Esok dan lusa akan berlangsung dua perlawanan Separuh Akhir Pusingan 2, Piala Malaysia 2013.
Di sebalik kemelut tiket di dua perlawanan Pusingan 1, tidak banyak cerita menarik di Separuh Akhir ini.
Keputusannya seperti bakal menemukan dua pasukan Pantai Timur di final nanti. Namun, 90 minit pada Jumaat dan Sabtu ini bakal mengesahkan dua finalis di Shah Alam, 3 November nanti.
Dengan segala macam kemungkinan, tidak hairan sekiranya kedua - dua perlawanan SF Leg 2 nanti bakal berlarutan ke penentuan sepakan penalti.
Empat watak ini, mungkin boleh mengubah nasib pasukan masing - masing;
CUIT SIKIT:
Minggu lalu, hanya Mathias Conti yang berjaya menjaringkan gol. Hanya satu yang berjaya membuka ruang buat rakan menjaringkan gol manakala dua lagi gagal. Hanya dua yang terbaik bakal ke final. Dan, yang cemerlang bakal bergelar juara.
Agak malang, tiada satu pun yang namanya ada BIN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan