Jumlah Paparan Halaman

15.7.11

JENGKA PUSAT.....

Kira - kira seminggu lalu, telah berlangsung Sambutan Hari Peneroka FELDA 2011.

Pastinya gah dan meriah kerana berlangsung di Bandar Tun Abdul Razak, Pahang. Sambutannya meriah kerana para peneroka dan penerokawati yang ke sana dapat naik bas rombongan percuma, tetapi tidak dapat menghabiskan duit lain untuk syoping [perkataan asal SHOPPING] kain baju, sebabnya Bandar Tun Abdul Razak itu bukan tempat yang sesuai untuk bersyopping.
Gah juga sambutannya kerana pertukaran nama Bandar Pusat Jengka kepada Bandar Tun Abdul Razak. Tetapi yang aku pasti, masyarakat di sana akan terus menyebut dengan Jengka Pusat, terutama orang lama dan otai. Ada juga yang menyebut dengan nama JENGKAL PUSAT. Sekitar tahun 60'an dan 70'an, kawasan ini dikenali dengan nama KANADA.
Merah dan pedihlah gamaknya tangan hadirin kerana kekerapan bertepuk menyambut pengumuman projek terutamanya projek pusat sukan dan Stadium Felda tu. Setahu aku, jika menjadi kenyataan, Stadium FELDA itu adalah stadium keempat di Jengka Pusat.
Telah semak dan samun stadium mini Bandar Pusat Jengka. Telah tersergam stadium Kementerian Belia dan Sukan yang terletak jauh dari kawasan tumpuan awam. Dan, telah sedia juga stadium mini Uitm Jengka.
Nanti kita juga boleh bertepuk tangan dan mendabik dada kerana Bandar Tun Abdul Razak itu adalah bandar yang mempunyai stadium yang paling banyak di Pahang. Malangnya, Pahang tidak mempunyai seorang pun pemain dari Jengka Pusat.
Dan yang pastinya, pada tanggal 07-07-11 itu, terserlah lagi satu kegagalan warga FELDA menyahut hasrat dan aspirasi YAB Perdana Menteri untuk melihat perubahan yang jelas dan jitu di kalangan masyarakat rancangan FELDA.
Aku kata terserlah kegagalan ialah apabila Anugerah Keceriaan Kawasan Kampung FELDA [AKKF], buat kali yang keempatnya, dimenangi oleh rancangan dari negeri JOHOR. Hadiahnya amat lumayan, RM 1 JUTA tu........sesuatu yang tidak dipedulikan oleh warga FELDA dari negeri - negeri lain. Warga FELDA Kelantan memang tidak akan kisahkan 1 juta tu sebab sekali mereka menang saman, mereka dapat 13 juta. Kat Negeri Sembilan ni, kalau menang saman ari tu, dapat 200 juta.
Ini buktinya:


 
CUIT SIKIT:

Aku melihat senario AKKF itu sebagai satu perkara yang amat malang buat pentadbir – pentadbir FELDA. Baik dari bilik Lembaganya, sehinggalah ke bilik Pengurus dan bilik Ketua Peneroka. Jelas, usaha dan insentif menerusi AKKF ini adalah jauh daripada berjaya.

Jika ada perubahan pun, ianya bukanlah gambaran terbaik yang menunjukkan AKKF ini berjaya mencapai matlamatnya. Inilah akibatnya jika kita hanya mahu memuaskan kawasan sekitar sejengkal dari pusat kita [ JENGKAL PUSAT ].

Kita melantik Ketua Peneroka, bukan kerana Ketua Peneroka itu berpengaruh dan disenangi oleh masyarakat rancangan. Sebaliknya, mereka ini di lantik kerana mereka ini tidak akan menyusahkan orang di bilik – bilik lain.

Kita juga melantik Pengurus bukan kerana karisma dirinya sebagai orang yang layak menjadi Pengurus. Tetapi kita lantik Pengurus, hanya kerana mereka itu lulus peperiksaan jabatan. Adakah yang tidak lulus itu tidak boleh bekerja?

Aku mentafsirkan kejayaan Johor menguasai AKKF itu sebagai, itulah sahaja satu – satunya negeri di mana warga FELDAnya mempunyai hasrat untuk menjayakan aspirasi YAB Perdana Menteri. Itulah sahaja warga FELDA yang boleh digantung harapan sewaktu susah dan senang.  Warga FELDA di negeri lain? Lu fikir, Lu la yang jawab.

Dan, oleh kerana setiap pemenang hanya tidak boleh bertanding selama TIGA TAHUN, maknanya, Semenchu akan muncul semula di arena AKKF tahun 2012. Tanpa RM 1 JUTA pun, mereka dah menang, inikan pula mereka sudah mendapat satu juta. Aku rasa semakin bertambah cantiklah kampong mereka. Semakin jauhlah standard mereka dengan pencabar dari negeri lain. Itu pun jika ada pencabarlah.

2013, Ulu Belitong akan muncul pula, Kledang pada 2014 dan begitulah seterusnya. Rancangan – rancangan lain, teruskanlah berpusing di sekitar Jengkal Pusat. Silap – silap selepas ini akan ada pula berita warga Felda menyaman FELDA kerana tidak menang AKKF.
Cek untuk tahun 2012 hingga 2015 ni, tinggal nak tulis nama rancangan je. Nama wilayah tu boleh potong yang mana tidak berkenaan.
 
Maka, benarlah warga Felda di negeri lain tu, hanya mampu bergerak setakat kawasan sekitar Jengkal Pusat mereka sahaja. Itu pun, kawasan itu penuh semak dan samun. Tak percaya? Lu periksa la lu punya Jengkal Pusat.

ADA komen?

1 ulasan:

  1. maaflah ye...stadium yg ke 2 ok...sbb stadium felda united ni dibuat di stadium mini yg lama...cuma renovate je yg tu...

    BalasPadam

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH