kurus kerana tak makan |
kurus kerana tak cukup zat makanan |
kurus angkara ketiadaan makanan |
CUIT SIKIT:-
KURUS bukan kerana tak makan. Tetapi kurus kerana nak mendapatkan makanan buat berbuka puasa. Kerana sibuk bekerja, bazar ramadhan adalah tempat terbaik untuk mendapatkan juadah berbuka puasa. Tetapi awas!, kerana bazar ramadhan juga adalah tempat terbaik untuk menguruskan puasa anda.
Mana tak kurus. Melangkahlah ke mana - mana bazar ramadhan, puasa anda pasti semakin susut dan bertambah kurus kerana mata asyik terpandang buah - buahan yang sedang ranum dan juga buah - buahan yang sedang melisut.
bertudung tetapi terjojol |
Semuanya terjojol tanpa apa - apa perubahan sempena ramadhan ini. Jika sebelum ramadhan ianya begitu sendat, semasa ramadhan ianya tetap begitu. SENDAT DAN TERJOJOL. Tiada yang berubah. Akhirnya, semua yang berpuasa, hanya mendapat puasa yang kurus setiap hari lantaran berkunjung ke bazar ramadhan.
Jika melangkah ke bazar ramadhan di kawasan pinggir pinggir bandar pun puasa boleh kurus, apatah lagi jika di kota raya yang turut menyajikan buah - buahan seperti ini,
Kepada semua tuan punya buah - buahan itu, bawalah buah anda ke bazar ramadhan dengan lebih sopan dan tertib. Janganlah kerana anda, puasa orang lain menjadi kurus.
nota kaki;-
Kepada anda yang aku pinjam fotonya di sini, bukan niat aku untuk memalukan kalian. Tetapi adalah bertujuan untuk muhasabah dan pembaikan diri sempena ramadhan ini. TERIMA KASIH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan