Jumlah Paparan Halaman

2.7.11

RENUNG DAN MENUNG.....

CATATAN KHAS SEMPENA SETENGAH TAHUN 2011.....


Tugas penjawat awam adalah "jihad" dalam menentukan keberkesanan kerajaan yang memerintah, menurut bekas Ketua Pengarah Badan Pencegahan Rasuah Datuk Shafee Yahya.

Malah beliau menyifatkan penjawat awam sebagai benteng utama kerajaan memperlihatkan imej profesional di samping memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Justeru, jika kakitangan awam mengabaikan aspek integriti dalam melaksanakan tanggungjawab, maka seluruh negara akan menyaksikan “kehancuran tamadun yang dibina.”

"Memang peranan kita penting tapi kita perlu tegas kerana benar kerana pada akhirnya kalau menteri atau ADUN minta kita buat satu perkara yang tidak betul, kita perlu bertegas untuk kata tidak," ujar Shafee ketika berucap pada majlis Wacana Ekonomi Selangor: Integriti Penjawat Awam di sini, pagi tadi.

Shafee berkata meskipun kerajaan cuba menambahbaik mutu pentadbiran, dan urusan kewangan, namun masih banyak kelemahan yang wujud.

Kelemahan itu berpunca kepada kurangnya pegangan kepada prinsip integriti untuk memastikan sistem negara berada di landasan yang betul.

Shafee diakui sebagai tokoh utama memerangi rasuah di negara ini semasa memimpin BPR dan beliau kerap dipuji kerana sanggup bertindak terhadap pemimpin-pemimpin berpengaruh dalam kerajaan.

Di akhir kerjayanya beliau sebagai Ketua Pengarah BPR, Shafee terbabit dalam serbuan keatas pejabat Pengarah Besar EPU ketika itu, Tan Sri Abul Hassan dan dilaporkan menjumpai sejumlah besar wang.

Susulan serbuan itu, beliau kemudian dipecat oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Awal tahun ini Shafee menerbitkan buku berjudul 'Cerita Shafee Yahya: Budak Lelaki estet kepada Ketua BPR' menceritakan pengalaman beliau menentang amalan rasuah melibatkan kepimpinan tertinggi kerajaan.
Memikul tugas penjawat awam bukan sahaja bertujuan mencari nafkah semata-mata tetapi sebagai satu amanah yang harus digalas sebaik mungkin.
Beliau kemudian mengariskan faktor-faktor yang mengakibatkan integriti individu atau syarikat terjejas termasuk disiplin diri yang lemah serta etika kerja yang tersasar.
Dalam ucapannya beliau turut memetik kenyataan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menjulang sifat tegas demi mempertahankan tata kelola baik.
"Kita perlu taat setia tapi tidak boleh taat membuta tuli yang akan membawa kerosakan," katanya.
Justeru beliau menasihatkan kepada penjawat-penjawat awam untuk memastikan setiap arahan diterima dalam bentuk hitam putih.
Katanya amalan ini bertujuan mempersiapkan diri sekiranya ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan mana-mana individu melalui tuduhan atau fitnah.
 "Apa sahaja yang anda mahu buat, mesti ada hitam putih, failkan seperti dokumen rasmi. Jadi kalau lepas bersara pun boleh tidur lena," ujar Shafee.
Posted by WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI at Thursday, June 30, 2011
CUIT SIKIT:
Walaupun artikel di atas adalah catatan buat penjawat awam, AKU FIKIR, semua pihak terutamanya yang dah berakal dewasa, perlu merenung diri dan bermenung memikirkan apakah selama ini, kita telah melakukan sesuatu arahan dengan kerelaan hati atau pun kerana terpaksa.

Ingatlah, setia itu bertempat. Fahamilah, akur itu ada hadnya. Renungkan, angguk itu ada batasnya. Sedarlah,
YANG SETIA TIDAK BERTEMPAT, YANG AKUR TANPA FIKIR DAN YANG ANGGUK TANPA SEMPADAN ITU ADALAH PENGIKUT, PENYOKONG DAN PETUGAS YANG PALING TIDAK BOLEH DIPERCAYAI.
Jika orang ini memegang tampuk tadbiran dan kepimpinan, TUNGGULAH KEHANCURAN institusi berkenaan.
MENUNG DAN RENUNGkanlah..............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH