Jumlah Paparan Halaman

24.8.11

JAWATAN KOSONG.....

Lebih 1 juta jawatan kosong untuk diisi rakyat Malaysia – KDN
August 23, 2011 by Mail  
PUTRAJAYA 23 Ogos – Sebanyak 1,051,427 keperluan tenaga kerja telah disenaraikan oleh lapan kementerian dan agensi berkaitan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum bakinya diisi pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata, daripada statistik itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah keperluan paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan diikuti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (237,700) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (220,000).
Selain itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (165,000); Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (140,000); Kementerian Dalam Negeri (10,000); Kementerian Pelancongan (2,041) dan Kementerian Pengangkutan (963).
“Statistik itu diperoleh hasil maklum balas semua kementerian dan agensi berkaitan kepada KDN dalam Mesyuarat Taklimat Proses Pemutihan Program 6P yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama
CUIT SIKIT:
Dalam diam - diam, rupa - rupanya lebih sejuta jawatan [baca sebagai kerja] telah diisi secara gelap oleh para pendatang. Dan, para pendatang ini, sebenarnya telah diimport masuk oleh orang kita juga. Mana mungkin mereka datang sendiri dan mendapat pekerjaan secara gelap di sini [bumi merdeka dan berdaulat bernama MALAYSIA].
Aku katakan secara gelap kerana angka ini diperolehi setelah kerja - kerja pemutihan dijalankan. Tanpa kerja - kerja pemutihan ini, mungkin kita sebagai rakyat Malaysia akan terus bergelap selamanya di sektor pekerjaan ini.
Cuma yang tidak kelihatan ialah berapa angka yang gelap dan putih di FELDA. Setahu aku, ramai juga pendatang dengan izin atau tanpa izin ni bekerja di FELDA.
Akhirulbicara, salah siapa sehingga begitu banyak jawatan yang boleh diisi secara terang oleh rakyat Malaysia, telah diisi secara gelap oleh puak pendatang?
Salah ibu yang mengandung atau salah bapak yang menyorong?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH