Setelah seminggu berpuasa, semalam aku bermimpi yang aku jangka boleh menjadi kenyataan.
Berdasarkan situasi semasa, aku fikir mimpi aku ini turut menjadi mimpi dan igauan kepada ramai pihak di Pantai Timur. Samada Dikir Barat atau Ulik Mayang, mimpinya pasti serupa dengan mimpi aku semalam tu.
Inilah mimpi aku tu.....
CUIT SIKIT:
Tanpa menafikan kemampuan 14 pasukan lain, aku tidak fikir ada pasukan lain yang lebih layak ke final berbanding Kelantan dan Terengganu tu.
FAM tentu suka Kelantan dan Terengganu ke final Piala Malaysia tahun ini. Masyuk beb masyuk. Fulus kak Fulus.
Aku kata Terengganu akan ke final sebab dia ada Ismail Faruqi yang menjadi senjata sulit King Raja semasa lawan Singapura tempohari. Walaupun kalah, King Raja tentunya bangga dengan persembahan hebat senjata sulitnya yang sangat tajam itu. Kerana faktor senjata sulit King Raja itulah, Terengganu akan ke final Piala Malaysia tahun ini.
Kelantan juga hebat secara semula jadi kerana mereka memang calon juara apa - apa jua pertandingan bola sepak di Malaysia sekarang ini. Apek, Mat Yo, Chanturu, Piya dan lain - lain pemain memang hebat dan berkebolehan untuk bergelar Juara Piala Malaysia sekali lagi.
Mencongak semula mimpi aku tu, maka Terengganu akan muncul JUARA PIALA MALAYSIA 2011 bukan Kelantan. Sebabnya senjata sulit King Raja yang maha tajam dan hebat tu ada di situ.....
Ada bantahan?
Jadual penuh Piala Malaysia 2011 ada di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan