jam 13.00 : 30 Julai 2011, aku berehat seketika di R&R Dengkil Arah Utara Lebuhraya Elite, dalam perjalanan sekeluarga ke Sungai Besar, Selangor.
Berehat, makan tengahari, solat jamak qasar Zohor dan Asar serta memerhatikan apa yang sesuai untuk catatan terkini blog ini.
Akhirnya, aku terpandang situasi dan senario menarik di R&R ini yang sekurang - kurangnya menyediakan empat ruang parkir berhampiran pintu masuk utama ke ruang perniagaan R&R berkenaan.
Tujuannya pastilah untuk kemudahan pemandu yang bergelar OKU [Orang Kurang Upaya] ataupun penumpangnya yang berstatus demikian.
Namun, apa yang aku temui dalam tempoh lebih kurang 30 minit ialah, tiada satu pun kenderaan yang menggunakan ruang parkir berkenaan di pandu atau pun mempunyai penumpang bergelar OKU.
Yang menggunakan ruang parkir berkenaan adalah Orang Kurang Akal kerana mengaku OKU padahal mereka sihat dan sempurna anggota tubuhnya.
Inilah dapatan sepanjang tempoh pemerhatian aku:
Aku tidak fikir LPKP akan membenarkan OKU untuk memandu teksi. Bukan diskriminasi, tetapi kerja itu tidak sesuai untuk mereka. Perhatikan betul - betul, tertera logo OKU di bawah perut teksi tu. |
Ini satu lagi orang sihat yang berminat menjadi OKU |
CUIT SIKIT:-
Bagi aku, apa yang tertera adalah kesan daripada sifat kendiri negatif individu berkenaan. Falsafah mereka mudah, Buat Apa Sahaja Yang Tidak Betul dan Salah. Jika Tidak Ditangkap, maka, anda berjaya. Jika Ditangkap, bukan anda yang salah. Tetapi pihak berkuasa yang salah, kerana tidak mahu berkompromi.
Sempena Ramadhan ini, aku ingin memberikan pandangan kepada mereka yang jenis pentingkan diri sendiri ini supaya berpuasa daripada sikap itu. Dan, kekalkan sikap baik itu bermula ramadhan ini.
Ini juga kurang akal kerana meletak Teksi Eksekutifnya di kawasan yang tidak dibenarkan |
Bukan apa, takut naiwaitu anda ingin menjadi OKU itu termakbul sempena musim perayaan nanti. Dan setelah bergelar OKU, anda pasti menjadi orang yang paling marah dan bengang dalam dunia ini, sekiranya lot parkir untuk OKU seperti anda digunakan oleh orang sihat dan sempurna. Betulkan?
Senario anda yang sihat merampas tempat parkir OKU, meletakkan OKU itu sebagai orang yang dianiayai. Doa orang yang teraniaya adalah sangat mustajab. Lu tak takut ke?
Akhirkalam, aku cadangkan kepada pihak berkuasa untuk memanjangkan istilah OKU kepada golongan kurang akal ini. Nanti papantandanya berbunyi begini;
Adusssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
Tiada ulasan:
Catat Ulasan