Pembelian kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris [EPL], Queens Park Rangers [QPR] oleh Tan Sri Tony Fernandes dikhabarkan akan memberi impak kepada pemain bola sepak Malaysia.
Terkini, YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia turut mengharapkan impak jangka panjang pembelian itu akan sampai kepada pemain bola sepak Malaysia.
CUIT SIKIT:
Aku fikir, pembelian itu tidak akan membawa apa - apa perubahan kepada peluang pemain bola sepak Malaysia untuk merasa bermain di EPL itu. Janganlah kita fikir, apabila kita berjaya membeli sebuah kelab bola sepak di England, itu menjadi jalan mudah buat pemain kita untuk bermain di sana.
Arsenal yang lebih tersohor berbanding QPR itu, telah lama dibiayai oleh Kumpulan Emirates. Malah, kumpulan itu juga telah membina stadium baru untuk Arsenal, Stadium Emirates yang digunapakai sebagai gelanggang sendiri oleh Arsenal sekarang ini. Soalannya, berapa ramaikah pemain dari negara Arab yang bergelar pemain Arsenal? Jawapannya tentulah nahi elek.
Begitu jugalah signifikan daripada pembelian QPR ini. Ianya tidak lebih dan tidak kurang hanyalah sebagai satu bisnes oleh TS Tony di bidang sukan. BISNES adalah bisnes. Berteraskan keuntungan jangka pendek dan jangka panjang. Tiada ruang untuk menjadi aktivis sosial sekiranya bisnes itu belum berjaya.
Kerana bisnes jugalah, aku percaya dalam tempoh lima tahun daripada sekarang, sekiranya QPR berjaya menjadi kelab pencabar yang serius di EPL serta, nilai sahamnya meningkat, pemiliknya akan bertukar pula. Mungkin datangnya dari negara Arab. Siapa tahu?
Akhirbicara, walaupun QPR telah dimiliki 66% oleh rakyat Malaysia, jangan bercakap soal peluang menjadi pemain QPR di EPL, seandainya pasukan Malaysia di ranking FIFA belum mencapai 60 terbaik dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan