Rumah murah generasi 2 FELDA
GWGF tawar kediaman serendah RM19,000 kepada anak peneroka
SEREMBAN: Ribuan keluarga generasi baru peneroka FELDA yang kini terpaksa tinggal bersama ibu bapa di tanah rancangan kerana tidak boleh mendirikan rumah sendiri, berpeluang memiliki kediaman sendiri pada harga serendah RM19,000 sebuah yang akan dibangunkan menerusi Projek Perumahan Generasi Baru FELDA.
Sebanyak 160,000 unit rumah teres, separa berkembar dan banglo berharga RM19,000 hingga RM73,000 akan dibangunkan oleh Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) secara berperingkat mengikut kesesuaian di tanah rancangan FELDA bagi membolehkan peneroka dan anak cucu mereka menjalani kehidupan lebih selesa.
Pada masa ini, kebanyakan mereka meneruskan usaha pertanian ibu bapa masing-masing di tanah rancangan, tetapi terpaksa menumpang di rumah ibu bapa kerana masalah pemilikan tanah tidak membolehkan pembinaan rumah baru atas tanah peneroka asal.
Peneroka Felda diminta rujuk jawatankuasa timbang tara
HULU SELANGOR 30 Julai — Peneroka Felda diminta merujuk kepada jawatankuasa timbang tara bagi mengatasi sebarang masalah dengan agensi itu dan bukan membawanya ke mahkamah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan itu juga selaras dengan Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang memperuntukkan peneroka menyelesaikan pertikaian dengan Felda menerusi timbang tara.
"Jawatankuasa berkenaan sudah lama wujud tetapi kerana ia tidak dihebahkan secara berkala, ramai yang lupa atau tidak tahu mengenainya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Selangor, di sini hari ini.
Katanya, jawatankuasa itu yang dipengerusikannya akan mencari penyelesaian terbaik bagi menghasilkan situasi menang-menang antara peneroka dan Felda.
Beliau juga berkata, peneroka berdepan kerugian jika membawa kes ke mahkamah seperti yang berlaku kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 di Kelantan, yang hanya menerima antara RM9,000 dan RM11,500, berbanding RM17,000 dan RM23,000 yang dibayar Felda jika tuntutan dibuat menerusi timbang tara.
Sumber : Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan