CUIT SIKIT:
TERIMA KASIH MALAYSIA.
Malaysia adalah ABANG BESAR yang perlu dihormati oleh ADIK KECIL bernama SINGApura. Sangatlah pura – pura hidup seorang adik kecil jika mengaku ia sekuat dan sehebat abang besar.
Lagi pun yang KUAT itu HARIMAU bukan SINGA. Tak caya? Rujuk semula iklan sekuat tiger tu....kalau singa, setakat cordomo lion adalah. HA HA HA...ini HA lu hantamlah berapa kali pun lu mau, HARI HARI MAU pun takpa....
HARIMAU MALAYA memang hebat kerana garang dan bertaring di Bukit Jalil. Hebat kerana sokongan padu lebih 90 ribu penonton dan seperti biasa pancaran laser turut hadir bersama penyokong bodoh yang bakal menyebabkan FAM boleh didenda oleh AFC dan FIFA. Tetapi setakat itulah sahaja yang mampu dibanggakan. Lain – lain aspek di padang, sangat lemah dan mengecewakan semua penyokong, samada di stadium, di rumah mahu pun di warung dan restoran.
Akhirnya, Malaysia tersangkut di Bukit Jalil kerana satu lagi keputusan CAP AYAM. Bagi aku, kekalahan ini kerana PENYU.....Hairan? Apa kena – mengena HARIMAU dan PENYU?
Iyolah, pasukan bola sepak tu dikenali dengan HARIMAU MALAYA. Kita semua sebagai penyokong setia dan tidak begitu setia ni pasti nampak aspek PENYUdah adalah punca kita gagal mencari 2 gol penting di tempat sendiri. Kita pasti meratapi ketiadaan Mat Yo di padang berdamping dan saling menjadi PENYUmbang peluang kepada Safee Sali.
Pemain yang turun tadi sememangnya telah memainkan peranan sebagai PENYUmbang kepada gerak serangan. Tetapi, tanpa lorongan atau jolokan maut untuk disudahi dengan jaringan oleh SAFEE SALI, tiada apa yang mampu untuk membawa kita ke pusingan ketiga.
Mana mungkin kita boleh pergi jauh jika hanya dua percubaan tepat berjaya dilakukan. Satu sangkut kat penjaga gol lawan dan satu lagi masuk.
TANPA PENYUmbang Untuk PENYUdah berkesan, HARIMAU MALAYA akhirnya berada dua tapak di belakang SINGApura.
AHLAN YA RAMADHAN : PUASA JANGAN TAK PUASA.
Pautan keputusan lain dan jadual pertandingan seterusnya di:-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan