Jumlah Paparan Halaman

8.10.13

HIDUP MATI DI AIDILADHA.....

Mengikut kalendar, 15 Oktober ini adalah Hari Raya Aidiladha. Sambutannya agak sederhana di Malaysia. Al-maklum, cuti rasminya di peringkat nasional hanya sehari.

Namun, sesuatu yang baiknya berkaitan Aidiladha ini adalah Ibadah Qurban yang hanya boleh dilakukan semasa Aidiladha ini dan dua hari berikutnya.

Agak menarik, sempena Aidiladha tahun ini, Harimau Malaya di bawah pimpinan King Gobal bakal turun di perlawanan ketiga Kelayakan Piala Asia 2015.
Menentang Bahrain biarpun di arena sendiri bukanlah mudah buat King Gobal dan bala tenteranya.

Bahrain buat masa ini berada di kedudukan teratas Kumpulan D. Rekodnya amat cemerlang. Dua kemenangan daripada dua perlawanan. Enam mata, tiga jaringan tanpa bolos. Di pihak Malaysia, satu menang dan satu kalah serta dua jaringan dan bolos tiga, bukanlah rekod yang membanggakan.

Sekiranya gagal menang, Malaysia atau lebih tepatnya King Gobal bolehlah mengucapkan selamat tinggal Australia 2015.

Biarpun masih boleh layak menerusi perkiraan tempat ketiga terbaik di kalangan lima kumpulan, aku tidak fikir Malaysia boleh mengatasi Iraq yang sedang menguasai carta berkenaan.


Suka atau tidak, King Gobal terpaksa mengakui, 15 Oktober ini adalah hari terakhir dan penentuan samada impian beliau untuk ke Australia 2015 nanti bakal terlaksana atau hanya mimpi siang semata - mata.

CUIT SIKIT:

Sekarang ini khabar angin sedang bertiup kencang betapa King Gobal bakal melatih pasukan Melaka United di Liga FAM 2014.

Jika benar begitu, aku tidak tahu samada mahu menangis atau mahu ketawa.

Amat tidak patut orang hebat di tahun 2009 dan 2010 ini hanya melatih pasukan Liga FAM pada tahun 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH