Jumlah Paparan Halaman

12.7.11

KISAH SEEKOR KATAK.....

DAHULU: Seumpama Katak Di Bawah Tempurung.
KINI: Bagai Katak Di Dalam Gelas

CUIT SIKIT:-

Pertamanya, aku nak ucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada FAM yang berubah menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutifnya siang tadi.

Tahniah kerana membenarkan semula penggunaan pemain impot di Liga Malaysia. Terima ksih kerana kebenaran itu bersyarat. Syaratnya mudah sangat. Pemain impot berkenaan mestilah pemain kebangsaan sekiranya mereka datang dari negara - negara ASEAN atau, pemain Liga Divisyen Satu dari negara -negara ASIA atau sekurang - kurangnya pemain divisyen dua Liga Eropah atau CONCACAF dan liga - liga bola sepak yang sama waktu dan taraf dengannya.

Maka, aku percaya mulai esok ramailah ejen - ejen pemain akan berurusan dengan Persatuan Bola Sepak Negeri - Negeri dan Kelab -Kelab di Malaysia ini. Dan, banyaklah video dan 3 gp pemain akan ditayangkan. Maka kecurlah air liur wakil persatuan berkenaan sambil terbayang piala yang dimenangi oleh pasukan kerana mempunyai pemain impot yang hebat. Kecur dan tergiurlah semuanya.

Jika pasukan A ada pemain impot ASEAN, pasukan B akan impot pula pemain hebat dari BRAZIL. Pasukan C juga akan impot pemain berrambut "blonde". Pasukan D yang kurang mampu pun impot jugak. Tetapi pasukan D akan bawa masuk pemain DIVISYEN SATU LIGA BANGLADESH atau SRI LANKA. Yang penting, pemain impot mesti ada dalam pasukan. Gaji tak dapet bayar, itu kito cerito kemudian.....

Seumpama katak di dalam gelas, persatuan - persatuan bola sepak ini ingin berubah untuk menjadi pasukan kuat, namun, kekangan yang amat mencengkam diri gagal diatasi. Kekangan itu ialah, KEWANGAN. Dari lagak dan gaya sepanjang berada di dalam gelas, kita rasa kita hebat dan cukup segala - galanya.

Rupa - rupanya, apabila berada di luar gelas, suasana persekitaran amat berbeza dan tidak mampu diharungi. Itulah yang terjadi kepada sebuah pasukan di atas KAYANGAN apabila Presidennya sudah tidak lagi menjadi Menteri Besar, pasukannya hancur buncai muflisin dan akhirnya turun divisyen. Tatkala itu, rasanya lebih baik berada di dalam gelas semula kerana itulah sahaja persekitaran yang mampu kita harungi.

Bagi aku, selain Gomo Kelate Gomo, tidak ada satu pasukan pun yang mampu memenuhi syarat FAM berkenaan pemain impot tu. Aku kata hanya Kelantan sahaja yang mampu. Sebabnya, mereka sudah bergerak secara semi profesional bab menjual jenama Red Warriors. Menerusi jenama berkenaan, pelbagai barangan sukan dan cenderahati mampu dijual dan menjadi pendapatan sampingan persatuan.

Di saat Kelantan di taja depan belakang menerusi jersi mereka, pasukan Negeri Sembilan contohnya, tidak ditaja oleh mana - mana korporat yang banyak makan jasa di negeri ini. Tanpa penaja, pastinya pasukan berkenaan tidak akan mampu untuk membayar gaji pemain dan pengurusan pasukan. Kalau dah tak mampu membayar gaji, janganlah mengimpot pemain. Buat malu je!

Akhirulkalam, jika tidak mampu berubah, eloklah duduk diam - diam di dalam gelas tu. Lebih aman dan selamat.
BERUBAH SEKIRANYA ANDA MAMPU UNTUK BERBUAT DEMIKAN. JIKA TIDAK MAMPU, BIARLAH ORANG LAIN YANG BERUBAH dan ANDA TINGGALLAH SORANG - SORANG KAT BELAKANG. BIARLAH KELANTAN MEMBORONG SEMUA PIALA ASALKAN KITA TIDAK MENANGGUNG HUTANG KELILING PINGGANG KERANA HENDAK MEMBAYAR GAJI PEMAIN IMPOT. TAK GITU?




1 ulasan:

  1. selaku bloggers sukan saya amat bersetuju dengan pendapat tuan berkaitan pasukan yang ingin mengambil pemaim import. Beringat sebelum kena, kita tidak mahu sesebuah pasukan bola sepak menanggung hutang yang memalukan jika meneruskan niat tanpa memikirkan kesan di kemudian hari.

    BalasPadam

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH