16 Pasukan Yang Akan Diundi Kepada 4 Kumpulan pada 05.30 ptg 05 Ogos 2011 di Pentas Utama, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur |
Terasa sakit mata aku melihat kepada kehilangan Pulau Pinang, Perlis dan Pahang daripada barisan 16 pasukan itu. TIGA P ini adalah kuasa hebat Piala Malaysia.
Tahun 60'an dan 70'an, PULAU PINANG adalah kuasa hebat. Tahun 80'an dan 90'an, PAHANG menyerlah manakala, tahun 2000'an ini menampilkan PERLIS.
2011, 3P yang tertulis di atas bukan lagi bertaraf PEMENANG atau PENCABAR. Dewasa ini, kalau ada perkataan yang paling sesuai untuk ketiga - tiganya hanyalah perkataan yang berbunyi PIANG.
3P daripada bertaraf Pemenang kini hanya bertaraf PIANG. Apa yang tidak kena? Semuanya pasal duit dan kawan. Dua pasukan menjadi PIANG kerana tabung ciput. Satu lagi tu menjadi PIANG kerana melantik kawan karib sebagai jurulatih. Perform ke tak perform, kawan diutamakan pasukan hancur, kita kira lain.
Kepada 5 Kelab yang berada di senarai 16 itu, jangan pula hanya muncul sebagai PENYENDAL tetapi muncullah sebagai JUARA sebagaimana dilakukan oleh MPPJ pada tahun 2003. Buktikan Kelab juga mampu muncul PEMENANG.
Selamat Maju Jaya.
Selamat Maju Jaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan