Jumlah Paparan Halaman

24.7.11

SATU PIALA SUDAH SAMPAI.....

Mengimbau kenangan lalu:

Memulakan musim bola sepak 2011, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan [PBNS], mencanangkan 3 KPI untuk dicapai oleh pasukan berkenaan iaitu;
-Menjuarai Liga Super.
-Mempertahankan Piala FA
-Merampas semula PIALA MALAYSIA.
Setakat ini;
Pasukan Negeri Sembilan [ NS], yang juga ingin dikenali sebagai REAL MADRID Malaysia itu, GAGAL melaksanakan 2 daripada 3 KPI berkenaan. Liga Super dimenangi oleh Kelantan. Manakala Terengganu pula menjuarai Piala FA. Memenangi Piala Malaysia? \
Ontah Buayo : Ontah Katak;
Ontah Iyo : Ontahkan Tidak.
Maknanya, setakat hari ini pasukan NS, masih belum menang apa - apa kecuali, menang berita Ketua Jurulatih letak jawatan dan diganti oleh Ketua Jurulatih yang baru. AK-9 nampak macam hebat tetapi akhirnya gagal meletup. Kita tunggulah PIALA MALAYSIA nanti, melotup ko tidak.

Seremban 24 Julai 20011- hari ini akhirnya sampai juga satu piala ke NS. Piala yang tidak termasuk di minda sesiapa pun di PBNS. Piala ini tiada di dalam KPI pasukan kerana ini piala divisyen tiga. Tetapi, sekurang - kurangnya, terubatlah jualah resah hati para penyokong tegar bola sepak NS.

Carta Akhir TOP FOUR
2 pasukan teratas akan bertanding di Liga Premier 2012

PIALA FAM untuk sang juara

Rakan media elektronik yang membuat liputan

Game yang boring sehinggakan akak baju merah tu lena dibuai mimpi

Pak Harun [bersongkok putih] tu adalah BOMOH HUJAN tersohor di NS

HARDI AHMAD, Ketua Pasukan menjulang piala
Meraikan Kejuaraan
CUIT SIKIT:

Kepada pasukan swasta yang bernama BETARIA FC ini, kejayaan anda menjuarai Liga FAM lebih awal iaitu pada 6 Julai lalu aku ucapkan tahniah.

Biarpun tanpa sebarang bantuan daripada PBNS, aku yakin dan percaya, kejayaan ini bakal membuka mata pihak berkuasa bola sepak negeri di Medan Rahang itu. Pastinya selepas ini akan sampai jualah sedikit sebanyak bantuan dari sana. Tambahan pula Setiausaha Eksekutif PBNS turut hadir [walau pun sekejap] di stadium tadi.

Menjuarai Liga FAM dan bakal bertanding di Liga Premier 2012 bukan kepalang belanja yang diperlukan. Aku tahu, disebalik kejayaan ini, pasti kepala Tuan Presiden kelab ini pening memikirkan harga sebuah kejayaan. RM 60 ribu yang dimenangi mungkin hanya sekitar 10 peratus daripada belanja keseluruhan pasukan musim ini. Langung tak mendalamkan air.

Namun, untuk mengharungi Liga Premier tahun hadapan, aku cadangkan kepada BETARIA supaya menjual hak jenama di jersi depan dan belakang seperti yang dilakukan oleh Kelantan. Jual juga papan iklan [A-Board] di tepi padang pada setiap perlawanan. Belajarlah dengan Kelantan bagaimana untuk menjual jenama BETARIA ini kepada rakan - rakan korporat anda.

Satu pesan aku, jangan biarkan ada pula campur tangan dan campur kaki di dalam pasukan. Uruskanlah pasukan bola sepak, sebagaimana anda menguruskan perniagaan bukan sebagai badan kebajikan mahu pun badan politik.

Selamat maju jaya NS BETARIA FC di Liga Premier bersama MBJB FC...
Foto lain di sini
http://nizam-anakfelda.blogspot.com/p/juara-liga-fam-2011.html
Nota Kaki:
Betaria FC adalah kelab kedua dari Negeri Sembilan yang muncul juara Piala FAM.
Tempat Betaria FC dan MBJB FC bakal diisi oleh Pulau Pinang dan SDM Navy.
Kelantan pernah muncul juara piala ini pada tahun 2005.
Sejarah Piala FAM di http://ms.wikipedia.org/wiki/Piala_FAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH