. Bagi aku, ianya hampir pasti tidak digunapakai kerana rekod Lions XII di arena lawan setakat ini, amat mendukacitakan.

CUIT SIKIT:

Di penghujung Liga Premier Mei lalu, timbul isu NO LIVE NO PROBLEM apabila Astro tidak mengadakan siaran langsung dari Kuching. Ianya bertambah panas apabila meletus pula isu Liga Cap Ayam di stesen radio penaja itu.

Di pelbagai wall fb, banyak juga permohonan maaf daripada penaja kepada Kaki Bola Sarawak. Malah ianya dibuat dalam pelbagai bahasa etnik di negeri berkenaan.

Dan, jika sebelum ini, Astro hanya mengadakan siaran tertunda dari Kuching, Sabtu ini perlawanan SARAWAK bertemu PERAK bakal disiarkan live menerusi TV1.
Selamat bersaing terutamanya di kalangan TOP FOUR Liga Super kerana tiga pasukan lagi boleh menurut jejak Selangor sekiranya tidak menang Sabtu ini.

Buat NS, selamat berjuang dan jangan ulangi prestasi koyak Selasa lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH